Asasi Vs Matrikulasi

Assalamualaikum :)
Okeh entry kali ni khas untuk adik-adik yang dapat dua tawaran iaitu matrik and asasi. Well congrats adik-adik sekalian sebab dapat dua tawaran tu.. Kalau yang dapat Asasi and matrikulasi tu, mesti korang keliru kan nak pilih apa? Macam akak *eceyyy bajet diri lebih matengg* dulu la. Confiuzzzz beb! Eh guna aku ajela eh? Rasa janggal lak guna akak akak nih. Tak biasa nok. hikhik
Maybe aku boleh tolong and kasi info lebih untuk asasi la especially for those yang dapat asasi sains or kejuruteraan at UiTM Puncak Alam sebab dulu iolss ni kan budak asasi so lebih tau la selok belok asasi ni. Kalau nak dapatkan lebih maklumat pasal matrik, korang tanya ex-ex matrik Okay?



So, kita nak start dengan apa eh?
JADUAL
ASASI
Kitorang punya jadual tak begitu pack. Mula-mula lecture memey la ado jer kelas malam. What kelas malam? yup. Eh chill la dont cuak cuak. Sekejap je sebab nak rebut dewan lecture dengan student degree. 2 minggu je. nanti student degree cuti, korang punya kelas takkan ada yang malam. Kalau yang terlebih luck tu, satu hari satu kelas je. Kalau yang bernasib agak malang macam aku, dalam satu hari tu jadual korang akan full, rehat just untuk solat saja.
*Ni asasi PALAM saja tau*
contoh jadual asasi
Sesungguhnya jadual Beta pada hari Selasa amatlah pack.
MATRIK

Apa yang kawan aku  bagitau, jadual dia sangatla pack. Dia amek aliran Sains. Memang pack kalau aliran sains. Everyday ada kelas malam. Yeke? Taktau la. sumber dari KMP (Kolej Matrikulasi Penang) .

Ni ex student KMJ la yang habaq mai. Kalau Sem 1, lecture dari pukul 8 -5. Sem 2 pulak pukul 1-4. Setiap hari camtu. Rehat pukul 1-2. 
*Kalau tak silap jadual PASUM lagi lahh pack *
OUTING

ASASI

Dari segi outing semua tu,  setiap hari lepas habis kelas ke, korang bole g keluar memana. Nak g SACC mall ke, Econ Save ke, nak balik rumah ke suka jantung limpa korang la but before pukul 11 malam korang dah kena ada kat kolej kediaman la. Memang tu peraturannya. Lepas je pukul 11 malam, pintu masuk akan ditutp.
Setiap weekend pulak korang bole balik rumah and bermalam kat rumah. Biasanya student yang rumah dekat-dekat ngan Palam akan balik setiap minggu kecuali time exam.
So agak bebas la kan? Yup bebas. Kena pandai jaga diri. Takde sape nak marah and kawal korang. Bagi adik-adik yang mudah terpengaruh and agak-agak tak reti nak kawal diri, better masuk Matrik. Korang nak poteng kelas pun takda sapa nak marah. Aku pernah ponteng skali lecture fizik. hihik plizz jangan ikut :P
MATRIK

Setiap Matrik lain-lain peraturannya. Kalau kat KMJ (Kolej Matrikulasi Johor) , kalau outing tu before pukul 7 dah kena balik. Pasal nak bermalam kat rumah pulak, setiap bulan sekali je bole balik. Kawan aku cakap, peraturan kat KMJ sangat lah ketat lagi sendat lagi padat. Outing and balik bermalam kena pakai baju rasmi.

Tapi kalau kat KMPP and KMS, peraturannya tak ketat sangat. Kalau KMPP , if pi outing, Before pukul 11 la kena balik. Pasal balik rumah pulak aku tak sure. Tak tanya habis. Tapi dari cerita dia, selalu gak dia keluar sabtu ahad. Hikhik. Maaf-maaf tak sure bab yang ni.
TEMPAT TINGGAL
ASASI



Okeh tempat tinggal sangat best. Macam apartment. Satu floor ada dalam 7-8 rumah. Satu rumah ada 4 bilik and 1 tandas yang ada 2 tempat shower, and satu tandas cangkung. Satu bilik untuk 2 orang. So korang takyah la bangun awal-awal pagi, sebab nak beratur untuk mandi. Korang kena rebut dengan 8 orang saja. Kalau malam-malam korang nak bangun kencing ke berak ke hape pun senang sebab tandas kat dalam rumah. Nak tengok lebih banyak gambar pi baca entry aku yang lama-lama. banyak sangat dah gambar pasal Palam nih.
Camni la antara rupa bilik-bilik di Palam. 
diz is not my bilik. Bilik aku ofcoz la lagi besaq. VVIP kennn. ngehh. Ni bilik housemate ku yang amatlah perasan bilik dia yang paling bersih. Sila abaikan apa saja yang tertulis pada gambar di atas.
ada Locker sekali dont worry :)
MATRIK

