Pengalaman Ujian Kelayakan Calon Guru UKCG Di IPG



Assalamualaikum geng. Isnin lepas aku baru je jalani  Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). So sesapa yang nak jadi cikgu atau berminat nak jadi cikgu dari kecik atau mak paksa, tau tau je dapat tawaran temuduga(hehe macam aku jewtuw), memang kena ambil part baca selengkapnya untuk prepare. Apa orang kata sediakan lah payung sebelum hujan. Aku pun gigihkan diri tulis entry ni secepat mungkin sebab nak korang yang maybe kejap lagi nak pegi UKCG boleh prepare sebaiknya. Korang boleh kot belajar dari kesilapan kesilapan lalu. Biar la aku sorang je ada kenangan hitam, dan korang pulak suci sesuci kain putih. ewah.

Oke aku nak bagi penerangan yang basic agar korang semua tak kelam je manjang. Oke, UKCG ni dia terbahagi kepada 3 ujian. Guysss, nak jadi cikgu pun sekarang susah oke. Tolong la.

 Ujian Kelayakan Calon Guru UKCG 

1.Ujian  INSAK
2. Ujian Fizikal
3. Temuduga





STEP MENJALANI UKCG

1. MOHON
First step, nak jadi cikgu  korang mohon di IPG. Ramai member aku tak tau. Dorang fikir terus dapat pi temuduga even korang tak mohon. Memang korang kena mohon dulu baru dapat tawaran temuduga. Korang kena alert la bila permohonan dibuka dan ditutup. And, benda yang korang kena tahu, bila korang dah apply, korang dah tak boleh tukar tukar lagi macam sistem UPU. Sistem IPG dan UPU tak sama okai.


2. UJIAN INSAK + UJIAN FIZIKAL

Lepas beberapa minggu korang mohon, korang akan dapat tawaran untuk menjalani INSAK dan ujian fizikal. Korang boleh check dekat laman web dia sendiri, kat mana dan bila korang kena jalani ujian ni. Reminder kat korang semua, time apply IPG dia dah bagi option korang nak jalani ujian tu kat mana. So plsss alert, jangan nak meroyan sebab tempat ujian yang korang kena pergi tu jauh. Sebaiknya salahkan diri sendiri.hewhewhw.


IPG Kampus Pend Islam

INSAK dan ujian fizikal ni dijalankan di tempat yang sama. Aku haritu mohon untuk jalankan ujian dekat IPG Kampus Pend Islam, Bangi. Korang yang ujian tempat lain tu, maybe ada yang berbeza sikit. Setahu aku, ujian ni dijalankan 2 waktu, dalam satu hari.Waktu pertama, korang kena datang pukul 7:30. Waktu kedua pukul 11. Setiap waktu tu, ada tiga sesi. Pembahagian sesi ni berguna time ujian fizikal je. Ujian INSAK korang akan buat sesama. Calon rasanya tak sampai 100 orang masa aku pergi haritu.

Aku punya ujian start pukul 11 dan alhamdulillah takyah berkerah nak pergi keluar rumah pepagi. Negatif dia pulak ujian habis pukul 430. Petang sangat sebab time ujian fizikal aku sesi 3. Paling terakhir, penutup segala acara, sampai rasa nak melepek dah. Siapa yang start pukul 11 , memang kena prepare duit untuk makanan, telekung (kalau tk suka guna telekung kongsi).

Masa korang check permohonan tu, dia akan bagi notis kat korang supaya datang awal 30minit. Tapi aku datang awal sejam. Maklumlah saya orang yang bersedia. Datang awal dulu, sebab nanti kena cari geng buat teman makan, solat, gossip sementara tunggu turn. heheehe.

UJIAN INSAK/ BERTULIS




Pukul 1030 aku dah daftar dan masuk ke dewan. Kat dalam dewan, nanti korang kena tunjukkan semua surat surat yang korang kena bawak tu. Lepas selesai semua urusan, cikgu yang bertugas inform INSAK start pukul 12. Memang lama nak tunggu, tapi kita chill kita boleh update story dulu kan?

Masa ujian ni  selama 45 minit. Jika calon lewat ketika ujian bertulis dijalankan, masa tambahan tiada. Walaupun lewat untuk 20 minit sekalipun. UKCG bermula pada waku pagi, jadi semua calon haruslah bersedia! Ujian Bertulis ada 2 bahagian, bahagian A dan B. UKCG ada satu sahaja aspek yang disoal: INSAK merupakan ujian psikologi (spt ujian kaunseling)

Bahagian A
Ada 120 soalan. Masa selama 30 minit. Ada dua pilihan jawapan. Sama ada YA/TIDAK. Mindset harus seperti seorang guru. Seru la semangat keguruan dalam diri korang tu oke?

Cnth:
Adakah anda merupakan seorang yang boleh memimpin kumpulan yang bermasalah?
A. YA
B. TIDAK

p/s: Calon mesti menjawab secepat mungkin. Soalan boleh guna logik akal. Jawab dengan berhati-hati dan tidak perlu semak. Jangan tinggal soalan. Masa yang dicadangkan 10 soalan selama  1 minit. Jaga masa.

