Syarat kemasukan ke IPG diperketat
Lahirkan guru berkualiti KUALA LUMPUR 27 Julai - Kementerian Pendidikan telah memperketatkan syarat kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi melahirkan lebih ramai guru berkualiti serta menjadikan institusi tersebut setanding dengan negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik. Berdasarkan Laporan Tahunan 2014 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), hanya calon yang berada dalam kumpulan 30 peratus teratas bagi kohort Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mempunyai sekurang-kurangnya mencapai gred 5A dalam peperiksaan berkenaan layak mengikuti kursus yang ditawarkan. Menurut laporan itu, sebagai perbandingan, negara seperti Finland, Hong Kong dan Singapura telah mengehadkan syarat kemasukan sebagai guru pelatih kepada 20 hingga 30 peratus graduan lulusan terbaik. “Pada tahun lalu, 94 peratus guru pelatih baharu di IPG memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam SPM. Namun, hanya 0.02 peratus calon selebihnya diberikan kelonggaran ...