Tempat tinggal macam asrama la. Satu dom ada 4 katil and sangatla luas biliknya. Tak pernah masuk, just tengok gambar bilik kawan kat KMS (Kolej Matrikulasi Selangor). Serius luas. Lagi luas dari rumah kat Palam. Dahla share 4 orang je. kawan aku cakap macam bole main bola sepak je dalam bilik dia.  Luas la tu kan?
[updated : Ada budak KMS tak puas hati lerr bila aku cakap bilik KMS luas and boleh main bola. Eh awak awak sorry la mana kita tau. Kita tak pernah masuk pun just tengok gambar and kawan cina kita yang bagitau camni. Maaf la ye. hehe.]
Tapi taktau la camne kalau matrik yang lain pulak. hehe. Ofcoz ada meja study and locker sekali :)
Cuma, tandas kat luar la. Korang kena keluar bilik kalau nak mandi ke nak kencing ke hape.
EXAM?

ASASI
Dari segi Exam pulak, hmm takde trial cam matrik but ada 2 test. Markah keseluruhan merangkumi 50 % from carry marks and another 50% drpd exam bertulis. Carry marks termasuklah TEST 1 & TEST 2, lab report, quiz, attendance, tutorials. Hmm each subject berbeza cara nak dapatkan carry mark and depends on lecturer la. 
Exam pulak normally 3 jam but soalan gila banyak kak ton oi. Aku sampai tak cukup masa nak jawab exam. Serius tak tipu and yang buat soalan ialah lecturer-lecturer gak. Soalan exam pun lecturer yang tanda, Tapi, Gred constant. Maknanya bukan macam sistem SPM dulu la. SPM dulu kan kalau soalan susah, gred turun. Tapi untuk asasi, gred takkan turun walaupun soalan susah gila-gila-nak-mati.
Dari segi pengiraan pointer pulak, kalau UiTM, Semua subject akan dikira termasuklah BEL (English) and CTU (Agama Islam) .


                           
Ni la dewan peperiksaan. Aku snap pic ni secara haram tau. Bangga buat kerja haram :D


Selalu sangat ada kabus kat Palam lagi-lagi after hujan :)
*view dari tingkap bilik aku yang agak rosak*
MATRIK

Ada trial tau !  20 % carry marks and 80% exam akhir. 10 % for quiz, assigment, lab report and lagi 10% tu ujian pertengahan. Kelebihan kat Matrik ni (Ni yang lecturer bagitau la) , gred tak constant. Kalau soalan susah and ramai tak score, gred boleh turun. Sistem sama macam SPM and PMR dulu. That's why kalau nak comparekan result, Student matrik lagi senang score pointer tinggi compare tu student asasi. Soalan dorang pun dari KPM.
Dari segi pengiraan pointer, Semua subject akan dikira kecuali English and Agama. Untung tau kalau masuk matrik ni. Yang kalau SPM biasa-biasa saja pun bole dapat 4flat. Tapi kena study la.

SUBJECT?

Kalau kat Matrik ada 3 module. Korang boleh pilih sendiri nak modul apa. Kelebihannya kat sini la if korang masuk matrik. Kalau korang tak minat Bio, Korang amek aliran Sains fizikal. Minat akaun, amek akaun. Ada gak sains komputer. Member aku cakap senang jeh subject ni. Kalau minat Fizik bio pulak amek la aliran Sains

Kat Palam ada dua je. Asasi Sains and Asasi Kejuruteraan. Kalau korang masuk Palam, amek Asasi Sains, korang nak taknak kena belajar gak bio, fizik, math, and chem. Antara subject2 ni, Bio la yang aku paling lemah. Rasa menyesal pulak amek Bio. huhu. Well setiap orang otak lain-lain. Aku punya otak ni more to math. Bab hafal2 ni kureng sikit.


CUTI AND MASA STUDY

Korang masuk Asasi, memang banyak cuti. Serius. Lagi-lagi time sem 2. Cuti penggal sem 1 pulak adela sampai sebulan lebih. Cuti and exam sama dengan student Diploma UiTM yang lain. Tapi yang tak syiokkkknya, disebabkan banyak cuti, akan banyakla kelas ganti. Kelas ganti tersebut ikut suka lecturer la. Kalau dia nak buat hari sabtu, korang kena la datang leture hari sabtu. Kalau dia nak buat malam, kena la datang malam-malam ikut TANGGA BATU CAVES tu.

