Pilihan kerjaya dalam bidang Doktor Veterinar

Bertemu lagi kita di blog Megawealth Vet anda!
Kerjaya di Veterinar?
Cerita saya dalam bidang ini.
Selepas habis belajar selama 5 tahun di dalam pengajian Ijazah Perubatan Veterinar, sudah tentu anda akan menentukan kerjaya yang paling sesuai yg anda akan ceburi.
Maksud kerjaya di sini adalah, kita akan memilih bidang mana yg paling sesuai untuk kita.
Terdapat pelbagai bidang untuk seorang Doktor Veterinar boleh pilih dalam hala tuju kerjayanya.
Contohnya:


1. Small Animal Clinic - Sektor ini sangat terkenal dek keterujaan masyarakat kita membela haiwan peliharaan mereka sebagai teman seharian.  Tidak hairanlah jika sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk seekor kucing comel.  Hal ini menjadikan klinik haiwan kecil ini menjadi pilihan utama vet yang mencari kerjaya dalam bidang ini.  
Tambahan pula klinik haiwan pada zaman skrg 'bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan', jadi persaingan juga sudah tentulah menjadi tinggi dek pelanggan yang ramai.
Jadi, sektor ini adalah satu option yg baik dan bagus untuk vet terutamanya perempuan kerana kerja mereka hanya di sebuah klinik haiwan tanpa pergi ke tempat lain. Terpulang kepada minat masing2, tiada paksaan. Gaji juga agak lumayan bagi sektor ini, kawan saya starting boleh mencecah sehingga RM 3,5++ - RM 3,8++. 


2. Pensyarah -  Pensyarah juga salah satu cabang untuk seorang Doktor Veterinar menyambung kerjaya mereka di dalam bidang akademik.  Dalam bidang akademik ini, mereka perlu kerap menghasilkan buku2 ilmiah dan menghasilakn kajian terbaru tentang kepakaran mereka. Tapi harus di ingat, mereka yang mahu ke bidang ini perlulah mengambil 'master' dahulu keperingkat kepakaran mereka sebelum dapat diserap masuk untuk menjadi seorang tenaga pengajar dalam Universiti. 

