Pengalaman aku UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru)

Image result for hello we heart it

Assalamualaikum& hye there. So kalini aku nak share hari yang aku jalani UKCG. So FYI, aku lepasan SPM 2017 means aku baru je jalani UKCG tahun ni la which is 2018. Basically, budak budak lepasan SPM boleh mohon IPG lepas diarang dpt result SPM. Syarat minimum kau nak apply IPG kena dpt 5A at least. So, lepas je aku dpt result SPM dlm bulan March 2018 tu, ramai je pak cik mak cik sepupu cikgu semua share information kat group Whatsapp la kan. So, aku ni jenis nak try je semua, kalau tak try nanti menyesal ye tak. So aku apply je semua. Lepas je habis SPM, kan banyak masa free. Aku banyak je habiskan masa kat movie, kerja, social media. Tapi eh berguna gak tau social media ni contohnya hari hari aku scroll twitter, ada someone share kat twitter pasal kptm la apa lah.

Eh, lari topik lak dah. Padahal aku nk crita psal UKCG kan. eh tiberr.eh jap, tapi aku nk pesan kat adik adik, lepas korang dpt result spm tu try je apply banyak2 maksud aku jgn harapkan UPU tu je. Kau boleh try apply MARA, KPTM, IPG, MATRIK& apa apa je lah. So jangan bergantung sgt kt UPU. Kalau kau tak dpt, menangis la kau takkan umur 18 kau taknak smbung study kan. Takkan lah kau nak jual air tepi jalan kan. Eh, ni nasihat tau nasihat. Aku stres jap sbb ada je kawan sekolah aku yg kelas belakang umur 18 dh kawin la. Pls korang jgn give up dgn life korang Tak maksud aku atleast kau smbung la study tak kira lah kat mana pun IKBN ka janji study je atleast kau ada STPM, Sijil atau diploma.

Back to the topic, lepas kau apply IPG. nanti hari keluar keputusan ipg tu kau check je lah kt website dia. Sbb ada kwn aku yg 8A SPM, tpi dia check tak dpt pn UKCG tahla sebab apa maybe dia tngok markah kokurikulum kau jgk kot. Then, apa yg aku ingat aku apply IPG for subjek Sejarah& English.  Then, satu lgi aku nk pesan. time kau isi online tu isi betul betul eh baca betul betul. contohnya ejaan nama kau& tempat yg kau nk pegi interview. kwn aku dia isi main main weh sekali dia gi apply interview kt KL padahal rumah dia kat Kedah weh. hmm tak psal psal nk kena gi KL yg ambek masa 8jam tu dri Kedah.

So, time aku check yg aku dpt interview tu. Aku pilih IPDA, ipda tu dekat Jitra, Kedah. So, aku dpt sesi yg kedua, sesi dua ni dri tgh hri smpai ptg. sesi 1 dri pgi smpai tgh hri la. Kau nk tahu tak, time interview ramai gila org weh. Kau boleh byg tak tempoh interview tu diadakan dalam masa seminggu weh. maksudnya setiap hari ada dlm lebih kurang 400 org gi interview. tu kat IPDA je tau. Tinggi gila saingan weh. Btw, aku nk cita sikit. Kenapa aku boleh apply IPG ni. heheheheh aku sebenarnya time kcik dlu ye la ada la cita cita nk jd cikgu tu kan. Tp bila dh besar, aku dh tukar cita cita mcm mcm lah. Tapi mak aku nk aku jd cikgu. Btw aku pernah jd cikgu tuisyen weh kat budak tadika. aku ajar mandarin ye lah aku dlu skolah rendah cina weh, aku jd cikgu tuisyen tu masa aku form 4.Bukan lah cikgu tuisyen yg ajar ramai budak tu. Ni aku jdi mcm private tuto la kat budak tadika tu. Aku gi ajar dia kt rumah dia weh.Time tu aku dpt gaji RM400 sebulan heaven weh time tu lah aku habiskan duit beli barang online heee. Btw aku mmg kacukan cina pun. Sebabtu nama aku ada Tan, eh tiberrr. Ok, pastu yg buatkan aku excited nk mohon IPG sebab skrg IPG ada buat program apa tah diarang ada hantar budak IPG ke China, New Zealand kalau tak silap. Kalau kau tak caya atau kau nak tahu lebih lanjut psal program ke China ni kau leh jenguk blog akak ni dlu aku baca kt blog dia la yg buatkan aku semangat nk ke IPG.

klik sini


So, first tu time UKCG kau kena jalani ujian tulis. Dia just ABCD je weh mcm soalan yg kaunseling masa kau jawab kat sekolah. Jgn risau time UKCG ni kau tak payah beriya nak study apa pun, kau just pergi joging je bersukan sikit sikit sebelum sminggu UKCG. Tak silap aku ada 2 section kot nak jwb ujian bertulis tu. Contoh soalan yg aku ingat;

Saya berharap sya akan mati.
A. Tidak sama sekali
B. Tidak sekali
C. Benar
D. Sangat benar

So, aku pun konfius jugak soalan ni. tapi takpe, kau bulat je. kau pilih jawapan yg first thing keluar kt kepala lau. Jgn fikir lama lama. Kau just bulat je. sebab kau kena jwb brpa tah soalan dlm masa yg singkat.

