Apa itu OPTOMETRI???

Optometri??? Semasa saya masih belajar di Universiti, bila saudara mara, kawan-kawan sekolah dan kenalan lain bertanya,
“Sekarang ambik course apa kat UKM?”.
Maka saya jawab, “Optometri”. Antara respon yang saya terima ialah:- 
 


“Hah…apa tu Optometri?”
“apa-apa, Ooop…peliknya nama course tu, nak sebut pun susah”
“oo..belajar buat spec. la”
“kira keluar you nanti doktor mata la.” 

Daripada respon mereka, saya membuat kesimpulan yang Optometri ini masih janggal di kalangan besar masyarakat dan kebanyakan mereka tidak mengetahui maksud Optometri ini dengan jelas. 

Oleh demikian saya ingin jelaskan apa itu sebenarnya Optometri dalam bahasa dan istilah laymen supaya masyarakat mempunyai persepsi yang lebih tepat tentang Optometri. Optometri merupakan satu salah satu bidang perubatan dan kesihatan. Bidang ini merupakan satu bidang professional sama seperti bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Kejuruteraan, dan sebagainya. Bidang Optometri ini secara umumnya adalah bidang penjagaan penglihatan.

Adalah tidak dinafikan bahawa bidang Optometri banyak dikaitkan dengan rabun dan penghasilan cermin mata. Namun, bidang ini sebenarnya adalah lebih luas daripada apa yang sering dilihat oleh mata umum. Terdapat banyak bidang pengkhususan dalam Optometri, dan ada di antaranya yang sudah lama bertapak di Malaysia. Antara bidang pengkhususan dalam Optometri ialah (mengikut urutan populariti di Malaysia)

1. Kanta Kontak/Kanta Lekap (Contact Lens)
2. Tahap Penglihatan Rendah (Low Vision)
3. Optometri Kanak-Kanak (Pediatric Optometry)
4. Juling & Penglihatan Binocular (Squint and Binocular Vision)
5. Penglihatan Berwarna (Color Vision)
6. Penyakit Mata (Ocular Diseases)
7. Penglihatan untuk Sukan (Sports Vision)
8. Neurologi dan Sains Penglihatan (Neurology and Visual Science)
Bidang Optometri tidak boleh dikelirukan dengan bidang profesional lain berkenaan mata dan penglihatan. Bidang tersebut ialah:-
1. Ophthalmologis (Ophthalmologist)
2. Optometris (Optometrist)
3. Optisyen (Optician)

Saya berharap blog ini dapat membuka mata masyarakat tentang bidang dan perkhidmatan optometri di Malaysia, selain menbantu pembaca umum untuk lebih memahami mata dan penglihatan mereka. Oleh demikian, penerangan yang diberikan akan menggunakan bahasa laymen yang tidak terlalu saintifik dan mudah difahami. Keutamaan kami adalah anda dan mata anda.

http://syah916.blogspot.com/2010/04/optometri_03.html

Catatan popular daripada blog ini

APA BEZA ANTARA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA ?

IKBN, ADTEC, JMTI, ILP, Kolej Komuniti, Politeknik, BLKP, IKM, KKTM

Pelajar UPSI Belum Tentu Jadi Guru: Info Buat Graduan UPSI, Peringatan Buat Pelajar IPG