SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH (TINGKATAN 6) (pesanan penting untuk pelajar)
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH (TINGKATAN 6) (pesanan penting untuk pelajar) Kepada lepasan SPM 2018 yang bakal mendaftar di tingkatan 6 esok, diucapkan selamat kembali semula ke sekolah setelah sekian lama bercuti. Kalaupun sedang menunggu tawaran lain, pergilah ke sekolah daripada duduk di rumah tak buat apa-apa yang berfaedah. Bagi yang dah tekad dan nekad untuk berada di tingkatan 6 dan memduduki STPM, pastikan anda telah cukup bersedia dengan SATU(1) MATLAMAT & SEBAB untuk berada di tingkatan 6 dan menduduki STPM - TIDAK lain daripada matlamat untuk memperolehi keputusan STPM yang akan melayakkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti-universiti awam pilihan pelajar. JADI...... 1. Pastikan dah kenalpasti ijazah sarjana muda apa yang pelajar bercita-cita nak sambung dan di universiti mana 2. Kenalapasti apa syarat kelayakan ke ijazah tersebut; selain jika ada syarat di peringkat SPM semuannya boleh disemak di epanduan UPU di https://online.mohe...