Bahagian B
Ada 60 soalan. Masa selama 15 minit. Ada empat pilihan jawapan.
(A) Sangat Tidak Benar  (B)  Tidak Benar (C)  Benar  (D)  Sangat Benar

Cnth: Anda seorang yang suka menangguhkan kerja.
(A) Sangat Tidak Benar
(B)  Tidak Benar
(C)  Benar
(D)  Sangat Benar

p/s: Calon mesti menjawab secepat mungkin. Kebanyakan soalan berkaitan diri dan tiada jawapan yang tepat. Jawab dengan berhati-hati dan tidak perlu semak. Jangan tinggal soalan. Cuba hadkan masa untuk 10 soalan selama  1 minit. Jaga masa.

Kalau korang nak contoh soalan boleh klik sini ye ---Contoh Soalan INSAK




→UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF)

Ujian yang semua nantikan. Ujian fizikal. Wohoo. Ramai yang tak nak mohon jadi cikgu sebab ada ujian ni. Releven tak? Aku rasa releven sebab gais serius gaisss kacang goreng gaiss.

Aku start ujian ni pukul 2 petang. Kitaorang buat ujian fizikal kat dewan yang berhawa dingin gitue. Takdelah istilah panas ke berpeluh. Cuma rasa beku level maha kuasa. Tambah tambah pukul 2 tu ngam ngam hujan selebat alam. Memang beku la citer dia.

Sebelum UKF start, ada yang akan tunjuk demo untuk korang . Banyak kali dorang terangkan, so korang jangan nak gelabah, sebab penilai semua baik hatii.

Ujian fizikal ni ada 5 lakuan yang korang kena selesaikan.

BMI, Bangun Tubi 5 Variasi, Tekan tubi Nonstop, Jangkauan Melunjur, Bleep test.

Check Point Pertama (1)

Ukuran berat badan dan tinggi (BMI). BMI bagi yang normal (20.7-26.4) full marks.
Berat ÷ (Tinggi x Tinggi) —--- kg/m²

Check Point Kedua (2)


Bangun Tubi Variasi 5 jenis. Setiap satu variasi sekali sahaja. Selepas berjaya boleh proceed yang seterusnya. Ada 3 percubaan. Kalau gagal kesemua percubaan sampai situ sahaja markah dikira. Kalau lulus untuk kelima-lima variasi, full marks. Make sure kaki korang jangan terangkat even sikit pun. Ujian ini agak mencabar terutama pada variasi ke-4 dan ke-5
1. Tangan sentuh lutut
2. Siku sentuh lutut
3. Tangan peluk siku then up
4. Tangan atas kepala then up
5. Tangan sentuh skapula then up

Check Point Ketiga (3)

Tekan tubi tanpa henti. Full marks bagi lelaki (40 kali) dan perempuan (30 kali) 

Bagi girls, tahun ni tekan tubi berubah sikit. Sama macam korang buat time SEGAK kat sekolah cuma kaki tak boleh silang. Cuba sedaya upaya korang. Masa tiada tapi non stop. Kalau korang teberhenti, riwayat pushup korang pun terhenti di situ. Teknik tekan tubi mesti betul. Kalau salah, tidak dikira.

Check point Keempat (4)

Jangkauan melunjur. Full marks bagi lelaki (47 dan ke atas) dan perempuan (44 dan ke atas)
kalau tak silap. Diberi peluang sebanyak 4 kali. Markah dikira pada tolakan yang keempat.

Check point Kelima (5) killer test



Bleep test. Lari 20m.20m ni sepanjang dewan tu kena berlari. Secara berterusan. Kelajuan akan meningkat untuk setiap level.

 Lulus mandatori lelaki (Level 4-1), full marks (Level 7-6) dan lulus mandatori perempuan (Level 3-1), full marks (Level 6-1), kalau tak silap.

Tiada rehat. Kalau tidak berjaya sampai garisan sebelum beep!! dia angkat bendera kuning. Sekiranya 2 kali BERTURUT-TURUT gagal, dia angkat kad merah – tanda tidak boleh meneruskan. Kuatkan semangat sebab check point ini palingggg memenatkan dan mencabar. Jangan paksa diri, takut pitam ...

Level 1➡(7 kali ulang alik)
Level 2➡(8 kali ulang alik)
Level 3➡(8 kali ulang alik)
Level 4➡(9 kali ulang alik)
Level 5➡( 9 kali ulang alik)
Level 6➡(10 kali ulang alik)
Level 7➡(10 kali ulang alik)


p/s: Bagi perempuan, elakkan berpakaian ketat atau betul-betul muat badan sebab UKF yang dijalankan agak lasak yang boleh menampakkan bentuk badan. Bawa botol air mineral.

