Lima Fakta Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Doktor Perubatan Veterinar
Baru-baru ini tular di media tentang pelajar perubatan veterinar yang membawa anjing ‘bersiar-siar’. Ada netizen yang beranggapan negatif dengan kejadian tersebut. Ada juga masyarakat yang mengecam kerjaya doktor perubatan veterinar yang terpaksa bergelumang dengan anjing dan babi yang sangat dipandang rendah oleh sesetengah masyarakat kita. Chill kawan-kawan! Jangan kita melihat dari sudut pandangan ‘serong’ sahaja. Jom kita mengkaji pula fakta-fakta positif mengenai kerjaya doktor perubatan veterinar. Disini saya berkongsi lima fakta. Ada banyak lagi fakta sebenarnya, tetapi saya senaraikan lima yang utama sahaja. Yang lain itu, tuan dan puan boleh cari ‘Mr. google’ untuk membantu. 1. Kerjaya yang amat dihormati di negara-negara maju Apabila saya berada di luar negara, di bumi United Kingdom, rata-rata apabila saya memberitahu saya adalah veterinarian , mereka sangat kagum. Sebenarnya, salah satu sebab masyarakat orang putih disana sanga...