Syarat kemasukan ke IPG diperketat
Lahirkan guru berkualiti
KUALA LUMPUR 27 Julai - Kementerian Pendidikan telah memperketatkan syarat kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi melahirkan lebih ramai guru berkualiti serta menjadikan institusi tersebut setanding dengan negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik.
Berdasarkan Laporan Tahunan 2014 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), hanya calon yang berada dalam kumpulan 30 peratus teratas bagi kohort Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mempunyai sekurang-kurangnya mencapai gred 5A dalam peperiksaan berkenaan layak mengikuti kursus yang ditawarkan.
Menurut laporan itu, sebagai perbandingan, negara seperti Finland, Hong Kong dan Singapura telah mengehadkan syarat kemasukan sebagai guru pelatih kepada 20 hingga 30 peratus graduan lulusan terbaik.
“Pada tahun lalu, 94 peratus guru pelatih baharu di IPG memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam SPM. Namun, hanya 0.02 peratus calon selebihnya diberikan kelonggaran dari segi syarat kemasukan bagi kursus-kursus tertentu yang memerlukan bakat, kemahiran dan latar belakang khusus.
“Gred A subjek Bahasa Inggeris dalam SPM juga dijadikan syarat kemasukan bagi calon yang berminat menjadi guru Bahasa Inggeris,” kata laporan itu di sini hari ini.
Menurut laporan berkenaan, bermula tahun lalu, bagi program Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di IPG, semua calon yang diterima masih wajib mencatat gred A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
“Graduan daripada kursus ini juga perlu memperoleh band C berdasarkan Common European Framework of References (CEFR) sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah di seluruh negara,” ujar laporan itu.
Penafian: Semua Komen di bawah tidak mencerminkan pendirian atau pandangan Utusan, ia merupakan pandangan peribadi penulis.