*markah lulus tu aku tak pasti sebab memang tak diberitahu semasa ujian, yang aku kongsikan tu semua markah lulus untuk  tahun 2016, mungkin ada perubahan bagi tahun 2018. apa apa pun semangatlah wahai anak muda *

Ok, sapa yang tak pergi lagi tu jangan risau ujian ni. Sebab serius penilai yang nilai korang memang suka bagi muka. Bagi muka in proper way la of cos. Dorang macam mana pun akan tolong korang. Jangan sangsi kat cikgu di Malaysia pls. Cuma depends on rezeki juga. Ada yang memang pemurah, tak kisah kisah bagi markah. Ada jugak yang still bagi markah even banyak salah. Banyakkan berdoa.


3. TEMUDUGA
Kalau korang lepas UKF, korang aku dimaklumkan. Berjaya temuduga, berjaya la sambung belajar kat IPG. Ha gitu. Aku tkleh citer banyak sebab aku punn tak tau berjaya ke tidak. Apaa apa pun kita doa jela ook.


Maklumat yang aku kongsikan ni memang apa yang aku lalui untuk UKCG bagi tahun 2018.  Mungkin ada perubahan untuk tahun tahun seterusnya. Itu je rasanya aku boleh share kat korang. Kalau aku lepas pi temuduga, pasti korang la insan insan yang aku inform kan. No worries geng!


Mirror selfie before

Lepas UKCG di Bangi, pastinya sis singgah shopping di Bangi haahaha. Taklah, mama nak shopping raya mana yang dapat. Sekali baju aku bau gile baq ang(aku aku sekali la harum dia). So mama TERPAKSA belikan baju baru sebab masuk je butik semua toleh berkali kali. Apa dosa aku? Korang cuba bagitau.

mirror selfie after
Apa apapun, korang goodluck. Jangan putus asa, atau pitam taww.Terus steadyy! Assalamualaikum.




*UPDATE*

Guys, good news. Saya enggak dapat tawaran temuduga. Apa korang, kemon la kemon semua benda yang terjadi ada lah yang terbaik, ada hikmah di sebaliknya*ayat nak sedapkan hati* uhuk. Member aku yang lain pun ramai tak dapat jugak. Kawan sekelas takde langsung. Kawan satu sekolah yang aku kenal ada sorang je yang dapat.

Aku rasa aku dah buat sehabis baik. Mungkin saingan terlalu ramai. Aku rasa aku tak perfect dekat bleep test, aku cuma dapat 3-6 sahaja. Dengan bmi aku pun, berat badan tu macam berat kayu balak. Ye betul saya ada sedikit overweight. Gais, kurus kurus pun buat apa kan? Nampak macam orang sakit je. Better gemukk hahaha.

Ini list yang korang kena alert masa UKCG, yang aku rasa kriteria korang perlu ada untuk lepas ujian ni berdasarkan kawan kawan aku yang dapat tawaran temuduga.

1. RESULT SPM

Kalau tak silap aku, untuk mohon jadi cikgu mesti dapat at least 5A. Walaupun 5A hanya syarat minimum, tapi aku rasa korang kena ada result yang lebih solid daripada 5A. Sebab majoriti orang yang dapat tawaran temuduga ni result SPM dia paling so-so pun 8A. Nanti kalau korang pergi UKCG pun majoriti kalau korang toleh kiri ; Oh, awak straight A. Toleh kanan: Wah awak pun straight!!!

Apa apa pun result korang, korang jangan putus asa dulu. Usaha sehabis baik, yakin pada diri. Rezeki Allah bagi.


2. BLEEP TEST

Seperti yang korang semua tahu, aku cuma berjaya dapat level 3-6 sahaja. Ramaiii lagi yang akan hebat daripada kau. Kawan aku yang dapat tawaran , dia dapat sampai level 4-1. Nampak macam tak banyak beza kan? Tapi tak banyak beza tu yang buat kau tak dapat jadi cikgu. zasss.

 Aku sarankan korang try la dapat lebih daripada level 4. Lagi selaamat tempat korang untuk jadi cikgu. 


3. BMI

Penting la kot untuk orang gemmmmmm uk bira macam aku. Lagi lagi dah cuti SPM lama begini. Boleh go kalau tengok cara pemakanan aku time cuti panjang.

Jadi, kalau nak jadi cikguu sangat, puasa oke sepanjang cuti SPM tu. Takdelah korang jadi dugong yang penuh kekecewaan. zasssz. Macam biasa, kawan aku yang dapat tawaran temuduga ni memang fit gileeeeee. Tak kurus sangat tak gemuk sangat. Sedang sedang je. Orang yang macam aku ni, tolong nyanyi lagu selamat tinggal je kat diri sendiri.



Goodluck💗

Catatan popular daripada blog ini

APA BEZA ANTARA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA ?

IKBN, ADTEC, JMTI, ILP, Kolej Komuniti, Politeknik, BLKP, IKM, KKTM

Pelajar UPSI Belum Tentu Jadi Guru: Info Buat Graduan UPSI, Peringatan Buat Pelajar IPG