REFLEKSI MENGAPA SAYA MEMILIH PROFESION PERGURUAN SEBAGAI BIDANG KERJAYA DAN MENGAPA PENDIDIKAN KHAS????

Salam satu Malaysia buat pembaca sekalian..Kerjaya merupakan titik kehidupan seseorang bagi menyara kehidupannya sendiri serta keluarga yang tercinta.Bagi setiap individu,bidang kerjaya adalah berbeza antara satu sama lain.Hal ini kerana minat seseorang adalah berbeza.Tidak terkecuali dengan saya.Saya menjadikan profesion perguruan sebagai bidang kerjaya saya kerana sejak dari kecil cita-cita saya ingin menjadi sorang guru,tetapi ketika itu saya tidak mengkhususkan pengkhususan apa yang saya ingin ambil kerana saya tidak didedahkan dengan cara yang betul tentang profesion perguruan ini.Apabila guru meminta saya untuk memberitahu apa yang saya ingin jadi ketika dewasa kelak saya dengan berkeyakinan akan menjawab”CITA-CITA SAYA IALAH INGIN MENJADI SEORANG GURU”.Walaupun bagi sesetengah orang berpendapat profesion ini tidak sepopular kerjaya doktor,peguam dan sebagainya,tetapi bagi saya kerjaya yang saya pilih ini adalah satu pekerjaan yang sangat sesuai dengan jiwa saya.Sewaktu saya masih bersekolah ayah saya inginkan saya menjadi seorang doktor tetapi malangnya saya tidak cukup layak untuk menjadi seorang doktor.Tambahan pula kerjaya sebagai seorang doktor bagi saya mempunyai tanggungjawab yang cukup besar walaupun kerjaya sebagai seorang guru juga mempunyai tanggungjawab yang besar tehadap semua aspek kehidupan.Ini kerana guru menjadi tunggak utama dalam mendidik anak-anak bangsa.Profesion sebagai guru bagi saya sangat bagus untuk diri saya kerana menjadi seorang guru lebih-lebih lagi guru pendidikan khas akan mengajar saya untuk lebih menjadi sorang yang penyabar dan tabah walaupun sekarang saya rasa saya semakin penyabar orangnya walaupun bukan di tahap yang terbagus lagi.Profesion perguruan ini juga bagi saya dapat memberi pengalaman kepada saya dan juga memberi saya serba sedikit pengetahuan tentang sikap-sikap pelajar-pelajar khas.

Saya memilih bidang pendidkan khas disebabkan pelbagai faktor.Pada masa saya ingin mengisi borang ipta dulu,pada mulanya saya ingin memilih kos pendidikan seperti matematik,kimia atau biologi.Tetapi apabila saya memikirkan perkara itu sekali lagi dan tidak berkeyakinan bahawa saya akan memdapat kos tersebut,saya terus membuat keputusan untuk memilih sahaja kos pendidikan khas.Lagipun kos pendidikan khas ini memang kos yang sangat menarik bagi saya.Malah ibubapa saya juga gembira saya mendapat kos ini serta dapat melanjutkan pengajian dalam bidang ini di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.Pendidikan khas merupakan bidang pembelajaran yang sangat menarik minat.Saya dapat mengenali dengan lebih dekat pelajar-pelajar yang mempunyai masalah tidak kira dari segi anggota badan dan juga masalah pembelajaran.Pada masa yang sama juga,saya terdorong untuk memilih kos ini kerana saya mempunyai saudara sebelah bapa yang mempunyai mana tergolong dalam golongan khas.Walaupun sudah menjangkau belasan tahun tetapi dari segi fizikalnya,saudara saya kelihatan seperti kanak-kanak.Dia tidak boleh bergerak ke mana-mana melainkan dibantu oleh ibunya atau orang lain.Daripada saat itu lah timbul satu minat dalam diri saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai golongan-golongan khas ini.Di samping itu juga,sewaktu zaman persekolahan dulu,petang-petang apabila saya ingin melawat makcik saya,saya akan melalui sebuah sekolah pendidikan khas.Apabila melalui di depan sekolah tersebut,saya dapat melihat kanak-kanak khas ini bermain dengan gembiranya seolah-olah tiada masalah yang mencemburui mereka walaupun mereka tidak seperti kanak-kanak normal yang lain.Itu adalah serba sedikit tentang faktor-faktor mengapa saya memilih pendidikan khas sebagai bidang kerjaya saya.

SEKIAN SAHAJA CORETAN SAYA BUAT KALI INI (^_^)

Catatan popular daripada blog ini

APA BEZA ANTARA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA ?

IKBN, ADTEC, JMTI, ILP, Kolej Komuniti, Politeknik, BLKP, IKM, KKTM

Perbezaan antara Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma dan Sijil Kemahiran