Panduan Untuk Guru Baru Posting
Assalamualaikum wbt dan selamat membaca.
Alhamdulillah,
seperti yang saya pernah update di entry sebelum ini, saya sudah berjaya
mendapat penempatan ataupun posting sebagai Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan DG41 atau bahasa ringkasnya CIKGU.
Di sini, saya
nak storykan dan kongsikan pengalaman dan panduan untuk adik-adik yang
akan posting tak lama lagi berdasarkan pengalaman saya selama tiga bulan
sebagai seorang guru baru. Masih baru tapi saja nak kongsi. Andai ada
salah silap, mohon maaf. Hehe
First of all,
once dah dapat result posting or negeri, terus asentiasa aware dekat
website Jabatan Pelajaran Negeri untuk tahu daerah/sekolah korang. Ada
sesetengah negeri, JPN suruh berkumpul dulu di suatu temapt baru lapor
diri dekat sekolah. Ada jugak yang bagitau PPD terus. So, get ready!
Secondly, masa
hari lapor diri nanti, korang akan dengar ceramah/taklimat/orientasi
daripada pegawai JPN/PPD. Biasanya bermula pukul 8.00 pagi sampai 1.30
tengah hari. Haaaa. Once dah habis taklimat, terus pergi lapor diri
dekat sekolah. Tak kira lah taklimat habis awal atau lewat, terus pegi
sekolah. Kalau tak, nanti rugi seniority sehari. Hehe. Kalau sekolah
korang baik, diorng akan tolong punch card so korang tak payah pergi
sekolah dah.
Aku haritu
lapor diri hari Isnin. Tapi hari Ahad sebelum lapor diri tu dah pergi
melawat sekolah. Kenal-kenal sekolah sebab nak tanya cikgu-cikgu pasal
rumah sewa. In case korang tak jumpa rumah sewa, pergi je sekolah nanti
confirm cikgu akan bantu. Saya dulu dapat homestay free seminggu sebelum
jumpa rumah sewa. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan.
Haaa. First day
dekat sekolah, rajin-rajin lah bertegur sapa. Berkenal kenalan dengan
warga sekolah. Yang ni saya pasti korang takda masalah sebab apply balik
pengalaman praktikum je. Hehe
Gaji. Haaaa. Ni
paling menarik. Bila dah kerja, mesti akan dapat gaji betul tak.
Sebelum korang dapat gaji, saya nasihatkan prepare lah duit poket
secukupnya. Paling cepat gaji masuk dua minggu selepas lapor diri.
Paling lama tiga-empat bulan. Huhu. Ada sesetengah PPD dia bagi
waran/baucer gaji. Maksudnya gaji korang dapat full tapi tanpa slip
gaji. Yang ni kerani akan uruskan. Sebab buat macam ni, supaya gaji
masuk cepat. Saya haritu dalam sebulan dah dapat gaji pertama.
Alhamdulillah. Sebab tu saya cakap prepare duit poket secukupnya in case
gaji korang masuk lambat. Kalau korang takda housemate, lagi berat nak
bayar rumah sewa sorang-sorang macam saya. Sebab takda yang dapat
sekitar sekolah saya. Yang ada pun perempuan. Lelaki semua jauh-jauh.
Masa nak masuk rumah dulu saya bayar sewa+deposit around RM700 lebih
kurang. Huhu. Mujurlah ada duit simpanan sikit hasil tuisyen masa
menganggur dulu. Hewhew
Gaji permulaan untuk guru baru iaitu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 mulai tahun 2016 ialah:
Gaji permulaan untuk guru baru iaitu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 mulai tahun 2016 ialah:
Gaji Pokok : RM2391.94
Elaun Tetap Khidmat Awam : RM300.00
Elaun Perumahan : RM300.00
Elaun Sara Diri/COLA : RM100-RM300 (depends on tempat korang posting)
Kadar Kenaikan Tahunan: RM225.00
Kadar Kenaikan Tahunan: RM225.00
Nanti korang
lapor diri dekat sekolah, terus setelkan borang-borang yang perlu
dihantar semula kepada SPP i.e Borang Medical Check-Up, Akaun Sumpah,
Kew8, dan sebagainya. Hantar menggunakan Pos Berdaftar. Nanti pergi je
pejabat pos, cakap dekat kaunter nak guna pos berdaftar. Nanti dia akan
bagi apa yang patut. Yang ni in case korang kena pos sendiri.
Kebiasaanya, kerani sekolah yang tolong poskan. Tapi aku prefer better
korang pos sendiri sebabkan lagi cepat pos, lagi cepat dapat surat
pengesahan lantikan. Macam yang aku dapat dekat bawah ni. Hehe
One last thing,
kursus banyak. So you really need your own transport tak kisah lah
motor or kereta or basikal. Asalkan boleh bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain.
Last sekali,
sebelum dapat posting, berdoalah banyak-banyak buat solat hajar agar
dipermudahkan urusan posting, dapat rakan sekerja yang baik-baik dan
memahami dan sebagainya. InsyaAllah, ada jalannya.
Selamat
menempuh dunia reality yang sebenar. Saya nak nasihat panjang-panjang
pun tak layak rasanya sebab saya pun masih baru lagi tapi alhamdulillah
kita cuba belajar dan kongsi sama-sama. Apa yang baik kita ambil, yang
buruk buang jauh-jauh insyaAllah. Buat yang terbaik.
Selamat Maju Jaya.
Cikgu Aizuddin bin Rojalai
25 Oktober 2016
2322 HRShttp://pokdinpaip.blogspot.com/2016/10/panduan-untuk-guru-baru-posting.html