Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

Benarkah Mee Segera, Sardin, Minuman 3 In 1 Dan Panadol Merbahaya?

Imej
MENJAWAB MITOS: BERHATI-HATI DENGAN 4 MAKANAN INI Saya repost balik tulisan ini untuk dikongsikan. Mitos ini disebarkan dengan meluas tidak lama dulu di media social. Tulisan ini pada asalnya saya menjawab pertanyaan rakan di satu group whatsapp sekolah dan dikongsikan di page Medical Mythbusters Malaysia (M3). Tulisan ini juga agak kontroversi dan ada juga yang cuba menuduh saya dibayar oleh pihak tertentu. Haha. Kepada sesiapa yang belum baca, sini saya kongsikan. MITOS 1: MEE SEGERA Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax (lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax y

Penjagaan Alam Sekitar: Cabaran Dan Pengurusan Sisa Pepejal Domestik

Imej
Pengenalan Pengurusan sisa pepejal dan pelupusan  terbuka Sifar Menjelang 2020 secara bersepadu bukan sekadar matlamat tetapi merupakan satu usaha ke arah menguruskan sisa pepejal hasil aktiviti manusia serta menjaga alam sekitar yang tercemar. Penjagaan alam sekitar adalah sangat penting kerana ia merupakan aset penting kepada kesejahteraan hidup manusia. Dalam pada itu, Mohammed Fadzli (2000) menegaskan alam ini adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan hidup manusia yang  banyak bergantung pada sumber-sumber semula jadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran manusia. Bumi yang luas dijadikan sebagai tempat tinggal kita, gunung-ganang pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Air dengan keanehannya, angin dengan keajaibannya dan langit pula penuh dengan rahsianya. Oleh yang demikian, jika manusia tidak m

Syarat kemasukan ke IPG diperketat

Imej
Lahirkan guru berkualiti KUALA LUMPUR 27 Julai - Kementerian Pendidikan telah memperketatkan syarat kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi melahirkan lebih ramai guru berkualiti serta menjadikan institusi tersebut setanding dengan negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik. Berdasarkan Laporan Tahunan 2014 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), hanya calon yang berada dalam kumpulan 30 peratus teratas bagi kohort Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mempunyai sekurang-kurangnya mencapai gred 5A dalam peperiksaan berkenaan layak mengikuti kursus yang ditawarkan. Menurut laporan itu, sebagai perbandingan, negara seperti Finland, Hong Kong dan Singapura telah mengehadkan syarat kemasukan sebagai guru pelatih kepada 20 hingga 30 peratus graduan lulusan terbaik. “Pada tahun lalu, 94 peratus guru pelatih baharu di IPG memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam SPM. Namun, hanya 0.02 peratus calon selebihnya diberikan kelonggaran

Kementerian perketat syarat masuk PISMP

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan mengetatkan syarat kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi memastikan hanya guru berkualiti yang dihasilkan. Hanya calon yang berada dalam kumpulan 30 peratus teratas bagi kohort Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mempunyai sekurang-kurangnya 5A dalam SPM layak untuk mengikuti kursus yang ditawarkan. Penetapan syarat kemasukan ini meletakkan IPG setanding dengan negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik. Sebagai perbandingan, negara seperti Finland, Hong Kong dan Singapura juga mengehadkan syarat kemasukan guru pelatih kepada hanya 20 peratus hingga 30 peratus graduan lulusan terbaik. Malah, Korea Selatan menetapkan syarat kemasukan yang lebih ketat iaitu kepada kohort 5 peratus teratas lepasan sekolah tinggi. Pada 2014, sebanyak 99.8 peratus guru pelatih baharu di IPG memperoleh sekurang-kurangnya gred 5A dalam SPM, manakala selebihnya iaitu 0.02 peratus calon diberikan kelonggaran d

Rupanya Gaji doktor di Malaysia ni rendah, berbanding Cikgu....

