Ijazah Sarjana Muda Dietetik
"Apa tu Dietetik.?" Aku syak mesti ramai yang tertanya-tanya soalan cenggini kan.? Pengurusan orang mati kah (sebab ada word DIEtetik).?
tapi takkan lah nak uruskan orang mati sampai kene ambil Ijazah jugak.
Memang seSANGAT jahil lah aku waktu tu.! Meh sini nak terang ;
Pegawai Kesihatan Dietetik merupakan kerjaya yang amat penting dalam
perubatan di hospital dan pejabat kesihatan. Senang cite macam ni, ramai yang panggil Pegawai Dietetik ini seperti Doktor dalam bidang pemakanan untuk kesihatan. Biasanya akan mengenalpasti penyakit dan akan
membuat sedikit kajian dan membuat saranan pemakanan (nasihat pemakanan) perlu bagi kes-kes
kronik (obesiti, hypertension, jantung) untuk elakkan masalah akan terus parah.
# Pendapatan / Gaji Pegawai Dietetik
Hah, ni soklan yang paling femes lah di abad ini. Gaji ! Semua orang macam ni, kalau nak ambil kos ape-ape mesti tengok gaji bila kerja nanti kan.? Kalau gaji rendah walaupun minat, haram nak ambil kan.? (cakap depan cermin jugak). Sebenarnya, gaji Dietitak ni agak lumayan juga.
Untuk menjadi seorang Dietitian (Pegawai Dietetik), korang perlu belajar dalam bidang pengajian dietetik iaitu Ijazah Sarjana Muda Dietetik / Sains Kesihatan (Dietetik) . (nama bergantung kepada Universiti tetapi modul pembelajaran sama sahaja). Kalau macam aku, sekarang ini aku belajar di Universiti Sains Malaysia (USM).
# Ijazah Sarjana Muda (ISM) Dietetik/Sains kesihatan (Dietetik)
Mungkin masih ramai lagi yang belum familiar dengan bidang pengajian dietetik ni. DIETetik ialah dari perkataan DIET itu sendiri yang menunjukkan fungsinya yang berasaskan sains
fizikal, biological dan sains kelakuan dengan berfokuskan kepada
makanan, pemakanan, terapi pemakanan perubatan, pengurusan makanan dan
pemakanan komuniti. Sebagai contoh, ia melibatkan kajian
pemakanan di hospital berkenaan jumlah kalori, serta kajian pemakanan
untuk mencegah gaya hidup tidak sehat selain membuat kajian nutrisi
sepatutnya untuk komuniti serta pesakit-pesakit mengikut penyakit yang
di alaminya.
Program ini mengambil masa 4 tahun (sekali pakej praktikal di hospital). Terus terang aku bagitau, program ini korang akan banyak belajar MASAK. ya,
memang sangat menarik tapi makanan yang korang masak tu bukan untuk
korang makan tapi untuk pesakit. korang tau lah macam mana rasa makanan
pesakit kat hospital tu kan.? Sedap? ni jawab sendiri ye (mesti semua
orang penah rasa, bila g melawat orang sakit kan? dah orang sakit tak
makan, kita lah yang bedal!). wkwkwkw!
# Prosepek Kerjaya ISM Dietetik
Tentu ramai yang mushkil bila kuar nak jadi ape.? Tukang masak kah.?
Memang ini yang akan kita fikirkan bila nak ambil masuk sesuatu bidang.
ye dak? Jangan risau, sebenarnya kerjaya dietetik ni meluas tetapi
kerjaya utamanya ialah menjadi seorang Pegawai Dietetik atau dalam bahasa inggeris, Dietitian (jawapan untuk soalan 'Kerja ape?' nampak kelas sikit kan.). haha!
# Pendapatan / Gaji Pegawai Dietetik
Hah, ni soklan yang paling femes lah di abad ini. Gaji ! Semua orang macam ni, kalau nak ambil kos ape-ape mesti tengok gaji bila kerja nanti kan.? Kalau gaji rendah walaupun minat, haram nak ambil kan.? (cakap depan cermin jugak). Sebenarnya, gaji Dietitak ni agak lumayan juga.
Sumber : Laman Web SPA (20 Jun 2012) |
Ini update terbaru untuk gaji Dietetik untuk sektor kerajaan . Gaji permulaan (Gred U41) ialah RM 2,259.08. Ini gaji pokok (asas) dan tidak termasuk elaun-elaun lagi. Kalau termasuk elaun, berapa.? Haa, ni korang kira lah sendiri. (Lebih kurang RM 3,000). Cukup tak.? tak cukup g jadi Doktor!
# Perbezaan antara I.S.M Dietetik dan I.S.M Pemakanan
Mesti ramai yang menganggap Ijazah Sarjana Muda Dietetik ni sama dengan
Ijazah Sarjana Muda Pemakanan (nutritionist). Sebenarnya tidak,
kedua-duanya mempunyai perkaitan yang rapat dalam bidang makanan, tetapi
Dietetitian lebih kepada perawatan dan nasihat pemakanan kepada orang-orang yang berpenyakit/sakit manakala Nutritionist lebih kepada nasihat pemakanan untuk orang-orang sihat dan juga menentukan tahap nutrisi yang perlu ada dalam makanan.
**Satu perkara yang korang perlu tahu, Dietitian boleh menjadi Nutritionist tetapi Nutritionist TIDAK boleh menjadi Dietitian.
(Bukan nak berbangga atau mengangkat darjat, tapi ini adalah realiti)
Ini kerana, pembelajaran kedua-duanya hampir sama tetapi Dietetik diberi
latihan khas di hospital manakala pemakanan tidak. Sebab itu di UiTM,
bidang dietetik dan pemakanan disatukan menjadi Ijazah Sarjana Muda Pemakanan dan Dietetik.
http://ismdietetik.blogspot.com/2013/07/ijazah-sarjana-muda-dietetik.html
http://ismdietetik.blogspot.com/2013/07/ijazah-sarjana-muda-dietetik.html