ASASI ATAU MATRIKULASI - panduan ringkas
ASASI ATAU MATRIKULASI - panduan ringkas Asasnya matrikulasi dan asasi ni sama saja, tamat asasi atau matrikulasi dengan pencapaian yang memenuhi syarat yang ditetapkan semua layak memohon melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda ...bukan automatik, tetapi tetap mesti memenuhi dan melepasi syarat yang ditetapkan dan tertakluk kepada pilihan berikut. ASASI SAINS UM & ASASI UITM (kecuali asasi undang-undang uitm) ini program asasi yang premium dari segi syarat kemasukan dan peluang melanjutkan pengajian di mana lepasannya yang lulus dengan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh memohon melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di mana-mana universiti awam lain (kecuali beberapa program di UIAM & USIM - yang dikhususkan untuk lepasan asasi dan tamhidi dari universiti berkenaan sahaja) ASASI UA LAIN (selain UM & UiTM) Hanya untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di universiti berkenaan sahaja. Jadi jika pelajar bercadang n...