Kalau layak pun, bukan semua patut jadi doktor
RASANYA tidak ada ibu bapa yang tidak mahukan anak mereka bergelar doktor. Tidak kiralah doktor biasa, doktor pakar, doktor gigi, doktor mata mahupun doktor falsafah. Asalkan ada ‘Dr.’ di pangkal nama, ibu bapa mana yang tidak kembang hidung dibuatnya. Profesion ini menjadi impian bagi majoriti ibu bapa untuk anak-anak mereka.
Justeru apabila tiba tarikh pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saban tahun, akan kedengaranlah keluh-kesah ibu bapa. Mereka menjadi tidak tentu hala. Seboleh mungkin mereka mahu anak mereka memohon dan diterima mengikuti jurusan perubatan.
Dan apabila anak mereka gagal menempatkan diri dalam kelompok terhad pelajar yang ditawarkan melanjutkan pengajian dalam bidang itu, tidak kiralah sama ada di dalam atau luar negara, ramai yang menjadi tidak keruan.
Kita boleh faham jika pelajar terbabit memang mencatat keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil dan yang lebih penting, benar-benar berminat untuk mengikuti jurusan perubatan dan mahu sangat menjadi doktor.
Yang kita tidak faham, apabila ibu bapa yang lebih-lebih mahukan anak mereka menjadi doktor sedangkan anak itu tidak begitu teruja. Lebih kita tidak faham, apabila keputusan anak tidak secemerlang mana namun ibu bapa tetap beria-ia mahu si anak memasuki kursus perubatan.
Hakikatnya ramai dalam kalangan ibu bapa mahu ‘memaksa’ anak-anak memenuhi impian mereka. Anak-anak tidak apa-apa, ibu bapa pula yang lebih sudu daripada kuah.
Memang seboleh mungkin sebagai ibu bapa, kita mahu anak-anak kita berjaya menjawat kerjaya yang hebat. Menjadi doktor adalah bonus berganda. Namun bukan semua anak muda yang berminat dan mahukan kerjaya itu. Mereka pun ada cita-cita dan impian kerjaya sendiri.
Semalam, keputusan STPM 2014 telah diumumkan. Daripada lebih 41,000 calon yang lulus penuh, sebanyak 408 pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran.
Hari ini pula, calon-calon SPM 2014 akan memperoleh keputusan peperiksaan mereka. Dalam SPM 2013, lebih 13,000 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran. Keputusan hari ini juga sudah tentu tidak jauh beza daripada tahun lepas. Pasti ramai yang memperoleh keputusan cemerlang sedemikian.
Lantas penulis percaya seperti tahun-tahun sebelumnya, ‘keributan’ ibu bapa mahu memastikan anak masing-masing tersenarai sebagai ‘bakal doktor’ akan berulang lagi. Akan ada ibu bapa yang rentan hati dan mengadu ke sana-sini.
Namun adakah itu benar-benar suara hati anak kita? Apakah mereka memang mahu menjadi doktor atau sekadar memenuhi kehendak kita? Sudahkah kita bercakap hati ke hati dan mendengar pula kehendak mereka?
Walau mencatat keputusan cemerlang atau memang layak sekali pun, pokok pangkalnya masih terletak kepada minat dan kecenderungan anak-anak ini. Mereka yang akan belajar, menghadap buku, kuliah dan tutorial serta menjalani latihan amali termasuk di rumah mayat. Bukan kita!
Justeru walau sebesar mana pun impian kita hendak menjadi ibu atau bapa kepada seorang doktor, janganlah sampai kita ‘membunuh’ impian anak kita sendiri - biar apa pun cita-cita mereka selagi munasabah.
Peringatan ini sebenarnya tidak terhad kepada profesion doktor atau jurusan perubatan sahaja. Hal ini kerana, ada juga dalam kalangan ibu bapa yang mahu anak mereka bergelar jurutera, arkitek, peguam atau akauntan. Tidak boleh tidak!
Masing-masing mempunyai impian tersendiri untuk anak-anak. Kebanyakan impian itu pula didorong oleh tanggapan yang anak mereka akan dapat hidup mewah dan senang sekiranya memilih kerjaya tersebut.
Janganlah kerana hendak memenuhi impian sendiri, anak-anak ‘dipaksa’ memilih kursus yang tidak diminati, yang akhirnya mungkin menyebabkan mereka terkandas di tengah jalan dan gagal menamatkan pengajian, atau jika berjaya pun menggenggam ijazah, hati mereka meronta-ronta kerana tidak sepenuhnya cintakan kerjaya yang diceburi. Sedangkan setiap tugas adalah amanah yang menuntut pengorbanan dan komitmen yang bukan sedikit.
Tidak menjadi doktor, jurutera, peguam dan arkitek bukan bermakna berakhirnya masa depan anak-anak ini. Yang berakhir mungkin hanya impian kita.
Justeru kepada ibu bapa yang anak mereka mencatat keputusan STPM dan SPM 2014 dengan cemerlang, jadilah pembimbing yang baik. Jangan hanya mendengar suara sendiri sebaliknya bukalah hati dan telinga untuk mendengar suara mereka.
Bagi yang kurang cemerlang, masih banyak jurusan pengajian yang boleh dijadikan pilihan. Mungkin masa depan mereka bukan dalam bidang akademik namun dalam bidang vokasional atau teknikal yang terbentang luas di luar sana. Yang penting ada minat dan kesungguhan untuk berjaya.
Kehidupan anak-anak ini sebenarnya baru sahaja bermula. Sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab kita membantu membimbing mereka merancang masa depan. Bukannya kita yang ‘melukis peta’ untuk merencana kehidupan mereka.
Penafian: Semua Komen di bawah tidak mencerminkan pendirian atau pandangan Utusan, ia merupakan pandangan peribadi penulis.