Asasi, matrikulasi, atau diploma
Asasi, matrikulasi, atau diploma
Assalamualaikum wbt.
Kebaikan asasi pula adalah ketika di peringkat ijazah. Banyak perkara yang belajar di peringkat asasi diulang semula pada peringkat ijazah. Rakan-rakan matrikulasi saya adakalanya tidak pernah belajar subjek itu, tetapi saya sudah mempunyai asas ketika di asasi dahulu.
Pertama sekali nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang telah
mengambil keputusan SPM tahun 2012 yang lalu. Tahniah lagi sekali bagi yang
mendapat keputusan cemerlang. Tujuan saya menulis post ini adalah untuk berkongsi sedikit pengalaman kepada adik-adik tentang hala tuju selepas ini. diploma? matrikulasi? atau asasi? Syukurlah kepada Allah S.W.T. kerana Dia masih izinkan kita untuk
meneruskan kehidupan ini.
Dengan sedikit pengalaman yang saya bakal kongsikan ini,
diharap dapat membantu adik-adik untuk memilih hala tuju yang terbaik. Saya bukanlah
seorang ahli akademik atau daripada mana-mana pentadbir. Hanya seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda. Ini hanyalah pendapat peribadi saya untuk dikongsi. Diharap dengan sedikit perkongsian yang saya usahakan ini, sedikit sebanyak dapat
membantu. Fokus perbincangan saya hanya kepada peluang pendidikan
dalam negara.
Untuk memilih tempat belajar perlulah melihat kembali kepada result
yang kita dapat. Realistik.
Matrikulasi vs asasi
3 tahun yang lalu saya juga menghadapi dilema, asasi atau
matrikulasi?. Alhamdulillah keputusan SPM yang saya dapat pada masa itu agak
baik. Saya membuat pilihan untuk memasuki program asasi di UiTM Puncak Alam. Apa
beza program asasi dan matrikulasi ini?
- Program asasi ini diuruskan oleh Universiti, dibawah kementerian pengajian tinggi. Manakala program matrikulasi dibawah pengurusan kementerian pelajaran yang juga menguruskan sekolah rendah dan menengah.
- Silibus yang digunapakai juga berbeza. Program asasi ini lebih banyak menggunakan silibus daripada luar negara. Untuk mendapatkan buku rujukan ianya perlu ditempah oleh pensyarah dan selalunya mengambil masa 2 minggu untuk sampai. Berbeza dengan matrikulasi, buku rujukannya mudah didapati di kebanyakan kedai-kedai buku.
- Kehidupan yang berlainan. Kehidupan di Asasi ini agak mencabar kerana pergaulannya banyak bersama pelajar-pelajar lain sama ada ijazah atau diploma. Matrikulasi pula lebih kepada kehidupan berasrama rakan sebaya.
Universiti awam yang menawarkan program asasi ini banyak
sebenarnya. Tetapi saya hanya tahu daripada UIAM, UiTM, USIM dan Universiti Malaya (UM).
Pengalaman saya mengambil kursus asasi agak perit tetapi menyeronokkan. Pada mulanya
saya agak terkejut dengan sistem pelajaran dan suasana universiti ini. Pelajarannya pantas. Satu topik boleh habis hanya dengan sekali syarahan sahaja. Keadaan
ni ditambah lagi dengan gaya hidup bebas mahasiswa. Maklumlah dahulu masih
fresh. Banyak perkara tidak diketahui. Mudah juga terikut-ikut gaya orang. Peraturan
di Universiti ini kurang ketat, perlu banyak survive sendiri. Tidak seperti matrikulasi.
Di matrikulasi saya tidak mendengar sebarang masalah. Kerana
suasananya seperti asrama sahaja. Asasi dan matrikulasi ini cuma setahun berbanding
diploma 3 tahun. Bolehlah dikatakan setahun di asasi atau matrikulasi ini
memang sangat sibuk.
Pandangan peribadi saya sekiranya rasa mampu untuk bersaing
pada tahap tertinggi mohonlah program asasi. Tetapi sekiranya keyakinan diri
terhadap kemampuan diri tidak begitu tinggi, matrikulasi pilihan terbaik. Sekali
lagi saya ingin mengingatkan realistiklah. Keputusan SPM yang baik tak semestinya
menjanjikan kita akan berjaya pada masa akan datang. Banyak faktor yang boleh mengubah kita. Sistem pendidikan peringkat tinggi juga agak berbeza daripada sistem sekolah.