3. Ladang ruminant - Terdapat banyak ladang2 ruminant (lembu, kambing, biri-biri) di Malaysia yang kita patut tahu. Walaubagaimanapun, sektor ini masih tidak dapat menghasilkan bekalan daging yg mencukupi buat Malaysia, Negara kita masih import daging2 lembu dari negara luar bagi menampung kekurangan bekalan daging. Jadi sektor ini masih lagi kecil dan potensi untuk seorang Doktor Veterinar bekerja di ladang2 haiwan ruminant adalah tinggi.  Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu ini.  Gaji juga agak lumayan sekitar RM3,5++ - RM 4+++.
4. Ladang Poultri / ayam -  Ladang poultri ini berkaitan dengan ladang ayam.  Ramai yang menjangkakan jika kerja di syarikat berkaitan ayam, kita terpaksa bekerja di ladang2 ayam.  Tidak sama sekali. Kita perlu buang pemikiran lapuk itu kerana profesyen kerja di Syarikat berkaitan ayam ini sangat luas.  Kita harus tahu ayam yang kita mkn tiap2 hari itu hanya ayam pedaging, walhal sektor ini lebih luas dari itu, nnt saya akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang AYAM BAKA yang diimport dari Syarikat AVIAGEN, US.  Ya, oleh demikian kita mesti akan ke ladang ayam juga untuk melawat jika ada aduan dari penternak tentang ayam sakit.  Gaji dalam bidang ini juga tidak kurang hebatnya sekitar RM 3,5++ - RM RM 4,+++.
5. Zoo (wildlife) - Dengar nama wildlife pun agak menggerunkan juga kan. Haaa, kerja di zoo anda akan selalu dapat ber'selfie' dengan haiwan2 yang rare yg kita tak jumpa tepi jalan hahaha.. ye dak..?
Mana tidaknya kalau jumpa Harimau tepi jalan mau lintang pukang. Okay, life di zoo agak mencabar, bkn kenapa, terlalu banyak haiwan di sini yang kita perlua arif / tahu tentang setiap haiwan.  Haiwan di sini perlukan persekitaran mereka yang 'tersendiri'.  dan juga penyakit haiwan disini juga terlalu banyak dek banyak species yg ada kat sini. Tidak hairan la jika saya katakan kerja di zoo ini agak masyuk la.. hehe.. berminat dengan wildlife boleh hantar resume ke zoo dalam Malaysia, jika nk 4k Singapore DOLLAR pergi la keja di Zoo Singapore.. darab berape tuuu duit kita.. peace!
6. Turf club/ Endurance - Kerja dengan kuda. Nampak mcm senang tp banyak ragam kuda ni hehe.. mungkin saya tak minat kuda kot.. BTW, working with horse mmg best jika kita tahu perilaku dan behaviour of horses ni. Actually kerja dengan kuda ni mmg perlukan kesabaran yang tinggi tp nampak enjoy jika kita pandai sesuaikan diri dengan job ni. Exciting kan kalau ada kuda sendiri, and you can imagine berapa harga kuda sultan Johor? hehe Ratusan ribu okay. So you can imagine kalau sultan hire you untuk jaga kuda dia.. Ermmmm, belanja tak habes kan.. tiba2 pulak ada endurance support sepenuhnya ke Dubai untuk jaga Horse Endurance.. Pergi bawa duit je la.. XD
7. Aquaculture - Bidang ini masih kecil di Malaysia, tetapi di luar negara bidang ini dah sampai ke satu tahap yg tinggi, di mana mereka sudah cuba utk tingkatkan genetik ikan! Boleh bayangkan tak? Tentang gaji dalam bidang ini saya kurang arif, mungkin boleh hantar resume ke UNDERWATER world Langkawi tgk hehe. 
8. Vaccine & Drug company - Haiwan mana yg tak amik vaccine dan ubat? jeng jeng jeng.. Kebanyakan klinik haiwan, ladang lembu ayam, kuda semua perlukan vaccine dan ubat2an utk cegah penyakit. Jadi anda boleh bayangkan betapa besarnya vaccine & drug company ni. Suggestion saya kalau nk kerja ngan vaccine & durg company ni, paling kurang bg subjek PHARMACOLOGY and BIOCHEM tu power haha.. kalau x susah sikit hehe.. So the bigger the industry, the bigger your salary.. pilihlah company besar2 mcm ELANCO, GLOVET, etc.
9. Laboratory -  Lab yg saya maksudkan ni byk. But mostly utk vet more to lab utk research.  For R&D (Research & Development) , so bila ada nya research2 baru ni, baru la benda baru terhasil. so pentingnya disini kan research2 laboratory ni hehe.. Gaji pun not bad, kerja di dalam lab sahaja, boleh la demand RM 3,5++ - RM 3, 7++.
10. Feedmill company : Company yg supply makanan haiwan ni adalah satu industri besar. Sangat besar, jagan pandang rendah sbb nya, haiwan2 terutamanya yg dok ladang tu kebanyakan amik pellet dari company makanan ni. Saya amik kira ladang ayam di Malaysia ni pun cukup la k.  Let say company saya ada 100 buah contract farming, setiap ladang akan order dedak ayam, sekali dia order mengikut bilangan ayam, kalau dia bela 100,000 ekor, dedak sekali order nak tak nak mesti 320 bags.  1 bags 50kg tu harga semasa RM90. so utk 320bags dah cecah RM28,800. hahaha
Ini baru satu ladang dah 28k. Kalau ada 100 ladang tak ke berjuta tu.


Sebenarnya banyak lagi kerjaya dalam bidang Veterinar ni, cuma kita perlu pandai pilih. Bersua kita kembali di lain masa.  Saya akan ceritakan lebih detail tentang satu2 sektor nnt. Selamat Beramal, no hate just love, mmmuuahhhhh Dato Vida sket kikiki..

Catatan popular daripada blog ini

APA BEZA ANTARA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA ?

IKBN, ADTEC, JMTI, ILP, Kolej Komuniti, Politeknik, BLKP, IKM, KKTM

Pelajar UPSI Belum Tentu Jadi Guru: Info Buat Graduan UPSI, Peringatan Buat Pelajar IPG