Temuduga Pendidikan

Ramai yang tanya pasal temuduga pendidikan so ni Tips dia

1. Bawa sijil-sijil mcm result asasi/matrik or salinan transkrip bagi matrik if dh dapat la,  sijil spm, sijil muet. buat salinan kemudian sahkan salinan tersebut. kalau nk lagi bagus buat la resume. bawa juga sijil sijil koko masa sekolah dan matrik/asasi. nak tunjuk korang ni aktif masa kat sekolah. cikgu kena la aktif.

2. Pasal penampilan kena betul. perempuan pakai la baju kurung dan lelaki pakai la kemeja. biar nampak mcm nak jadi cikgu. better buat nametag biar nampak skit korang nak jadi cikgu. supaya panel tu ada first impression yang bagus terhadap korang. kalau pakai blazer nampak lagi kemas. so gaya penampilan yang nampak macam pendidik/cikgu tu penting. so better yang takda nametag buat cepat cepat. supaya nak nampak lain sikit dari calon lain.

3. Nanti bila masuk bilik temuduga act naturally. Jawapan korang biar berilmiah walaupon panel tanya "introduce about yourself" sebenarnya soalan n kena tgok dri maksud tersurat dan tersirat dia.
yang tersurat: kamu boleh cakap nama, lepasan apa, keputusan matrik/asasi, upu pendidikan letak no berapa, cita cita, yang tersirat dia korang cerita pengalaman tentang diri korang kenapa pilih jadi cikgu, penglibatan dalam koko yg bagi inspirasi kt korang dalam nk masuk bidang pendidikan, ambik bidang ni secara paksaan or mmg minat. bagi tahu semua.

4. Nanti korang kena baca or tahu pasal isu semasa dunia pendidikan. mcm isu matrikulasi ke. isu kanak kanak yg takda surat beranak dah diterima masuk disekolah. isu sekolah daif ke. isu pengiktirafan UEC di Malaysia. kena baca all isu semasa dalam pendidikan. isu sekolah vernakukar dan sekolah kebangsaan. nanti kalau panel tanya what you comment about isu tu. so kalau x prepare x boleh nak goreng kan. so better baca isu tu. dan comment based on your view la. just bagi komen korang tentang isu tu.

5. Ni wajib kena kenal siapa menteri pendidikan kita. dan timbalannya sekali. kenal dan ingat nama ya. ingat juga nama dean and canselor universiti korang apply tu.

6. Korang kena tahu juga pasal sejarah malaysia or sejarah pendidikan di Malaysia. Pasal perlembagaan malaysia. Rukun Negara. Penubuhan Malaysia.

7. If soalan etika dalam menjadi cikgu. contoh macam korang ready ke ditempatkan di kawasan pedalaman Sabah or Sarawak. so give comment. rela ke tak.

8. kena tahu kualiti seorang pendidik. tugas guru selain mengajar disekolah

9. If korang mohon pendidikan dalam bidang bahasa Melayu mungkin dia tak akan tanya korang tentang kata kerja or etc or if korang mohon ijazah pendidikan dalam fizik kemungkinan untuk panel nk tanya soalan basic sains tu rendah. sebab korang memang semua dah pandai-pandai so dia nak tgok korang tahu pasal isu yang luar and nak tengok kamu berfikir diluar kotak. untk better prepare jgk basic sains or bm or tentang subjek opsyen yang korang pilih.


Catatan popular daripada blog ini

APA BEZA ANTARA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA ?

IKBN, ADTEC, JMTI, ILP, Kolej Komuniti, Politeknik, BLKP, IKM, KKTM

Pelajar UPSI Belum Tentu Jadi Guru: Info Buat Graduan UPSI, Peringatan Buat Pelajar IPG