Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2020/ 2021 Online

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2020/2021. Untuk makluman anda permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2019-2020 telah dibuka bermula 1 Julai 2019. Permohonan kemasukan Program Matrikulasi KPM boleh di buat secara online pada 1 Julai 2019 sehingga 30 November 2019. Berikut adalah Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2020/2021 yang dapat dikongsikan pada anda semua.

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2020/2021


Berikut disertakan link penting yang berguna kepada pemohon semasa membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2020-2021 :

Applikasi Permohonan Online - Aplikasi PMI

 

Syarat-Syarat Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2020/2021

  1. Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2019 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 30 November 2019.
  2. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2019.
  3. Bagi mengikuti Jurusan Sains: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
  4. Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
  5. Bagi mengikuti Aliran Teknikal: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan.

Selamat membuat Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2020/2021 yang akan dibuka selama 5 bulan ini dan pelajar disarankan mengisi borang permohonan dengan betul dan tepat bagi mengelakan kesukaran pemprosesan borang permohonan anda.

Catatan popular daripada blog ini

APA BEZA ANTARA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA ?

Pelajar UPSI Belum Tentu Jadi Guru: Info Buat Graduan UPSI, Peringatan Buat Pelajar IPG

What is ASASIpintar UKM?