Kelebihan & Kelemahan Asasi/Foundation
Dalam banyak-banyak
laluan yang kami kongsikan, Asasi/Foundation merupakan laluan yang
paling berisiko. Namun, ramai dalam kalangan pelajar cemerlang memohon
masuk ke asasi. Mungkin kerana suasana pembelajaran sudah seakan di
universiti kerana lokasi pengajian di dalam kampus universiti membuat
mereka teruja untuk terus ke asasi. Terdapat 12 buah universiti awam
yang menawarkan program pengajian asasi iaitu UKM, UPM, UiTM, UM, UMT,
UNISZA, UMS, UUM, UNIMAS, UIAM, USIM, UPNM.

Ramai
yang beranggapan selepas tamat pengajian asasi, mereka boleh terus
melanjutkan pengajian di universiti yang sama atau pilihan terbuka untuk
memilih mana-mana universiti lain untuk pengajian degree. Walau apapun
andaian anda, kami kongsikan kelebihan dan kelemahan laluan
asasi/foundation supaya anda tidak tersilap langkah kelak.

Secara
ringkasnya, jika asasi di universiti awam selain daripada asasi UITM
dan UM, anda tidak layak untuk memohon masuk ke mana-mana universiti
awam lain untuk pengajian degree. Kenapa tidak boleh memohon?.
- Pertama, tiada kategori yang membenarkan anda untuk mengemukakan permohonan melalui UPU kelak.
- Kedua, semua universiti awam lain telah meletakkan syarat am hanya menerima lepasan asasi sains daripada UM dan UITM sahaja untuk peringkat pengajian ijazah (degree). Syarat ini turut melibatkan lepasan asasi (foundation) daripada IPTS.
- Ketiga, majoriti program pengajian asasi yang ditawarkan di universiti lain adalah feeder kepada program degree.

Ini
bermaksud, majoriti universiti sudah menyediakan tempat khas untuk
lepasan asasi universiti mereka melanjutkan pengajian degree kelak.
Walau bagaimanapun, jangan terlalu yakin kerana pelajar masih perlu
memenuhi syarat kelayakan ke pengajian degree walaupun dijamin tempat di
universiti yang sama.
Memilih
ke asasi bukanlah satu jalan yang salah tetapi masalah akan timbul
sekiranya anda ingin memohon ke kursus yang tidak ditawarkan di
universiti tersebut atau gagal memenuhi syarat kelayakan program
pengajian yang ditetapkan oleh pihak universiti. Jika situasi ini
berlaku, anda hanya ada pilihan untuk sambung degree di IPTS sahaja.
Kemudian, jika ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi,
barulah bolehlah sambung master atau PhD di universiti awam lain.
Jadi
untuk masuk ke program asasi tidak menjadi masalah sekiranya anda sudah
tahu kursus pengajian degree manakah yang ingin diambil selepas tamat
asasi kelak. Bagaimana hendak tahu kursus degree apa yang ditawarkan
untuk pengajian asasi yang diambil nanti?. Rujuk perkongsian kami
dibawah mengikut universiti dan kursus asasi yang ditawarkan dengan klik
pada setiap universiti untuk buat semakan :
(Klik setiap program asasi yang dipohon dan semak kursus degree yang ditawarkan kelak)
(Pelbagai kursus degree yang hanya ditawarkan di UUM boleh dipohon jika memenuhi syarat kelayakan asasi kerana kursus asasi di UUM menjurus kepada kursus umum iaitu asasi dalam pengurusan)
(Disebabkan
asasipintar UKM adalah aliran sains maka, pelajar boleh memilih ke
mana-mana bidang/fakulti yang ditawarkan di UKM sama ada bidang
kejuruteraan, perubatan, sains sosial, farmasi dan sebagainya. Klik UKM
dan semak setiap fakulti kursus apakah yang ditawarkan untuk lepasan
asasipintar UKM)
(Jika
anda memilih ke asasi UPM anda boleh mohon ke mana-mana kursus
pengajian degree di UPM. Untuk mendapatkan info lanjut berkaitan
pengajian asasi UPM termasuklah peluang melanjutkan pengajian degree
kelak klik pautan biru UPM diatas)
(Klik
pada link UiTM di atas dan rujuk pada tab program untuk buat semakan
kursus asasi dan fakulti yang boleh dipohon. Walau bagaimanapun, bagi
program pengajian asasi UiTM selain asasi undang-udang layak memohon ke
mana-mana universiti manakala asasi undang-undang perlu sambung di UiTM)
(Klik UPNM dan semak infografik yang dikongsikan untuk laluan lepasan asasi UPNM bagi pengajian degree di UPNM kelak)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (Tahmidi/Asasi)
(Klik USIM dan klik setiap kursus asasi yang ditawarkan untuk semak kursus pengajian degree yang boleh dipohon kelak)
(Lepasan asasi UMS boleh mohon masuk ke mana-mana bidang yang disenaraikan, boleh buat semakan)
(Asasi
sains hayat/fizikal UM boleh memohon ke mana-mana universiti tetapi
program asasi persediaan Jepun, pelajar akan melanjutkan pengajian ke
universiti di Jepun. Klik setiap program pengajian untuk semak info
dengan lebih jelas)
(Semak info berkaitan program pengajian degree yang boleh diambil oleh lepasan asasi UniSZA kelak)
(Klik
pada gambar asasi sains hayat atau asasi sains fizikal untuk semak
senarai kursus degree yang boleh dipohon selepas tamat asasi kelak)
(Setiap
program asasi yang ditawarkan sudah dikhaskan pilihan kursus degree
yang boleh dipohon. Klik UMT untuk semak senarai kursus degree
berkenaan)
Jadi
fikirkanlah sebaiknya dan tentukan dahulu kursus degree yang ingin
diambil kelak. Jika tidak ada kursus degree yang anda minat di
universiti yang menawarkan program asasi untuk anda nanti, pilih sahaja
laluan lain. Ini kerana, anda tidak akan ada pilihan lagi selepas
memilih ke kursus asasi berkenaan. Semoga berjaya kami ucapkan!.
https://afterschool.my/bm/berita/kelebihan-kelemahan-asasifoundation