Tempoh tamat belajar asasi lebih awal daripada matrik. Almost 1 month la asasi habis awal daripada matrik. Dahla lebih banyak cuti dari matrik, pastu habis awal. Part yang ni korang akan stress lagi-lagi untuk final sem *ceyy bajet jeh padahal sem 2 je kot* . Study week la macam sengal jeh. Kalau untuk sem 1, ada gap between setiap exam dalam 2, 3 hari so korang akan ada masa la unutk study.

Tapi untuk sem 2, korang akan ada gap sehari je untuk study. Amatlah sukar bagi aku yang suka study last minute ni. Banyak kali dah aku and rooamate menjerit meroyan meracau macam orang gila sebab penat hadap buku dari pagi. HAHA.
camni la keadaan meja study kitorang time final exam.

Kalau Matrik pulak, tak banyak cuti compare tu asasi. Kiranya budak-budak yang masuk matrik ni memang lagi rajin daripada asasi la. Eh yeke? yang pasti lebih rajin daripada aku la. hikhikhik. Aku  ni kan pemalas. Exam pulak, korang ada masa untuk study. Ada la study week nya, seminggu. Tak macam asasi. Aku pun taktau asal nak cepat-cepat asasi ni nak habis. Yang sengsaranya student cam aku la. Yang tak berapa cepat tangkap.

Elaun? Yuran - yuran ?

For Asasi, each semester, KPT dengan murah hatinya akan belanja korang RM 1950. Guna sebaik mungkin okehh. Yuran kolej  penginapan pulak RM 420. Yuran pendaftaran agak mahal and berbeza-beza ikut pendapatan family. Aku dulu kena 600 lebih. member aku 500 lebih. Depends la. Yuran pengajian pulak RM 460 utk sem 2.

For Matrik, each month korang akan dapat RM250. Cepat or lambat tu dpnds la. Yuran pendaftaran dalam 500 lebih utk aliran Sains and yang syiokkkkknya asrama free weh. Takyah bayor! Sem 2 pulak takyah bayar apa-apa. Yuran pengajian kerajaan yang tanggung.

Konklusi for asasi

 yang bestnya asasi Palam :-
1. Lecturer cakap UPU akan dahulukan  student asasi untuk masuk U. Mula dengan asasi Pasum, Palam, Matrik, and barula stpm and diploma. 
2. Kalau Asasi kat Palam, Korang akan jadi anak emas UiTM. Teruk camne pun result korang nanti in sha Allah  pihak UiTM akan kutip korang. hikhik.
3. Korang akan habis lagi awal dari student matrik
4. Jadual tak begitu pack
5. Bole keluar ikut suka hati korang. Ada bas rapid, masuk sampai dalam. 
6. Dapat duit KPT RM 1950 untuk setiap sem.
7. Bole lepak cafe sampai pukul 11-12 malam.
8. Cafe ada dua. Bole mix laki perempuan so senang untuk buat group discussion. boleh usya mamat hensem sekali
9. Setiap blok ada study room. Dalam study room ada meja2, kerusi and TV. So jgn khuatir anak2 sekalian,  anda still berpeluang untuk tgk TV  tapi kau jangan harapla ada astro
10. Lecture hall pulak best. Besar and sejuk gila sampai ramai yang kalau masuk lecture hall je, automatik akan rasa mengantuk. Cuma kadang2 ada lecture hall yang takde ekon and sumpah jadi panas gila lecture hall tu.
11. Selalu ada sale. hik2. Macam-macam meh. Baju , tudung, beg , kasut, makanan and banyakkkk lagi. Setiap bulan ada. 
12. Nanti nak exam senang dapat hint dari lecturer-lecturer.
13. Akan dapat peruntukan untuk melancong pi memana. UiTM tanggung. Anak emas ken ken. Aku dulu g kem. Nanti aku cite apa aktiviti kitorang.
lecture hall at fakulti farmasi
kalau masuk lecture hall kosong, aku pun apo lagi try berlagak cam lecturer ah. Jadi tak jadi tak? hehe
                           
