Contoh Surat Mohon Pertukaran Universiti & Kursus Pengajian di Universiti Awam
Memandangkan terlalu ramai sangat
bertanya soalan yang sama dan mohon kami kongsikan contoh surat
pertukaran universiti & kursus pengajian. Maka kami kongsikan contoh
permohonan surat tersebut. Sebelum kami kongsikan, suka kami ingatkan
walaupun anda memohon tidak semestinya permohonan akan diluluskan &
anda perlu mendaftar di universiti yang ditawarkan sebelum membuat
rayuan. Antara kriteria kelulusan adalah :

Jadi
berangan itu boleh, tetapi jangan bersedih jika gagal dalam permohonan.
Tambahan pula, kursus yang ditawarkan kepada anda sekarang bukankah
kursus pilihan sendiri?. Jadi anda perlu menanggung akibat salah
percaturan tersebut. Tanpa membuang masa, berikut kami kongsikan contoh
surat permohonan. Klik pada kategori surat :
- 1) Surat pertukaran universiti & kursus pengajian
- 2) Surat pertukaran universiti dalam kursus yang sama
- 3) Surat sokongan penghulu/ibu/bapa/jkkk/ADUN & lain-lain
Dokumen Berkaitan Yang WAJIB disertakan sekali :
- 1) Sijil-sijil akademik
- 2) Sijil kokurikulum
- 3) Surat sokongan lain contohnya surat sakit daripada hospital (medical report)
P/S
: Kami juga mengingatkan anda, setiap universiti prosuder permohonan
adalah berbeza. Jadi jika pihak universiti memaklumkan perlu membuat
surat, anda boleh merujuk contoh surat yang kami kongsikan. Jika pihak
universiti sudah menyediakan format surat mereka, maka gunakan format
rasmi itu. Sementara itu, bagi surat sokongan, digalakkan untuk
menghantarnya sekali kerana akan menyokong permohonan ada sekaligus
peluang untuk berjaya ditawarkan sangat tinggi.
Selesai
membuat surat, hantar secara "by hand" atau pos ke alamat universiti di
dalam surat yang kami kongsikan. Tunggu maklum balas mereka, dan
sentiasa dapatkan kemaskini dengan menghubungi pihak universiti
berkenaan. Maklumlah, kita sedia maklum masalah birokrasi akan
melambatkan proses permohonan tersebut.
Jika
ditawarkan, boleh bawa salinan surat tawaran baru itu ke fakulti di
universiti asal dan ikut prosuder yang diminta. Selalunya akan diminta
untuk isi surat berhenti belajar di universiti dan sertakan bersama
salinan tawaran ke universiti baru. Untuk yang bertanya bolehkan membuat
permohonan tanpa mendaftar jawapannya tidak boleh.
Kenapa?.
Jika anda tidak mendaftar bermaksud anda menolak tawaran kemasukan dan
akan diisi oleh pelajar lain. Bermakna nama anda tiada dalam senarai
rujukan yang akan digunakan oleh universiti yang anda hendak pohon.
Bagaimana hendak tukar universiti sedangkan anda tidak pun mendaftar di
universiti asal?. Jika tidak mendaftar bermaksud menolak tawaran. Jadi
anda perlu faham mengenai garis panduan ini. Semoga berjaya kami
ucapkan!.
https://afterschool.my/bm/berita/contoh-surat-mohon-pertukaran-universiti-kursus-pengajian-di-universiti-awam
https://afterschool.my/bm/berita/contoh-surat-mohon-pertukaran-universiti-kursus-pengajian-di-universiti-awam