Permohonan Online Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2020

Permohonan Online Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2020 | Anda ingin pinjaman pelajaran atau bantuan pendidikan sesi 2020? Berita baik kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) khas kepada anak jati negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang memerlukan biasiswa. Untuk makluman, anda, Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) merupakan satu biasiswa atau bantuan kewangan pendidikan yang ditawarkan kepada pemohon yang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah di IPTA. Anda boleh membuat Permohonan Biasiswa BKNS 2020 ini yang akan dibuka pada awal bulan April setiap tahun.


Permohonan Online Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2020 


Berikut dikongsikan adalah maklumat mengenai permohonan biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2020 termasuklah syarat kelayakan, permohonan online dan cara hubungi ;

Syarat Kelayakan Umum & Akademik Permohonan BKNS 2020


1. Had Umur
● Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
● Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
 
2. Kelayakan Akademik

i. Kursus Diploma

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon.  Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.

ii. Kursus Sarjana Muda
● Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.3.  Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
● Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
● Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
● Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
● Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

iii. Perubatan, Pergigian dan Farmasi

● Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi.  Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.
● Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

Bidang Pengajian

1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
● Juruukur
● Pertanian
● Kesihatan
● Jurukur Bahan
● Perakaunan
● Seni Bina
● Kejuruteraan
● Sains Tulen
● Perusahaan Ternak
● Pengurusan Hartanah
● Teknologi Maklumat

2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
● Akuakultur
● Perikanan
● Pertanian
● Ekonomi
● Farmasi
● Perubatan
● Kejuruteraan
● Juru Ukur Bahan
● Perhutanan
● Perubatan Veterinar
● Psikologi
● Komunikasi
● Matematik
● Sains Alam Sekitar
● Sains Biologi Marin
● Sains Bioteknologi
● Pelancongan dan Hospitaliti
● Pendidikan
● Sains Komputer
● Sains dan Teknologi Makanan
● Pengajian Islam
● Pergigian
● Perakaunan
● Undang-Undang

Cara Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2020 Online


Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara ‘online’ menerusi laman web rasmi www.biasiswa.sabah.gov.my mulai bulan April 2020. Pemohon hendaklah  mempunyai e-mel peribadi yang aktif.

* Tarikh permohonan akan dikemaskini

Semoga perkongsian ini dapat membantu pemohon untuk membuat permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2020. Selamat maju jaya. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Catatan popular daripada blog ini

APA BEZA ANTARA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA ?

IKBN, ADTEC, JMTI, ILP, Kolej Komuniti, Politeknik, BLKP, IKM, KKTM

Pelajar UPSI Belum Tentu Jadi Guru: Info Buat Graduan UPSI, Peringatan Buat Pelajar IPG