Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pendidikan

Temuduga Pendidikan

Ramai yang tanya pasal temuduga pendidikan so ni Tips dia 1. Bawa sijil-sijil mcm result asasi/matrik or salinan transkrip bagi matrik if dh dapat la,  sijil spm, sijil muet. buat salinan kemudian sahkan salinan tersebut. kalau nk lagi bagus buat la resume. bawa juga sijil sijil koko masa sekolah dan matrik/asasi. nak tunjuk korang ni aktif masa kat sekolah. cikgu kena la aktif. 2. Pasal penampilan kena betul. perempuan pakai la baju kurung dan lelaki pakai la kemeja. biar nampak mcm nak jadi cikgu. better buat nametag biar nampak skit korang nak jadi cikgu. supaya panel tu ada first impression yang bagus terhadap korang. kalau pakai blazer nampak lagi kemas. so gaya penampilan yang nampak macam pendidik/cikgu tu penting. so better yang takda nametag buat cepat cepat. supaya nak nampak lain sikit dari calon lain. 3. Nanti bila masuk bilik temuduga act naturally. Jawapan korang biar berilmiah walaupon panel tanya "introduce about yourself" sebenarnya soalan n kena tgok dri mak...

Doktor vs Cikgu

Assalamualaikum semua! Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih sekiranya cerita aku ni tersiar. Sedikit pengenalan, aku merupakan graduan perubatan luar negara. Alhamdulillah, sudah bekerja sekarang. Aku terpanggil nak kongsi cerita aku bertugas sebagai guru ganti lepas habis belajar zaman dulu-dulu, lepas baca kisah guru praktikal. Sebab aku rasa, banyak sangat yang boleh kita sama-sama ambil iktibar. Awalnya, aku berhasrat untuk cari kerja sementara yang masih berada dalam aliran perubatan contohnya pembantu klinik atau pembantu farmasi. Konon-konon, supaya tak lupa berkarat apa yang dah belajar. Tapi takda rezeki aku ke arah itu. Akhirnya aku dipanggil sebagai guru ganti di sebuah sekolah rendah luar bandar. Aku terima demi mencari pengalaman. Malah, siap berazam nak jadi murabi kepada anak-anak murid comel ni. Hahaha…sebab murabi ni bermaksud menjadi guru dan pada masa yang sama menjadi ibubapa, syaikh(rujukan ilmu kerohanian) dan pemimpin. Buat apa susah-payah cari mutarabi(a...

Kalau layak pun, bukan semua patut jadi doktor

RASANYA tidak ada ibu bapa yang tidak mahukan anak mereka bergelar doktor. Tidak kiralah doktor biasa, doktor pakar, doktor gigi, doktor mata mahupun doktor falsafah. Asalkan ada ‘Dr.’ di pangkal nama, ibu bapa mana yang tidak kembang hidung dibuatnya. Profesion ini menjadi impian bagi majoriti ibu bapa untuk anak-anak mereka. Justeru apabila tiba tarikh pengumuman keputusan pepe­riksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saban tahun, akan kedengaranlah keluh-kesah ibu bapa. Mereka menjadi tidak tentu hala. Seboleh mungkin mereka mahu anak mereka memohon dan diterima mengikuti jurusan perubatan. Dan apabila anak me­reka gagal menempatkan diri dalam kelompok terhad pelajar yang ditawarkan melanjutkan pengajian dalam bidang itu, tidak kiralah sama ada di dalam atau luar negara, ramai yang menjadi tidak keruan. Kita boleh faham jika pelajar terbabit memang mencatat keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil dan yang lebih p...

KENAPA PILIH KERJAYA GURU?

