Guru merupakan satu bidang profesional yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Rata-rata sudah mengetahui bahawa profesion keguruan merupakan profesion yang sangat mulia dan di negara kita sendiri, guru diibaratkan seperti sesuatu yang berharga dan tidak terhingga nilainya. Tanpa guru, maka tiadalah peguam yang petah berbicara, tidak akan ada doktor yang berkarisma, tidak juga wujud ahli perniagaan yang berjaya, tidak mungkin akan lahirnya hakim yang adil, dan tanpa guru maka akan porak perandalah sesebuah negara itu. Itulah guru, yang dianggap seperti cahaya dalam kegelapan dan kerana itulah profesion keguruan menjadi pilihan pelajar-pelajar cemerlang sama ada dari MRSM, SBP, Sekolah Harian Biasa dan mana-mana graduan yang menyambung pelajaran mereka dalam bidang pendidikan. Namun begitu, sekarang timbul 1 isu dimana benarkah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris ini belum tentu menjadi guru? Satu topik yang patut diketengahkan oleh kita semua dan semestinya menjadi buala...