Ijazah Sarjana Muda Dietetik
"Apa tu Dietetik.?" Aku syak mesti ramai yang tertanya-tanya soalan cenggini kan.? Pengurusan orang mati kah (sebab ada word DIE tetik).? tapi takkan lah nak uruskan orang mati sampai kene ambil Ijazah jugak. Memang seSANGAT jahil lah aku waktu tu.! Meh sini nak terang ; Untuk menjadi seorang Dietitian (Pegawai Dietetik), korang perlu belajar dalam bidang pengajian dietetik iaitu Ijazah Sarjana Muda Dietetik / Sains Kesihatan (Dietetik) . (nama bergantung kepada Universiti tetapi modul pembelajaran sama sahaja). Kalau macam aku, sekarang ini aku belajar di Universiti Sains Malaysia (USM). # Ijazah Sarjana Muda (ISM) Dietetik/Sains kesihatan (Dietetik) Mungkin masih ramai lagi yang belum familiar dengan bidang pengajian dietetik ni. DIET etik ialah dari perkataan DIET itu sendiri yang menunjukkan fungsinya yang berasaskan sains fizikal, biological dan sains kelakuan dengan berfokuskan kepada makanan, pemakanan, terapi pemakanan perubatan, pengurusan makanan d...