 "Kenapa jadi guru tak kerja lain?" Pertanyaan yang sudah beberapa kali orang tanya padaku disebabkan aku punya sedikit kemahiran di bahagian pentadbiran pejabat dan ada kemahiran dalam bidang komputer (sikit-sikit gak...) Tiada apa yang harus dibanggakan kerana semuanya adalah pinjaman sementara hidup di dunia ni sahaja. Sebenarnya, mejadi guru bukanlah mudah seperti yang ramai menyangkakannya. Kadangkala jika ada ibubapa tidak berpuashati, mereka nak tuding-tuding jari, mereka nak sumpah seranah, mereka nak memaki hamun atau marah-marah, mereka nak tuduh macam-macam. Guru terpaksa telan walaupun guru itu tidak bersalah dalam hal yang menjadi isu tertentu (teringat kes murid fitnah diri ini) Sabar je la... Tak berdendam tapi, bila teringat balik tu, dalam hati "Sampainya... hati..." Mudah-mudahan beliau berjaya ke akhir hayat. Ku halalkan ilmuku dunia & akhirat untuknya. Tetapi, kenapa masih memilih kerjaya ini? Sebab utama ialah, aku MINAT. Tak tahulah bila da...

Kenapa anda ingin jadi cikgu?

KENAPA ANDA JADI CIKGU? “KENAPA anda ingin jadi cikgu?” – ini merupakan soalan yang lazim ditanyakan semasa proses temu duga calon-calon yang bakal mengikuti pengajian di institut-institut perguruan sama ada bagi program Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM), Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dan sebagainya. Biasanya jawapan standard yang akan diberikan ialah “ingin mendidik anak bangsa”, menyebarkan ilmu” dan “ingin membentuk generasi terbilang” walaupun mungkin realiti sebenarnya profesion keguruan menjadi pilihan terakhir mereka. Apa pun majoriti guru – dan juga bakal guru – hari ini hakikatnya benar-benar komited dengan tugas mereka. Oleh sebab itu, mereka diraikan pada setiap 16 Mei saban tahun. Tahun ini, bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa, Hari Guru disambut bagi mengenang dan menghargai jasa insan yang sering diumpamakan sebagai lilin ini. Tarikh 16 Mei dipilih kerana pada hari tersebut dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Fe...

REFLEKSI MENGAPA SAYA MEMILIH PROFESION PERGURUAN SEBAGAI BIDANG KERJAYA DAN MENGAPA PENDIDIKAN KHAS????

Salam satu Malaysia buat pembaca sekalian..Kerjaya merupakan titik kehidupan seseorang bagi menyara kehidupannya sendiri serta keluarga yang tercinta.Bagi setiap individu,bidang kerjaya adalah berbeza antara satu sama lain.Hal ini kerana minat seseorang adalah berbeza.Tidak terkecuali dengan saya.Saya menjadikan profesion perguruan sebagai bidang kerjaya saya kerana sejak dari kecil cita-cita saya ingin menjadi sorang guru,tetapi ketika itu saya tidak mengkhususkan pengkhususan apa yang saya ingin ambil kerana saya tidak didedahkan dengan cara yang betul tentang profesion perguruan ini.Apabila guru meminta saya untuk memberitahu apa yang saya ingin jadi ketika dewasa kelak saya dengan berkeyakinan akan menjawab”CITA-CITA SAYA IALAH INGIN MENJADI SEORANG GURU”.Walaupun bagi sesetengah orang berpendapat profesion ini tidak sepopular kerjaya doktor,peguam dan sebagainya,tetapi bagi saya kerjaya yang saya pilih ini adalah satu pekerjaan yang sangat sesuai dengan jiwa saya.Sewaktu saya masi...

Kenapa awak nak jadi cikgu?

Kenapa awak nak jadi cikgu? ialah soalan yang biasa di tanya oleh penemuduga semasa temuduga memasuki apa jua bidang perguruan samada guru KPLI, DPLI, GSTT dan sebagainya. mungkin pelbagai jawapan yang ilmiah bisa anda jawab bagi soalan begini. Tapi, adakah jawapan anda memuaskan hati pihak penemuduga. Adakah anda betul betul berminat dengan bidang perguruan ini, atau hanya demi mendapatkan kerja kerajaan. Di sini mari kita sama sama kongsikan bersama antara jawapan yang sesuai untuk dijawab jika soalan sebegini diutarakan oleh panel penemuduga. Mungkin sesuai dengan peristiwa semasa, iaitu pada masa ini iklan permohonan KPLI telah dikeluarkan dan borang-borang permohonan secara atas talian sudah mula diisi oleh para calon guru (yang ingin jadi cikgu, atau kerja cikgu), maka mari kita  mengambil sedikit ruang dan peluang ini untuk bermusabah  tentang apakah tujuan sebenar anda nak jadi cikgu, atau kerja guru. Namun sebelum itu, jangan ambil jawapan ini jika anda tidak merasai...

