5 SEBAB KENAPA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) MENJADI PILIHAN
Sebab aku yakin, so aku letak gambar aku ala-ala cover magazine macamtu! hahaha yakin betul aku |
Assalamualaikum dan Hi!
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) merupakan satu institusi yang melatih bakal-bakal guru di sekolah rendah. Ramai actually yang tak tahu kewujudan IPG ni. Aku sebagai seorang bekas pelajar IPG, rasa serba salah nak jawab soalan "belajar dekat mana?"
dulu. Sebab bila aku cakap aku belajar dekat IPG, orang akan tanya aku
balik IPG tu apa? Bila makin lama dapat soalan ni, aku makin bijak lah.
Aku jawab sahaja belajar dekat maktab perguruan. Dulu IPG
terkenal dengan nama maktab perguruan sekitar tahun 2004 macamtulah.
Setelah dinaik taraf kepada IPG, barulah IPG ni ada menawarkan program
ijazah sarjana muda.
Aku merupakan seorang bekas pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG KBA). Punyalah tak famous IPG ni sampaikan masa aku nak masuk IPG tahun 2011 dulu, aku search kat google takda pun maklumat pasal IPG KBA ni.
Aku ingat lagi, time tu dah la aku nak pergi interview. Sorang-sorang
pula tu, nasib baiklah aku jumpa senior yang kebetulan aku memang kenal
dekat facebook. Tujuan aku tulis entry kali ni tak lain tak bukan nak famouskan IPG supaya dikenali oleh orang ramai! haha. At least bila orang search maklumat dekat google tu keluar juga la benda yang mereka perlu tahu sebelum nak masuk IPG ni kan?
Namun begitu, pada pendapat aku IPG sekarang makin mendapat perhatian dan tempat dikalangan pelajar lepasan SPM.
Ramai juga yang dah aware dengan kewujudan IPG ni. Setiap kali
pengambilan memang ramai yang akan apply tapi syarat pengambilan sangat
ketat sekarang ni. Kalau masa zaman aku dulu, nak masuk IPG ni kau kena datang sekali sahaja untuk interview. Kalau kau pass maksudnya kau berjayalah. Tapi sekarang ni siap ada "fitness test" lagi. Kalau kau dah lepas target untuk fitness test tu, baru kau boleh ke peringkat yang seterusnya. Kira macam ada saringan lah. Sebab itu aku perasan yang masuk IPG sekarang ramai budak yang fit dan bersukan.
KENAPA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) MENJADI PILIHAN?
Pada pendapat aku, banyak kelebihan-kelebihan yang kau boleh dapat kalau kau pilih untuk belajar di IPG. Tapi kau kena tahu juga yang kau akan menjadi seorang guru. Kalau rasa tak sanggup nak jadi guru, better tak payah cuba nak masuk IPG.
1) Elaun
Perkara penting sekali yang kau akan dapat bila masuk IPG ialah elaun. Tahukah anda bahawa elaun di IPG akan dibayar setiap bulan selama 5 tahun setengah tempoh pengajian? (tapi sekarang program dah dipendekkan kepada 5 tahun sahaja). Aku tak akan nyatakan nilai elaun yang kau akan terima bila kau masuk IPG, tapi Alhamdulillah duit yang ada tu kalau kau guna elok-elok dan untuk tujuan yang betul, boleh sahaja survive.
Berdasarkan pengalaman aku, waktu aku belajar dulu aku tak pernah minta
duit dekat mak aku bila dah dapat elaun. Bila fikir balik rasa kagum
pula selama 5 tahun setengah tu, boleh kira berapa kali sahaja aku minta
duit dekat mak aku. Itupun kalau kereta buat hal dan elaun lambat masuk sikit haha.
Selain daripada elaun bulanan, banyak lagi elaun yang kau akan dapat.
Antaranya ialah elaun praktikum, elaun buku (sekali sahaja setiap tahun)
dan elaun thesis. Namun begitu, dengar cerita tahun 2017 ni dah dipinda
semua elaun ni. Maknanya kau dah tak dapat dah elaun-elaun ni dan elaun
bulanan juga telah dikurangkan. Aku tak tahu atas sebab apa dan tak nak
comment lah pasal ni, mungkin nak jimat perbelanjaan etc. Paling best
sekali kau tak perlu buat pinjaman PTPTN untuk belajar. Untung kot dapat ijazah tapi tiada hutang pendidikan yang perlu dibayar.
2) Kemudahan hostel
Asrama Pantai Puri Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa |
Bila kau masuk IPG, tak payah susah-susah nak fikir pasal rumah sewa semua. Sebab tempat tinggal memang dah disediakan untuk kau tinggal sepanjang tempoh pengajian. Kalau kau tengok gambar di atas, obviously asrama aku yang warna coklat tu.
Sebelah asrama tu pula Zhen Apartment yang harga dia mahal nak mampus
tahap kau mampu tengok sahaja haha. Kalau nak tahu Sheikh Muszaphar
Shukor duduk situ lah! hehe. IPG aku ni dah la memang tengah-tengah
bandar KL, so kalau nak ikutkan nak sewa bilik sahaja pun harga dah
cecah RM300. Apa lagi yang kau nak? memang bangunan asrama kat sini agak
lama, tapi bersyukur sahaja lah dah disediakan tempat tinggal.
