Welcome
to my blog. As for today is my first day publishing a new post as a new
blogger, I'd like to share my pengalaman semasa menghadiri UKCG pada 11
April yang lepas. Kalau untuk aktiviti UKCG tahun-tahun lepas saya tak
berapa tahu sorry ya, pengalaman ni berdasarkan apa yang saya alami
semasa ujian tu berlangsung.
So for you who don't know what UKCG is, it stands for Ujian Kelayakan Calon Guru.
Kepada
adik-adik di luar sana yang bakal memohon untuk jadi seorang guru,
bukan mudah ya tetapi itu bukan alasan untuk tidak mencuba... Hehe. So
nanti kat bawah, Saya akan beritahu pengalaman saya semasa menghadiri
UKCG.
Pada
pagi tu awal juga lah bangun, kira-kira dalam pukul 5:30 pagi macam tu
sebab takut tak sempat sampai ke pusat UKCG. Bagi dokumen asal sijil
lahir dan kad pengenalan, surat panggilan, surat akuan calon dan semua
yang perlu di print tu pastikan letak awal-awal dalam fail sebab takut
lupa nanti. Pensel 2B dan pemadam jangan lupa ok. Itu semua WAJIB untuk dibawa semasa UKCG.
So,
untuk pengetahuan adik-adik semua, saya buat UKCG di IPG Kampus
Sarawak. Kat Miri jak, tak jauh pun. Dalam 44km jika menggunakan jalan
darat dari tempat saya tetapi terasa lama lah juga sebab jalannya teramatlah smooth dan tak berlubang... Selesa sangat sampai termuntah-muntah I mual kat dalam kereta.
*Orang Marudi jak lah faham lawak akak ni*
Dalam
pukul 7:15 pagi macam tu saya dan parents pun bertolak dari rumah dan
tiba di bandar Miri pada pukul 10:10 pagi. Masa tu memang saya lemah
sangat sebab dah mabuk perjalanan tadi so adik-adik penting ok untuk
sarapan pagi apa semua tu supaya nanti time UKCG tak lah pengsan.
Saya
and parents pun having lunch kat satu restoran ni. Bagi pengetahuan
adik-adik semua, baju dan seluar yang dipakai adalah seperti yang telah
dinyatakan di dalam surat panggilan UKCG. Pakai terus jak baju hitam
panjang lengan, seluar track dan kasut sukan dari rumah tau. Jangan
pakai baju kurung pula, nak buat push up semua tu sanggup kah pakai baju
kurung dik? HAHAH.
Selesai
semua tu, kami pun bertolak ke IPG Kampus Sarawak dan setibanya kami di
sana, dah ada akak guard kat depan pagar IPG tu yang beritahu kami
hendak ke mana dan ke mana... Jangan risau lah, rasanya semua IPG pun
akan ada security guard yang beritahu, parents boleh saja bertanya.
Yang
kat atas ni lah Institut Pengajian Guru Kampus Sarawak, Miri. Cantik
kan? Kawasan dia teramatlah besar... Dah rasa macam balik ke sekolah
menengah dulu... 😥😆
So
masa dah masuk tu, kira dah pukul 10 nak pukul 11 pagi. Adik kena
ingat, mesti sampai better 30 minit sebelum sesi Ujian Bertulis
bermula... Kat dalam surat panggilan dan surat aturan semasa UKCG akan
ada diberitahu apa yang patut dibuat and apa yang tidak, baca dengan
teliti alright? 😆
Ok,
so masa tu my parents parking kereta kat padang bola sepak IPG tu sebab
parents budak lain pun parking kat sana. Jangan risau sebab anxiety tu
akan berkurangan once you all tengok budak-budak lain yang turut
menghadiri UKCG pun ada masa tu, kita tak keseorangan pun so keep that
in mind ya? Don't be too nervous, just have fun.
