Rayuan doktor penat, tertekan dan mengantuk

KEMENTERIAN Kesihatan perlu mengkaji semula skim gaji dan elaun
pegawai perubatan kerajaan yang sekarang tidak setimpal dengan kerja
kami.
Kami para doktor bekerja tidak tentu masa, kami korbankan masa kami untuk bersama keluarga semata-mata demi merawat pesakit.
Lebih teruk lagi jika kami bertugas atas panggilan on, call,
kami akan bekerja lebih tiga puluh enam jam terus menerus tanpa henti - dan kami
terpaksa bekerja seperti itu untuk hampir 10 kali sebulan.
Bayangkan betapa penatnya anda jika terpaksa bekerja seperti itu. Lebih-lebih lagi sebagai housemen,
kami terpaksa bekerja 7 hari seminggu, datang kerja pukul 7 pagi setiap
hari dan balik kerja setelah selesai semua tugas di hospital.
Kebiasaannya hampir maghrib baru kami dapat balik. Itu pun kalau tidak menerima on, call.
Kalau kena on, call, kami akan bekerja terus menerus sehingga petang keesokan harinya.
Kami kepenatan. Balik rumah hanya untuk tidur. Keesokannya kami terpaksa datang kerja seperti biasa dan balik lewat petang lagi.
Kami terpaksa lalui semua ini setiap hari. Bayangkanlah betapa penat
dan tertekannya kami. Cuti pun bukan mudah diperoleh kerana kekurangan
doktor di hospital.
Sebab itulah ramai doktor pergi ke swasta. Keadaan kerja yang
memenatkan di hospital kerajaan ditambah dengan bilangan pesakit yang
semakin ramai dan bayaran yang tidak setimpal ialah faktor utama mereka
meninggalkan hospital kerajaan.
Kerajaan perlu kaji secara mendalam skim gaji, elaun dan kenaikan
pangkat para doktor. Perbaiki keadaan kerja kami keseluruhannya. Masa
kerja kami. Sistem syif seperti yang diguna pakai jururawat sepatutnya
dipertimbangkan secara mendalam.
Sistem ini dapat mengelakkan tugas on-call yang memenatkan. Pentadbiran hospital juga perlu diperbaiki kerana banyak yang tidak berfungsi dengan baik.
Banyak polisi hanya menguntungkan pihak pentadbir tetapi menekan kami.
Jadi tidak hairan ramai doktor lari ke swasta. Tidak perlu import
doktor luar, doktor kita sekarang sudah lebih daripada cukup, cuma
kebanyakannya di hospital swasta.
Baiki semua kelemahan ini, jika tidak, sampai bila pun doktor kerajaan tidak cukup.
Saya percaya orang ramai juga menyokong cadangan ini kerana mahukah
anda dirawat oleh doktor yang kepenatan, tertekan dan mengantuk?

DR. PENAT
copy from utusan online

Catatan popular daripada blog ini

APA BEZA ANTARA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA ?

IKBN, ADTEC, JMTI, ILP, Kolej Komuniti, Politeknik, BLKP, IKM, KKTM

Pelajar UPSI Belum Tentu Jadi Guru: Info Buat Graduan UPSI, Peringatan Buat Pelajar IPG