Ujian kecergasan fizikal
Ada 5 check point. k yang ni penting. Korang kena buat yg terbaik kat sini ok. So haritu korang tau kan mmg korang kena pakai baju sukan. Yg perempuan pakai tshirt hitam/ yg gelap labuh, tudung gelap jgk& tracksuit. Yg lelaki baju tshirt putih berkolar ok, kasut sukan& berstokin. Yg ni time korang semak tawaran tu ada dlm surat yg korang akan print. So, rajinkan diri baca ye jgn malas. Btw ni penting. make sure korang dtg awal tau sebelum UKCG tu. Dtg 30minit awal pun tak pe k. Cakap nk jdi cikgu, so tunjuklah effort sikit tepati masa k.

Check point 1
Ukuran berat badan& tinggi (BMI). BMI normal akan dpt full marks.

Check point 2
Bangun tubi variasi 5 jenis. Setiap variasi 1 kali shja korang buat. Lepas berjaya boleh proceed yg sterusnya. ada 3 kali percubaan. kalau gagal smua percbaan smpai situ ja markah dikira.Kalau lulus lima lima variasi, full marks. Ujian ni agak mencabar terutama variasi 4 dan 5
1. tangan sentuh lutut
2. siku sentuh lutut
4. tangan beakang kepala then up
5. tangan sentuh skapula then up


*kalau korang tak leh imagine, try je search youtube UKCG ok

Check point 3
Tekan tubi tanpa henti. full marks bagi lelaki (40kali) dan perempuan (30kali)
Cuba sedaya upaya. masa tiada tapi non stop. Teknik tekan tubi mesti betul. kalau salah, tidak dikira. Ok tips; 
-lakukan secara cepat& sistematik
-pastikan kena pada span yg disediakan

Check point 4
Jangkauan melunjur. full marks bgi lekai 47cm ke atas. perempuan 44cm ke atas. kalau tak silap diberi peluang sebanyak 4kali. so markah akan dikira pda tolakan yg keempat.

Check point 5
Bleep test. Yang ni ada yg pengsan weh. dia kena lari 20m secra berterusan. kelajuan akan meningkat untuk setiap level. lulus mandatori lelaki (level 1-4). full marks( level 7-6)
Untuk perempuan ,mandatori( level 3-1), full marks level (1-6)
tiada rehat. kalau tak mampu, tolong berhenti jgn teruskan kalau tak nnti korang pengsan. kalau tak berjaya smpai garisan sebelum bepp!! dia akan angkat bendera kuning. Sekiranya 2kali berturut gagal, dia angkat bendera merah means dah habis.

Level 1 (7kali ulang alik)
Level 2 (8kali ulang alik)
Level 3 (8kali ulang alik)
Level 4 (9kali ulang alik)
Level 5 (9kali ulang alik)
Level 6 (10kali ulang alik)
Level 7 (10kali ulang alik)

Alright, tu je yg mampu aku share. Moga manfaat

. Last tips: make sure bawa air mineral& kalau boleh perempuan elakkan berpakaian ketat.


 ok goodluck kepada junior yg akan jalani UKCG!!

Oh oh sebelum terlupa, dia ada 2 peringkat interview tau sebelum korang akn dpt masuk IPG. Ni ujian yg first. kalau korang lulus, nanti korang akn dpt tawaran pulak interview yg ke 2. yg tu aku tak tahu sbb aku tak berjaya untuk yg first punya. Btw, korang kena pass dua dua ujian tulis& fizikal barulah korang akn dpt tawaran untuk interview yg 2 pulak which is secara lisan. Time ni barulah korang kena prepare betul betul sebab korang kena bercakap depan panel in group kalau tak salah. ok tu je, gdluk. apa apa soalan tulis komen di bawah ye.

Catatan popular daripada blog ini

APA BEZA ANTARA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA ?

IKBN, ADTEC, JMTI, ILP, Kolej Komuniti, Politeknik, BLKP, IKM, KKTM

Pelajar UPSI Belum Tentu Jadi Guru: Info Buat Graduan UPSI, Peringatan Buat Pelajar IPG