MENGAPA JADI GURU

 MENGAPA JADI GURU Saya masih teringat tatkala saya menghadapi temuduga untuk ke maktab perguruan. Saya ditanya mengapa saya memilih profesion perguruan. Soalan biasa.Memang telah diduga, dan jawapan saya pun jawapan stereotype, hahaha. "Saya memilih kerjaya ini kerana saya suka pada kanak-kanak. Saya mahu mendidik mereka dengan baik supaya mereka berjaya dalam pelajaran dan menjadi aset negara." Fast forward ke tahun 2009. "Geram la dengan sikap mereka tu.. Kita masuk ke dalam kelas dengan penuh semangat nak sampaikan ilmu, boleh pula mereka kata sudah letih belajar sepanjang hari, dan minta berehat di perpustakaan saja? Terus semangat saya jatuh menjunam!" "Masuk la kelas 2Z tu. Kita mengajar di hadapan, mereka buat kerja lain di belakang. Bila saya tegur, mereka mencarut. Kata macam-macam. Kalau anak saya, dah lama saya rotan." "Saya suruh buat kerja, dia kata tak mahu. Saya tekan, dia kata dia tak perlu belajar pun dia akan tetap lebih kaya darip...

5 SEBAB KENAPA NAK JADI CIKGU

 Kenapa nak jadi cikgu? Sebagai seorang pelajar IPG ataupun Institut Pendidikan Guru (sebab sesetengah orang tak tahu kewujudan IPG ni) aku percaya ramai diantara kami dibebani dengan soalan macam ni. Kadang-kadang kau tak tahu nak jawab apa dekat orang keliling kau especially bila kau masih freshie kat IPG tu. Sedia maklum, profession keguruan ini bukanlah pilihan ramai orang. Dari aku sekolah rendah lagi, kalau cikgu tanya siapa nak jadi cikgu, adalah beberapa orang murid sahaja yang angkat tangan. Itupun mungkin terpengaruh sebab mak/ayah dia cikgu. Pada pendapat aku, ramai orang berpendapat jadi cikgu ni sesuatu yang mudah dan gaji pun tak boleh buat jadi kaya. Nak pula dari kecil lagi budak-budak dah dididik supaya jadi doktor atau engineer supaya dapat gaji banyak boleh buat rumah besar-besar huhuhu. Macam aku sendiri, I don't have solid reasons kenapa aku masuk IPG and nak jadi cikgu. Aku bukan suka budak-budak. Aku tak reti langsung macam mana nak handle budak-budak. Nak be...

APA BEZA ANTARA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA ?

SALAM , SAYA KELIRU MENGENAI DUA BENDA NI . APA BEZA ANTARA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA ? ADAKAH TITLE ” KEPUJIAN ” TU BAGI KESAN APA-2 DI ALAM PEKERJAAN NANTI ? TERIMA KASIH Menjawab kepada pertanyaan pelawat kami bekenaan persoalan ini, kami terbitkan disini bagi membantu serta menjadikan informasi ini lebih terbuka kepada umum untuk membincangkannya. Sebelum itu, perkataan kepujian itu sebenarnya bukanlah kepada sesetengah kursus sahaja. Perkataan kepujian itu boleh diberikan kepada mana-mana kursus Ijazah yang diambil tidak kira ia sains, sastera, kejuruteraan atau kemanusiaan. Masalah disini, kadangkala kita melihat perkataan kepujian itu ditulis dan kadangkala tidak ditulis. Apa beza perkataan kepujian itu? Adakah ia mempengaruhi pekerjaan? Kami cuba bertanya kepada ilmuan dan beberapa individu, jawapan mereka adalah seakan sama dan kadangkala agak samar. Kami juga ada bertanyakan hal ini kepada admin xpresi dan jawapanya juga sama. Untuk ti...