Panduan Beli No. Pin Unik UPU di BSN

Panduan Beli No. Pin Unik ID UPU Di BSN | Adakah anda pemohon UPU bagi lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf sesi 2020/2021? Untuk makluman anda, permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA akan dibuka mulai [akan dikemaskini]. Sebelum anda membuat permohonan UPU secara online, pastikan dapatkan nombor pin unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN).


Panduan Beli No. Pin Unik UPU di BSN
Untuk pengetahuan anda, tarikh beli nombor Pin Unik UPU sesi 2020/2021 akan mula dibuka pada [akan dikemaskini] dan tarikh tutup pada [akan dikemaskini]. Pemohon boleh merujuk cara pembelian no. pin UPU yang dikongsikan oleh MyBelajar.

Cara Beli Nombor Pin Unik ID UPU Di BSN


Berikut adalah 2 cara membeli Pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) :

1. Kaunter BSN

Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank BSN dengan membawa nombor kad pengenalan dan sejumlah wang untuk pembayaran yang akan dikenakan. Nombor pin UPU bagi permohonan sesi akademik 2020/2021 adalah berharga RM15.64 termasuk caj GST.

2. Mesin ATM BSN

1. Masukkan Kad dan No Pin
2. Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
3. Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
4. Pilih Jenis Program IPTA – contohnya  ‘SPM’ atau “STPM” (rujuk anda lepasan apa)
5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
6. 'YA’ untuk meneruskan urusan
7. Semak Maklumat
8. Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan atau ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
9. Resit Dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan anda.

* senarai pembelian nombor pin UPU sesi 2020/2021 di Portal BSN.

Semoga perkongsian ini dijadikan panduan untuk membuat pembelian nombor pin unik ID UPU bagi kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA sesi ambilan 2020.

Catatan popular daripada blog ini

APA BEZA ANTARA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA ?

IKBN, ADTEC, JMTI, ILP, Kolej Komuniti, Politeknik, BLKP, IKM, KKTM

Pelajar UPSI Belum Tentu Jadi Guru: Info Buat Graduan UPSI, Peringatan Buat Pelajar IPG