  Isu:  1Doktor  vs Guru kisahnya status di muka buku................ Saya ( ada seorang sahabat )yang bekerja sebagai seorang doktor di Malaysia dan beliau berasa tidak dilayan seperti seorang doktor. Bagi contoh mudah gaji permulaan basic doktor di malaysia maksimum RM 3500 untuk bekerja dari 7 pagi hingga 5 petang (if lucky which never happen) untuk Isnin hingga Jumaat. So kalau dibahagikan jumlah bayaran per hour adalah (RM 3500 bahagi (20 hari bekerja sebulan x 10 jam bekerja sehari) = RM 17.50 per hour). Kalau oncall dibayar RM 100 sehari regardless how many hours. So kalau katakan oncall 3 kali seminggu Isnin, Khamis dan Ahad. Isnin dan Khamis dari 5 ptg ke 7pagi esoknya = 14 jam x 2 hari = 28 jam. Ahad oncall 24 jam. Total earned for 3 days oncall is RM 300. Per hour income RM 300 divide by 52 hours = RM 5.82 per hour. Saya percaya jika saya mengemis di tepi jalan saya boleh dapat lebih dari RM 6 sejam. Isnt it an insult to the doctors who have basically 3 degrees (Medicine, Su

Untung laa sape jadi cikgu

Untung laa sape jadi cikgu assalamualaikum entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni. kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati. "eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?" -yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah... betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu 1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 1

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan. Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan. Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar. Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas. Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Un

Rayuan doktor penat, tertekan dan mengantuk

KEMENTERIAN Kesihatan perlu mengkaji semula skim gaji dan elaun pegawai perubatan kerajaan yang sekarang tidak setimpal dengan kerja kami. Kami para doktor bekerja tidak tentu masa, kami korbankan masa kami untuk bersama keluarga semata-mata demi merawat pesakit. Lebih teruk lagi jika kami bertugas atas panggilan on, call, kami akan bekerja lebih tiga puluh enam jam terus menerus tanpa henti - dan kami terpaksa bekerja seperti itu untuk hampir 10 kali sebulan. Bayangkan betapa penatnya anda jika terpaksa bekerja seperti itu. Lebih-lebih lagi sebagai housemen, kami terpaksa bekerja 7 hari seminggu, datang kerja pukul 7 pagi setiap hari dan balik kerja setelah selesai semua tugas di hospital. Kebiasaannya hampir maghrib baru kami dapat balik. Itu pun kalau tidak menerima on, call. Kalau kena on, call, kami akan bekerja terus menerus sehingga petang keesokan harinya. Kami kepenatan. Balik rumah hanya untuk tidur. Keesokannya kami terpaksa datang kerja seperti biasa dan balik lewat petang

Temuduga Pendidikan

Ramai yang tanya pasal temuduga pendidikan so ni Tips dia 1. Bawa sijil-sijil mcm result asasi/matrik or salinan transkrip bagi matrik if dh dapat la,  sijil spm, sijil muet. buat salinan kemudian sahkan salinan tersebut. kalau nk lagi bagus buat la resume. bawa juga sijil sijil koko masa sekolah dan matrik/asasi. nak tunjuk korang ni aktif masa kat sekolah. cikgu kena la aktif. 2. Pasal penampilan kena betul. perempuan pakai la baju kurung dan lelaki pakai la kemeja. biar nampak mcm nak jadi cikgu. better buat nametag biar nampak skit korang nak jadi cikgu. supaya panel tu ada first impression yang bagus terhadap korang. kalau pakai blazer nampak lagi kemas. so gaya penampilan yang nampak macam pendidik/cikgu tu penting. so better yang takda nametag buat cepat cepat. supaya nak nampak lain sikit dari calon lain. 3. Nanti bila masuk bilik temuduga act naturally. Jawapan korang biar berilmiah walaupon panel tanya "introduce about yourself" sebenarnya soalan n kena tgok dri mak

Tips Biasiswa: Panduan dan Contoh Surat Permohonan Biasiswa

Sesetengah penaja biasiswa tidak mengeluarkan borang permohonan bersama-sama dengan iklan tawaran biasiswa. Sebaliknya, mereka akan meminta para pelajar yang berminat memohon supaya menyediakan dan menghantar permohonan biasiswa sendiri. Ini adalah sebagai satu ujian awal untuk meneliti kredibiliti dan profesionalisma seseorang pemohon. Jika anda ada menjumpai mana-mana penaja yang melakukan sebegini, harus diingat yang anda perlu menghantar tiga perkara penting iaitu: 1. Surat permohonan biasiswa 2. Resume 3. Dokumen-dokumen sokongan - salinan kad pengenalan, sijil-sijil dan surat tawaran ke universiti (jika ada) Untuk entri kali ini, saya akan lebih menekankan berkenaan surat permohonan biasiswa. Dalam menyediakan surat ini, beberapa elemen penting harus diberi perhatian: 1. Format dan gaya bahasa formal Surat haruslah ditulis menggunakan format dan gaya bahasa formal untuk menunjukkan kredibiliti anda. Gaya bahasa yang baik dapat menarik perhatian para penilai.

Perkongsian pengalaman temuduga SPP DG41 (2015)

Imej