Ramai rakan-rakan
saya di matrikulasi mendapat keputusan yang lebih baik berbanding saya
sedangkan mereka di program matrikulasi. Mungkin faktor sudah terbiasa dengan
kehidupan di asrama. Tahu perjalanannya bagaimana. Asasi tidak menjanjikan
apa-apa kelebihan selain kehebatannya kepada requirement untuk memasuki program
ini yang tinggi. Keputusan teruk akan ditendang keluar dan kuota untuk
melanjutkan pelajaran di Universiti pada peringkat ijazah yang menawarkan
program asasi itu sendiri tidak terjamin. Seperti contoh pelajar asasi UiTM tidak
semestinya mengambil ijazah di UiTM. Ini bukan untuk menakut-nakutkan. Memanglah
sekiranya malas berusaha dimanapun kegagalan akan kita temu.
Satu lagi yang menjadi kemushkilan saya adalah sistem pemilihan
untuk program ijazah kelak. Seperti yang sedia maklum, pembelajaran di peringkat
asasi ini lebih susah daripada matrikulasi. Silibus akademik dan kehidupannya. Gred
peperiksaannya juga berdasarkan universiti. Tidak adillah untuk momohon semula
UPU dan bersaing kembali dengan lepasan matrikulasi semula, yang mengikuti sistem
yang berbeza dan dilihat lebih mudah. Apa bezanya asasi dan matrikulasi? dari perspektif ini dilihat rugi sedikit
peringkat asasi ini kerana ianya lebih sukar lavelnya.
Kebaikan asasi pula adalah ketika di peringkat ijazah. Banyak perkara yang belajar di peringkat asasi diulang semula pada peringkat ijazah. Rakan-rakan matrikulasi saya adakalanya tidak pernah belajar subjek itu, tetapi saya sudah mempunyai asas ketika di asasi dahulu.
Diploma
Pengajian di peringkat diploma amat tenang. Ianya adalah
jalan yang agak selamat tetapi mengambil masa dan kos yang lebih. Pengajian
diploma agak relax. Banyak masa boleh digunakan untuk melakukan pelbagai
perkara sambil belajar. Tetapi saya lebih menyarankan kepada adik-adik yang
mendapat keputusan yang agak cemerlang untuk masuk ke matrikulasi. Sibuk setahun
ini agak berbaloi. Jimat masa dan wang.
Namun terpulang kembali kepada diri
masing-masing untuk membuat pilihan. Ambil diploma kosnya mahal. Pinjaman PTPTN
menjangkau belasan ribu. Naik peringkat ijazah, pinjam lagi. Di matrikulasi dan
asasi elaun disediakan. (sekarang tak pasti masih ada atau tidak peruntukan
elaun). Seorang rakan saya mendapat keputusan yang cemerlang pada SPM daripada
SBP. Tetapi beliau memilih untuk masuk
ke politeknik. Sedangkan mendapatkan tawaran daripada matrikulasi dan diploma
IPTA. Sekarang dia satu kelas bersama saya di peringkat ijazah. Tua dua tahun dia
daripada saya.
Keputusan di tangan masing-masing. Saya hanya bertujuan
untuk berkongsi sahaja. Sekiranya ada soalan boleh tanya.
Dapat saya simpulkan
Ranking kesukaran
1. Asasi
2. Matrikulsai
3.Diploma
Ranking kesenangan
1. Diploma
2. Matrikulasi
3. Asasi
Ranking peluang yang lebih mudah melanjutkan pelajaran ke ijazah
1. Matrikulasi
2. Asasi
3. Diploma
Ranking manfaat jangka panjang
1. Asasi
2. Matrikulasi
3. Diploma
* Penulisan ini berdasarkan pandangan ketika 2012.
http://abdulmuhaiminyusri.blogspot.com/2013/03/asasi-matrikulasi-atau-diploma.html
Dapat saya simpulkan
Ranking kesukaran
1. Asasi
2. Matrikulsai
3.Diploma
Ranking kesenangan
1. Diploma
2. Matrikulasi
3. Asasi
Ranking peluang yang lebih mudah melanjutkan pelajaran ke ijazah
1. Matrikulasi
2. Asasi
3. Diploma
Ranking manfaat jangka panjang
1. Asasi
2. Matrikulasi
3. Diploma
* Penulisan ini berdasarkan pandangan ketika 2012.
http://abdulmuhaiminyusri.blogspot.com/2013/03/asasi-matrikulasi-atau-diploma.html