Sains Bioperubatan vs Perubatan

Apa beza antara medic dan biomedik? Hurmmm…senang je..medik, orang nampak doktor2 semua kerja kat hospital dan klinik..tapi bagi biomedik, orang ramai tak nampak siapa yang buat kerja..sebenarnya bidang bioperubatan sangat meluas. Tak semestinya kerja kat makmal2 hospital ataupun jadi pensyarah. Banyak kerja menanti kat luar sana bagi graduan bioperubatan.
Dan soalan yang paling popular adalah perbezaan antara medic dan biomedik. Dari pengalaman aku yang dah nak masuk tahun 2 sem 2 dlm bidang bioperubatan, apa yang aku boleh cakapkan…kami berbeza dari segi tugas kerja tapi saling melengkapi antara satu sama lain…
Aku bagi satu contoh keadaan, ada seorang pesakit baru dimasukkan ke hospital. Dia mengadu sakit perut, muntah2, cirit-birit, sakit kepala. Kat sini, doktor akan jumpa pesakit dan ambil kira semua gejala dan symptom pesakit, bertanya sejarah pesakit samada pernah pergi luar daerah atau makan apa within 24 hours. Lepas tu, doktor akan isi borang untuk lakukan ujian2 tertentu macam ujian darah, feses, dan kat sini laa tugas biomed bermula. Kami akan melakukan segala mcm ujian tu kt makmal perubatan dan mengesahkan diagnos. Kat sini peranan pegawai bioperubatan yang bertugas kat makmal sangat2 penting sebab kalau salah tentukan diagnosis maka doktor akan bagi salah ubat, seterusnya perkara buruk akan berlaku pada pesakit.
Haaaa, dah boleh bayangkan beza kami? Kami serupa tapi x sama yet still complement each other. Contoh yang aku bagi tu berdasarkan apa yang aku belajar dalam Bakteriologi dan Parasitologi Perubatan. Dua kursus ni, kami belajar segala bacteria dan parasit yang menyebabkan jangkitan kepada manusia dan juga beza pathogen dan yang non-patogen. Perbezaan pathogen dan non-patogen ni penting sebab sbb ada yang morfologi sama tp beza penyakit dan rawatan, dan ada yg symptom sama  tapi spesies lain2. Dalam kursus ni jugak laa belajar macam mana nak diagnos dan sample handling dalam makmal.
Ada jugak kursus Farmakologi Am..dalam kursus ni kami belajar segala tok nek dadah – 1st and 2nd generation, side effects, indications and contraindications- dan basic segala basic farmako iaitu farmakokinetik dan farmakodinamik. Haaaa, pasal ubat pun belajar jugak tau..Cuma ramai tak nampak sebab kami belajar asing2 ikut bidang dan dalam kursus yang berlainan. Kalau medic, nampak macam dorang belajar semua benda sebab dorang integrated curriculum (in UKM laaa)..medic student belajar ikut modul contoh module cardiovascular system (CVS), respiratory system etc. setiap module mereka akan belajar dari awal sampai laa ke penyakit dan drugs for treatment (ngeeee, x boleh nak explain lebih2, takot salah info)
So, in the end, sebenarnya ikutkan apa yang biomedik dan medic belajar sama sahaja. Biomedik pun belajar ambil darah, blood pressure tu semua just one thing different, we biomeds dun have to meet the patients..
Lagi…bioperubatan bukan setakat masa orang sakit sahaja baru ada kerja..masa orang sihat, sakit dan sihat semula, kami2 ada kerja..that’s why pensyarah dan alumni selalu cakap jangan risau pasal kerja lepas graduate nnti. Tapi tu laaa rezeki masing2 dan jangan memilih laa, tu yg penting sebenarnya. 
Dan sebab itula program SAINS BIOPERUBATAN ni diletakkan bawah Fakulti Sains kesihatan. Dalam FSK ada lagi program2 lain mcm radioterapi (PDR), diet dan nutri, optometri, fisioterapi, speech, audio, forensic pon ada jugak tp program forensic belajar kat UKM Bangi sbb facilities sana lg lengkap.
Pasal kerjaya lepas graduate nnti, boleh jadi penulis untuk jurnal atau majalah kesihatan, pegawai penyelidikan, pegawai sains bioperubatan, kalau kat syarikat produk kesihatan, farmaseutikal atau kecantikan boleh jadi Quality Analyst (lebih kurang cmtu laa namanya). Dan ikutkan apa yang pensyarah bgtau dulu, graduan bioperubatan dari UKM mmg macam pisang goreng panas setiap tahun. banyak syarikat offer interview dan ambil graduan UKM bekerja. Nak kerja kerajaan boleh, swasta pon boleh. Cuma satu sahaja, jangan terhadkan bidang bioperubatan cuma kerja kat hospital, duduk dekat makmal sahaja atau jadi cikgu sains. 

Peranan bidang bioperubatan sangat penting malah kat luar Negara sendiri dah ada jabatan sains bioperubatan dan kat university di Thailand ada fakulti Bioperubatan. Cuma di Malaysia bidang ni masih baru dan tak mustahil dalam masa 10 tahun lagi, bidang bioperubatan akan jadi salah satu bidang yang kritikal dan akan jadi high-demand dalam pasaran kerja Malaysia. 
banyak lagi nak tulis ikutkan hati ni haaa..huhu..tapi rasanya cukup laa sampai sini..dah xtau nak tulis apa pun sebenarnya..kalau ada soalan apa2 yg berkaitan bioperubatan, akan ku berusaha utk menjawabnya..



*kalau ada yang tertanya kenapa aku amik bidang ni, sebenarnya aku nak belajar semua pasal kesihatan, penyakit, dadah, semuanya laahh macam doktor2 semua sbb tu mmg minat aku tapi aku tak nak kerja mcm doktor sbb aku tak nak tekanan kerja doktor tu - on call, stay back kat hospital semua...lagi satu, kalau boleh aku nak kerja yang aku boleh spend time dgn family x pon kerja kat rumah, senang nak jaga anak2 nnti..huhuhu <family and career planning derr, kena laa plan awal2> 

https://pulutcendolmanis.blogspot.com/2014/01/biomedik-vs-medik.html

Catatan popular daripada blog ini

APA BEZA ANTARA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA ?

IKBN, ADTEC, JMTI, ILP, Kolej Komuniti, Politeknik, BLKP, IKM, KKTM

Pelajar UPSI Belum Tentu Jadi Guru: Info Buat Graduan UPSI, Peringatan Buat Pelajar IPG