Namun begitu, ada sesetengah IPG yang memang tiada tempat tinggal disediakan bila kau dah masuk degree. Mungkin sebab kolej kediaman dia kecil sikit kot so tak dapat nak memuatkan semua orang dalam satu kolej. Walaubagaimanapun, kalau kau tak duduk dekat asrama, kau boleh dapat RM80 duit asrama.
Duit tu nanti kau kumpul lah dengan kawan-kawan kau yang lain untuk
buat sewa rumah. Aku tak dapat nak cerita lebih tentang ni sebab aku
memang tak payah menyewa luar.
Kalau kau masuk IPG KBA ni, memang kau sangat heaven sebab asrama dia betul-betul tengah bandar. Kau nak pergi mana-mana pun senang kot. LRT stesen Kerinchi dengan stesen Universiti sebelah-sebelah sahaja. Lepastu kalau guna Uber atau Grab memang tak payah tunggu lama. Aku pernah tunggu 2 minit sahaja dah sampai. Memang kawasan tu ramai uber driver. Diorang boleh ambil sampai depan blok kau lagi (itupun kalau guard kasi masuk lah).
3) Suasana pembelajaran
Di IPG, kau akan ditempatkan di dalam satu kelas seramai 20++ orang. Kelas tu akan menjadi kelas tetap kau selama 5 tahun setengah! dah macam sekolah kot haha. Gambar dekat atas ni merupakan gambar classmates aku yang dirindui. Sejak dah habis belajar ni rasa rindu pulak nak hadap perangai sorang-sorang hahaha. Seriously bila kau duduk dalam satu kelas selama 5 tahun setengah, banyak yang kau discover tentang perangai masing-masing. Masa tu jugaklah kau nak create memories banyak-banyak sebelum kau tamatkan pelajaran kau.
Ni contoh kelas yang kau akan duduk selema 5 tahun setengah tu haha. Memang dia punya environment sebijik lah macam kelas kau masa sekolah menengah dulu tu. Kau kena hias and decorate segala benda dalam kelas tu untuk jadikan kelas kau menarik dan kondusif. Nampak tak? dekat
IPG lagi kau dah dilatih untuk menghias kelas sebabnya time kau dah
jadi cikgu nanti kau kena hias kelas kau juga bila jadi guru kelas
kahkah. Kalau kau ada lecture, kau akan masuk hall. Untuk kelas tutorial pula kau akan berpecah sekejap dari kelas asal kau mengikut lecturer yang kau pilih.
4) Jaminan pekerjaan
Kau kena tahu yang kau sebenarnya dah selangkah ke alam pekerjaan.
Walaupun kalau perjalanan kau untuk habis pengajian tu lama lagi, tapi
kau dah kena bersedia untuk bekerja sebagai guru. Ni antara perkara yang
paling utama bila kau masuk IPG. Kau
tak payah nak fikir masalah pengangguran yang berlaku sekarang ni sebab
kau akan dapat penempatan di sekolah tetapi cuma cepat atau lambat
sahaja. Walaupun kau dah ada jaminan pekerjaan, itu bukan sebagai tiket untuk kau belajar secara acuh tak acuh. Still, kau kena bagi yang terbaik dan jangan gunakan alasan "alah, pointer tinggi pun jadi cikgu juga". Itu merupakan alasan paling lame sekali bagi aku. Berusahalah meningkatkan potensi diri semasa kau menuntut di IPG tu nanti.
5) Waktu cuti
Jika nak dibandingkan cuti pelajar IPG dengan universiti, sudah tentu ketara sekali perbezaannya. Pelajar-pelajar IPG bercuti mengikut waktu cuti sekolah sama ada sekolah menengah mahupun rendah. Kalau sekolah cuti, kau pun akan tetap cuti sekali. Kalau ada kelas ganti, kau pun kena ada kelas ganti. ha macamtulah. Best juga sebab kau takdalah cuti lama sangat. Kalau cuti lama-lama sampai 3 bulan macamtu bosan juga tak tahu nak buat apa sebenarnya. Cuma cuti yang paling lama di IPG aku rasa ialah cuti bulan 11 sampai bulan 1. Itu memang sangat lama. Walaupun kau bercuti, tapi kau tetap dapat elaun untuk meneruskan hidup. Waktu itulah kau akan merasai betapa penatnya menahan nafsu untuk tidak menggunakan elaun yang kau dapat tu haha.
MACAM MANA NAK MOHON IPG?
Untuk pengetahuan semua, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
mempelawa pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk
membuat permohonan kemasukan ke IPG 2017 bagi Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP). Permohanan IPG bagi 2017 akan dibuka pada 23 Mac 2017 sehingga 30 Mac 2017 secara online.
Untuk mendaftar boleh klik link permohonan berikut : https://pismp.moe.gov.my/
https://www.seorangsyed.com/2017/03/permohonan-kemasukan-ke-institut-pendidikan-guru-2017.html