Kelebihan & Kelemahan Matrikulasi
Perhatian kepada
ibu bapa yang berniat menghantar anak ada melanjutkan pengajian ke
matrikulasi bagi kemasukan tahun depan iaitu 2019/2020. Permohonan akan
dibuka semula 25 Februari 2019. Info penuh permohonan, KLIK DISINI.
Matrikulasi
sememangnya menjadi pilihan majoriti pelajar bumiputera kerana 90%
tempat ditawarkan kepada pelajar bumiputera manakala 10% pelajar bukan
bumiputera.

Syarat
kelayakan tidaklah terlalu tinggi, namun persaingan yang tinggi
menyebabkan pelajar terpaksa merebut tempat kemasukan walaupun
memperolehi keputusan yang cemerlang. Berikut kami kongsikan kelebihan
dan kelemahan laluan matrikulasi, sebagai panduan untuk anda.

Secara
ringkasnya, laluan matrikulasi ini tidaklah terlalu berisiko selain
pembiayaan pengajian dan sara hidup ditanggung oleh KPM. Anda tidak
perlu membayar balik bantuan kewangan yang diberikan. Walau
bagaimanapun, jika anda memilih laluan ini pastikan mendapat keputusan
yang cemerlang kerana persaingan sangat tinggi untuk merebut tempat
semula bagi peringkat pengajian ijazah di UA. Jika sekadar keputusan
atas pagar CPGA 2.00 atau CGPA 3.00 dan ke bawah, anda memang sukar
untuk berjaya dalam permohonan ke universiti awam bagi kursus ijazah
yang anda inginkan.
Kenapa
perkara tersebut berlaku?. Ini kerana, kuota yang diletakkan oleh pihak
universiti untuk lepasan matrikulasi tidak dapat menampung jumlah
permohonan yang ramai. Maklum sahajalah ramai lepasan SPM/Setaraf yang
memilih untuk ke matrikulasi sedangkan ada pecahan kuota yang diletakkan
oleh universiti untuk semua lepasan pra universiti sama ada
STPM/ASASI/FOUNDATION IPTS/DIPLOMA UA/IPTS/A-Level/IB dan sebagainya
untuk kemasukan ke pengajian degree di universiti mereka kelak.
Jadi buatlah pilihan yang terbaik. Kepada anda yang memilih untuk ke matrikulasi, anda boleh rujuk kepada artikel Tip Persediaan Masuk ke Matrikulasi yang Wajib Anda Tahu!.
Menerusi artikel tersebut anda boleh menyemak struktur pengajian,
kokurikulum dan sebagainya berkaitan matrikulasi untuk persediaan
melanjutkan pengajian kelak. SEMOGA BERJAYA!.