Guaranteed
juga, you all tak akan sesat punya sebab just ikut saja ke mana budak
lain pergi and akan ada fasi yang instruct you untuk ke mana dan ke
mana... Parents boleh jak tunggu and nak pulang atau jalan-jalan pun
boleh. 😋
I dah jumpa kawan baru masa tu hehe, ada dua orang and dorang sweet sangat. Seorang Mary and seorang lagi Steffenus. (Step, kalau ko baca ni sorry bah kalau salah eja nama ko hehe)
Try
to talk to new people that time because this is your chance to make new
friends and reduce your anxiety. And one more thing, tak semua calon
akan sama umur dengan kita because ada yang 19 years old and 20 pun ada.
😋
So
my parents left earlier right after we got instructed to get into the
examination hall for registration. So basically, I was alone at the IPG
surrounded with strangers. But hey, you are not alone remember? Anyway,
before the registration, don't worry sebab akan ada senarai nama kat
papan notis dewan tempat Ujian Bertulis dijalankan and kat papan notis
tu akan ada senarai nama, nombor kaunter dan ruang signature. Sign terus
kalau ada nama adik ok?
Sebelum
pendaftaran tu nanti, kad pengenalan, surat panggilan UKCG, surat akuan
calon, sijil lahir, dan lain-lain surat yang penting, pemadan dan dua
batang pensel 2B jangan lupa bawa. Beg, botol air, fail dan handphone tu
tinggal kat luar sebab dilarang dibawa masuk ke dewan. Masuk dewan,
ambil tempat duduk ikut nombor masing-masing dan don't worry lah, hall
tu sejuk jak. Banyak ekon. 👌
SESI UJIAN BERTULIS
Terdiri
daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam
masa 45 minit. So masa adalah amat terhad, kalau tak fokus maka tak akan
sempat jawab. Tapi jangan risau, soalan dia tak susah. Serious, senang.
Cuma ada part soalan yang tricky sikit sebab Ujian Bertulis ni dia
merangkumi soalan yang nak menguji tahap psikologi kita... Kalau boleh
spend ten seconds on each question. Nasib I sempat masa tu, nyaris tak
sempat. Kalau di combined kan soalan Bahagian A dan Bahagian B, semua
ada 195 soalan tak silap... (lupa dah tua) Banyak kan? Tapi nasib, just
perlu hitamkan kertas OMR tu jak... Terobeq SPM lepas, lebih kurang
macam tu lah. Soalan dia for example;
1. Adakah anda suka pada kanak-kanak?
A. Ya
B. Tidak
2. Adakah anda seorang pemarah?
A. Ya
B. Tidak
3. Wajarkah anda berkongsi nota dengan rakan anda yang ponteng?
A. Ya
B. Tidak
4. Pernahkah anda mencuri?
A. Ya
B. Tidak
Soalan Bahagian B pun macam ni juga. So, jawablah dengan teliti dan cepat ya? Masa itu emas. Takpa senang jak soalan. 😎😅
Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)
So
now. The scariest part of UKCG. UKF or Ujian Kecergasan Fizikal. Kita
masa tu habis Ujian Bertulis pada pukul 12:45 petang and UKF start 1:30
petang. Kadang-kadang kalau calon tak banyak hadir, diorang akan
cepatkan masa so cepatlah sesi UKCG berakhir and adik-adik boleh la
berehat sepuas-puasnya. UKF scary? chill haha, not really guys. Sebab
fasi semua baik-baik belaka and ceria jak diorang. Tak segarang yang you
all fikirkan.
For
your information, senior-senior kat IPG yang akan jadi fasi masa Ujian
Fizikal means diorang lah yang tolong observe teknik adik-adik buat
semua aktiviti UKF (Ujian Kecergasan Fizikal) serta mencatat markah
nanti.
