Biomedical Engineering vs Biomedical Science

Soalan ini pasti akan muncul dalam setiap insan yang cuba meneroka alam kerjaya ini. Apakah itu kejuruteraan bioperubatan? Dan apa beza nya dengan sains bioperubatan?
The first thing, ” biomedical “. Apakah ia? Bioperubatan ialah satu lapangan yang menggabungkan aplikasi biologi dan perubatan ke arah peningkatan kesihatan bagi manusia dan haiwan. Jadi, kebanyakan kemajuan dalam bidang kesihatan adalah asbab wujudnya dua golongan ini ; jurutera dan saintis biomedikal.

Biomedical science

Mereka adalah golongan yang mempunyai pengetahuan meluas tentang skill perubatan makmal. Darah mereka tidak luak dari pelbagai kaedah analisis dan prosedur penyiasatan. Mereka lah orangnya yang mengkaji 1001 penawar bagi penyakit!
Kebiasaannya, lepasan sains bioperubatan ni mempunyai pelbagai specialization yang diantaranya ;
  • Anatomic Pathology
  • Haematology
  • Clinical Chemistry
  • Medical Microbiology
  • Parasitology
  • Physiology
  • Pharmacology
Merekalah juga dipanggil the true medical researcher! Mengkaji kemajuan dadah baru, terlibat dalam ujian vaksin, menganalisis sampel perubatan atau menyiasat struktur penyakit ; itulah kebiasaan bagi seorang biomedical scientist.

Biomedical Engineering

Mereka adalah golongan yang mana minda mereka sarat kefahaman tentang biologi dan teori perubatan , manakala tangan mereka dibentuk dengan latihan teknikal kejuruteraan yang khusus. Merekalah key player dalam dunia perubatan kerana mereka terus-menerus memperhaluskan device perubatan!
Lepasan kejuruteraan bioperubatan ada jutaan cabang dimana antara yang penting adalah ;
  • prosthetics and orthotics
  • biomaterials
  • bioimaging and processing
  • bioinfomatics
  • bio-microelectromechanical system
  • sport biomechanics
  • rehabilitation engineering
Biomedical engineers adalah ” revolutionary ” yang mengubah setiap sistem hospital, pejabat, doktor dan peralatan perubatan. Mereka juga membuat rekaan organ/ anggota badan artificial, melaksanakan research berkaitan engineering terhadap manusia, membaiki perlitaran elektrik, membangun aplikasi software perubatan, dan mencipta alatan kedoktoran yang efisien ; tiada yang mudah untuk jurutera biomedikal.

Apa yang sama ?

Kedua-dua mereka merupakan golongan di belakang tabir ; sebagai medical researcher. Mereka mesti punyai grant untuk research di mana ia amat diperlukan untuk membiayai penyelidikan mereka. 3 skop utama mereka ;
  • sektor pendidikan tinggi
  • sektor RnD
  • sektor perkhidmatan
Mereka berkemungkinan end up di dalam industri pharmaceutical atau industri pembuatan barangan perubatan dalam skop-skop di atas. Kedua-dua golongan ini juga sentiasa berusaha dalam memajukan industri kesihatan.

Bagaimana pula bezanya ?

Seorang biomedical scientist sentiasa mengkaji ke arah pengkajian penyakit dan ujian ubat-ubatan, manakala seorang biomedical engineer membina dan membaiki peralatan kesihatan, cuba mengadaptasi dari permasalahan pesakit atau doktor. Bahasa mudah ; biomedical scientist banyak melakukan research dalam aspek mikro manakala biomedical engineer pula dari aspek makro.
Di UM, biomedical science dibawah fakulti perubatan. Mereka, lepasan Matriks/Asasi/Diploma memerlukan atleast pointer 3.30 dgn MUET band 3 untuk course ni. Manakala biomedical engineering dibawah fakulti kejuruteraan, dimana lepasan Matriks/Asasi/Diploma memerlukan atleast pointer 3.00 dgn MUET band 3.

Mana lagi sesuai untuk saya ?

Kalau anda merupakan seorang yang ke arah BIOLOGY – CHEMISTRY, maka seeloknya anda sesuai dengan biomedical science. Namun, sekiranya anda ialah orang BIOLOGY – PHYSICS, kami syorkan biomedical engineering.
Biomedical engineering lebih sesuai untuk orang yang minat kerja-kerja teknikal manakala biomedical science pula untuk sesiapa yang bersemangat gila research dan dalam hal ehwal penyakit.
Minat juga dua2? Biomedical science lebih BIO dari biomedical engineering.
Either one is good, So choose the best one untuk kerjaya awak!

https://biomedsenginepeeps.wordpress.com/2018/01/22/biomedical-engineering-vs-biomedical-science/

Catatan popular daripada blog ini

APA BEZA ANTARA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA ?

IKBN, ADTEC, JMTI, ILP, Kolej Komuniti, Politeknik, BLKP, IKM, KKTM

Pelajar UPSI Belum Tentu Jadi Guru: Info Buat Graduan UPSI, Peringatan Buat Pelajar IPG