Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

PANDUAN BAGI GURU BARU POSTING

Imej
PANDUAN BAGI GURU BARU POSTING ( Sebarang maklumat di bawah adalah hasil analisa penulis. Kemungkinan terdapat kesilapan maklumat, boleh maklumkan dengan komen sebarang penambaikkan dan cadangan) 1. Lulus Temuduga oleh SPP anda akan diLANTIK jawatan DG41 (ada surat pengesahan Lantikan). Sistem terdahulu anda diLANTIK jawatan DC41 tetapi mulai tahun ini terus dilantik jawatan DG41. 2. Sebelum ini semua guru yang baru posting akan dikenali sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST)  dan pemegang ijazah akan masuk gred DC41 tak kira apa  jenis Ijazah pun. Tangga gaji pada masa ini sama. Tetapi pemansuhan GST anda akan terus ke   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah ( PPPS ) untuk gred DG41. Anda dapat lihat pada keputusan temuduga SPP menunjukkan gred jawatan anda ialah DG41. 3. Perbezaan DC41 dan DG41 (a) Sebelum ini lantikan ke PPPS DG41 perlu temuduga dengan SPP terlebih dahulu. Selepas temuduga akan dapat surat lantikan (kalau lulus) dan  akan dinyatakan nama dan gred jawat