Benarkah Mee Segera, Sardin, Minuman 3 In 1 Dan Panadol Merbahaya?
MENJAWAB MITOS: BERHATI-HATI DENGAN 4 MAKANAN INI
Saya repost balik tulisan ini untuk dikongsikan. Mitos ini disebarkan dengan meluas tidak lama dulu di media social. Tulisan ini pada asalnya saya menjawab pertanyaan rakan di satu group whatsapp sekolah dan dikongsikan di page Medical Mythbusters Malaysia (M3). Tulisan ini juga agak kontroversi dan ada juga yang cuba menuduh saya dibayar oleh pihak tertentu. Haha. Kepada sesiapa yang belum baca, sini saya kongsikan.
MITOS 1: MEE SEGERA
Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax (lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.
JAWAPAN:
Bahaya mee segera sebenarnya terletak pada tinggi garam dari perencah dia. Ia adalah diet yg tak seimbang kalau makan selalu. Ia tak menyebabkn kanser dan tiada kes ‘potong usus’ dilaporkan setakat ini.
MITOS 2: SARDIN
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.
JAWAPAN:
Sardin atau makanan dalam tin tidak menyebabkan fibroid dalam rahim wanita (tiada kes dilaporkan). Walaupun ada pendapat mengatakn perkaitan makanan dalam tin termasuk sardin dengan kanser yang mana dikatakan makanan tersebut terdedah pada logam plumbum (lead poisoning) dari tin. The world health organisation’s international agency for research on cancer (IARC) melaporkan ‘mungkin’ ia carcinogenic pada manusia. Laporan yang tidak konklusif. Namun begitu bahayanya adalah sebenarnya terletak pada kandungan garam (salt- sodium chloride) dan bisphenol A (BPA) yg tinggi sardin/makanan dalam tin. Jangan makan makanan tinggi garam nanti darah tinggi adik kakok. Tak seimbang tu kalu mkn slalu… Hihi.
MITOS 3: MINUMAN 3 in 1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram, terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.
JAWAPAN:
Bahayanya sebab tinggi kandungan gula. Gula tinggi macam² la dpt penyakit bermula dengan diabetis. Bukan hanya minuman 3 in 1 tapi semua yg manis². Kurangkn manis dalam minuman, lebihkan dalam senyuman ye.
MITOS 4: PANADOL
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan, jom share untuk kebaikkan bersama….. infomasikesihatan
JAWAPAN:
Panadol (paracetamol/acetaminophen) dikatakan toksik pada badan adalah TIDAK BENAR. Panadol bukan ubat toksik pada badan jika ikut dose yg betul seperti disarankan oleh doktor atau pengeluar Panadol.
Dose yang disarankan adalah:
1. Tab paracetamol 1g bersamaan dengan 2 biji (500mg satu biji) setiap 6-8 jam sekali (maksima 4g sehari) untuk orang dewasa.
2. Untuk kanak2 sirap paracetamol adalah 15mg per kg dalam 6-8 jam (3-4 kali) sehari
3. Suppositories paracetamol yang dikenali ubat peluru (masuk rektum) 30mg per kg setiap 6 jam sekali (maksimum 5g sehari).
4. Paracetamol juga ada dalam bentuk intravenous (IV Perfalgan) diberikan 1g secara infusi dalam masa 15 minit (minimum tidak kurang dari 4 jam sekali: maksimum 4g sehari)
Paracetamol digunakan sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat tahan sakit (painkiller) yg paling selamat dan sesuai digunakan oleh kanak2, ibu2 mengandung dan tengah menyusu dan juga warga emas.
Dose toksik panadol (overdose) pada hati sebenarnya adalah >10g (20 biji) atau 200mg/kg. Yang ni memang skali nyawa kita jalan kerana kerosakan hati. Hanya beberapa perkara perlu berhati-hati jika anda adalah G6PD deficiency (possible risk of hemolysis), pesakit buah pinggang dan hati dan alahan pada paracetamol.
Panadol tinggal dlm tubuh selama 5 tahun adalah MITOS. Panadol hanya dalam badan selama 4-6 jam sahaja kemudian akan dikumuhkan.
Saya hanya menjawab satu artikel yang banyak disebarkan dan circulate di media social khususnya di whatsapp. Ia akan membuatkan masyarakat jadi panik dan tidak mahu makan ubat. Saya sendiri berpengalaman jumpa pesakit yang kata pandol bahaya dan tak mahu mengambilnya setelah diberikan. Datang sakit demam jadi susah kami para doktor nak merawat.
Semoga tulisan pendek saya memberi sedikit info yang bermanfaat untuk semua.
Dr Ahmad Zakimi Abdullah (Dr Zek)
Medical Mythbusters Malaysia
Medtweetmy