yang tak bestnya :-
1. Nota ke tutorial apa korang kena download and print sendiri dari student portal
2. Masa yang tak banyak untuk study
3. Buku bapak mahal. Buku untuk dua sem, RM 88 untuk satu subject. Buku MATH, CTU  and BEL lebih baik takyah beli. Bole guna senior punya. Aku ada lagi. Sape nak sini meh aku boleh kasi 80% diskaun. Jimat duit maaaaaa. Buku pulak tebal-tebal wa cakap lu. Disarankan koyak kan buku tu ikut chapter kalau malas nak bawak buku yang berat tu g lecture.
4. Setiap hari g kelas kena guna tangga maut. Nak turun tu sangat enjoy tapi bila nak naik, gila penat. However, tangga ni amat membantu bagi mereka yang nak kurus. Serius. Berat aku pun turun tawww. ngehhhh amat membantu diet aku. hihi. 
5. Apabila cafe bole mix laki perempuan, maka ramailah pasangan yang berkapel layar di sana sini and semakkan meja saje sebab kadang2 takdak tempat nak buat group discussion.
6. Kena study sendiri la. Tak bole nak harapkan sangat lecturer. Kena rajin jumpa sendiri lecturer and tanya dorang.
7. Kena bayar banyak yuran-yuran la. Matrik takyah.
8. Ada Charlie. Huh ? Apa tu? Charlie and the chocolate factory? Adakah di Palam banyak cokelat? No no no.
Ini la charlie. Nate ni amatlah merbahaya and berbisa walaupun saiznya dalam 1 cm jeh. Bila nampak nate ni, engko kena cepat-cepat g amek seletip ke hape and tampal kat situ jugak. Pastu korang bole gak jadikan koleksi nate ni. Juga sebagai pengajaran kepada charlie-charlie yang lain so that mereka tak berani masuk bilik korang dah :D
Alhamdulillah selama aku kat Palam, aku tak penah lagi kena gigit dengan nate ni. Berani nate ni nak ganggu hidup aku? Hello ini Zarith la. Tak bernai punya dia ceroboh bilik aku. kehkehkeh.
For matrik, hmm lebih kurang je kelebihannya macam yang aku cerita kat atas cuma aku tak dapat banyak sangat maklumat la. 
Persamaan Matrik and asasi :-
1.Actually dua-dua okay and sama jeh. Dua-dua cepat habis. Dua-dua ada kelebihan. Nanti habis asasi and matrik korang still kena isi UPU gak, apply balik mana-mana kos yang korang nak. 
2. Muet at least kena dapatkan Band 3 untuk apply mana-mana U kecuali untuk aliran Sains Fizikal and Asasi Kejuruteraan. Dapat Band 1 je dah lepah dah nak apply maan-mana.
3. Pointer pulak, sama je. Ada kos yang perlukan 3.5 above baru boleh mohon. Kalau medic tu, mesti kena dapatkan 4 lepew lew bawu dapat. hukhuk
4. Topic yang akan dibelajar almost sama untuk aliran Sains Matrik and Asasi Sains. Cuma ada yang Asasi belajar lebih sikit for certain topic and camtu gak la kalau kat Matrik.
5. Ada macam-macam event. Pi lawatan, ceramah, and banyak la lagi program :)
6. Ada kokorikulum  Kalau kat Palam, wajib masuk 1 club and kena kumpul at least 3 kupon saje. takyah banyak-banyak. Dengar la cakap aku. Matrik pulak bole bina club sendiri and buat la apa-apa event macam lawatan ke apa. Pun Bolehhhhhh.
7. Dua-dua ada manyak sangat student yang pandai-pandai belako and gifted. Jangan pelik ah kalau ada member korang yang selalu tido jeh time lecture and tak berapa study tapi result gila gempak. Ramai kat situ.
8. Banyak gilo chapter nak kena cover. Physic saje dah berbelas-belas.

*** tanbahan***
1. Asasi UIAM tak perlu apply UPU lagi untuk sambung degree nanti. Konpem-konpem akan sambung UIAM gak.
2. Asasi sains hayat and fizikal kat UNIMAS juga akan konpem sambung kat UNIMAS. Korang takbole pilih U lain.
3. Asasi UM and asasi kat UPM pun kena apply UPU gak nanti.
Apa lagi eh ?
Hmm rasanya ni jelah kot yang aku boleh tolong. Sorry kalau maklumat pasal Matrik tak lengkap and tak berapa kena sebabnya ni aku just tanye kawan-kawan aku yang masuk matrik. Lain matrik lain corak pemerintahannya. Heheh. 
Apa-apa pun adik-adik sekalian, buatla pilihan yang bijak kay. Buat solat istikharah. In sha Allah dapat petunjuk. Goodluck dengan hidup korang.
wasalam :)
 
http://zarithaliah.blogspot.com/2013/05/asasi-vs-matrikulasi.html

Catatan popular daripada blog ini

APA BEZA ANTARA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA ?

IKBN, ADTEC, JMTI, ILP, Kolej Komuniti, Politeknik, BLKP, IKM, KKTM

Pelajar UPSI Belum Tentu Jadi Guru: Info Buat Graduan UPSI, Peringatan Buat Pelajar IPG