Perbezaan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan

Perbezaan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan

Pure engineering or engineering technology ?

 So far benda ni asyik bermain dekat otak aku..bila ditawarkan dua kos yang hampir sama iaitu engineering tapi perbezaan dia hanya word technology..pening dibuatnya..hasil daripada MR GOOGLE

Perbezaan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan

1) Teknologi Kejuruteraan tak boleh digelar ENGINEER
Mesti ramai yang baru dapat kos tu tengah cuak.."aku nak jadi engineer la..xkan x boleh..penat je aku belajar selama ni" Relaks la..Setakat ni kat Malaysia la , graduan teknologi kejuruteraan still dipanggil Engineer..chill la..kita teknologi kejuruteraan akan dikenali sebagai "TECHNOLOGIST"..style apa nama tu..haha

2) Perbezaan dari segi silibus pembelajaran
Untuk teknologi kejuruteraan 60% markah adalah dari amali dan 40% lagi adalah teori. Berbeza pula dengan Kejuruteraan yang memperuntukkan 50% bagi kedua-dua amali dan teori.sometimes dia akan ikut universiti masing-masing

3) Tahap pembelajaran yang sukar
Of course la Kejuruteraan akan lebih susah daripada teknologi kejuruteraan..ni andaian aku la..sebab teknologi kejuruteraan lebih banyak hands on.

4) Graduan teknologi kejuruteraan tak boleh dapat title Ir
sebab apa tak boleh dapat title Ir ? sebabnya mudah..graduan teknologi kejuruteraan tak diiktiraf oleh Board of Engineer Malaysia (BEM)..So kalau korang nak title Ir tu better korang check dulu whether kos korang tu diiktiraf BEM or not

nota kaki

Jurutera menggunakan pengetahuan saintifik yang dibangunkan oleh para saintis dalam perancangan, mereka bentuk dan membina alat-alat teknikal dan sistem. Jurutera pemaju inovasi teknologi.

Teknologi kejuruteraan bekerja rapat dengan jurutera dalam menyelaraskan orang, bahan, dan jentera untuk mencapai matlamat khusus projek tertentu.

Ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan.

Lantaran itu, bidang pendidikan kejuruteraan dan bidang teknologi kejuruteraan, tidak akan membawa perbezaan taraf, ia cuma membezakan jenis kerja

Catatan popular daripada blog ini

APA BEZA ANTARA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA ?

IKBN, ADTEC, JMTI, ILP, Kolej Komuniti, Politeknik, BLKP, IKM, KKTM

Pelajar UPSI Belum Tentu Jadi Guru: Info Buat Graduan UPSI, Peringatan Buat Pelajar IPG