UKF juga dijalankan di dalam dewan, bukan kat padang or lapangan or whatsoever so no worries lah bagi putri lilin macam siapa? Macam akak seorang ni. Siapa? Tau-tau kau lah. 😁😚 (innocent face)
Ada lima stesen Ujian Kecergasan Fizikal iaitu;
1. Ukur berat dan tinggi badan. (BMI Test)
- Part
ni senang jak, tinggal buka kasut dan step on penimbang. Fasi akan
tolong catat everything for you including height. Kalau weight
bersesuaian dengan height atau erti kata lain BMI normal, means you will
get 15 full marks. Don't worry kalau underweight and overweight pun ada
markah juga tapi tak full, maybe only 10 marks like that. Saya dapat
full mark kat sini. 😆
For reference 👌
2. Jangkauan Melunjur
- Yang
ni pun senang. Sama, just buka kasut. Adik-adik masih ingat tak Ujian
Segak yang selalu dibuat di sekolah tu? Tak kan tak tahu kot... Ni saya
show contoh;
Ni
dia nak tahu fleksibiliti seseorang tu macam mana... So seminggu
sebelum UKCG tu, rajin-rajin lah stretching okay? Hahah. Saya mampu buat
sampai 37 cm. Sebab kaki panjang -_-
3. Bangkit Tubi Bervariasi
- Ada lima jenis bangkit tubi (lima level) dan memang part ni akak agak payah *HEHE* Saya sampai
level 2 jak. Tere kan? 😐 Kalau adik dapat buat sampai level 5, memang
full mark lah. My friends, Mary dia mampu buat sampai level 3 and Step
dapat buat semua level. Tahniah Step! Tere nya.
Demo
abam senior tunjukkan kat atas. Don't worry lah, lelaki biasanya dapat
jak sampai level 5. Bangkit tubi tu pun lima kali sahaja, cuma teknik
yang berlainan bagi satu kali tekan tubi. Yalah, nama dah "bervariasi".
Kalau nak tahu lebih detail mengenai jenis-jenis tekan tubi, boleh klik
link blog akak satu di bawah ni, blog dia agak menarik juga 👀
4. Tekan Tubi Tanpa Henti
- Part
yang ni okay. Sebab adik-adik kena tekan tubi sebanyak yang boleh tanpa
henti means... tak akan ada limit masa atau kiraan seperti buat ujian
segak kat sekolah dulu. Best kan? Tapi lelah juga. 😓😔. I dapat buat 24
kali sahaja, kira okay kot sebab masa tu dah menggeletar tangan, akak
fasi pun senyum-senyum jak tengok. (malu tapi teruskan jua). Oh and
perempuan akan tekan tubi ikut cara perempuan and so goes to the boys.
Aktiviti ni tak payah banyak explain sebab mudah sahaja. Alright? Peace.

5. Bleep Test
- Yang
ni stesen terakhir (leganya), paling mudah dan PALING MEMENATKAN. Mudah
kenapa? Sebab lari jak kot, bukannya lompat. Di stesen ni, calon
dikehendaki untuk berlari secara ulang alik sejauh 20 meter. Macam dekat
jak bunyi tapi itulah, I pun fikir macam tu mula-mula tapi menyesal dah
fikir macam tu. Jauh ok 20 meter ya sik dekat pun, mun jenis yang mudah
semput cam aku susah sikit lah. Haha, tapi bagi atlet sekolah sebelum
ni atau adik yang dah join PLKN, memang senang lah bagi diorang. Tapi
don't worry jika sebelum tu adik-adik dah selalu jogging, body pun dah
adapt dengan movement segala tu, okay lah no problem.
Masa
lari tu nanti bukan sorang-sorang ok? Secara berkumpulan. Time saya,
kita semua dua belas orang kalau tak silap dalam sebaris tu. Then, calon
dikehendaki berlari dari garisan permulaan sehingga ke garisan penamat
mengikut tempo yang ditetapkan ataupun setelah mendengar bunyi 'bleep'.
Apabila sampai ke garisan penamat, bunyi bleep kedua akan berbunyi dan
calon dikehendaki berlari lagi ke garisan permulaan tadi, so basically
larian ulang alik. Semua tu ada level tau. Contoh, level 1.1, 1.2, 1.3,
1.4 hingga 1.8. Then lepas tu masuk level dua akan ada 2.1, 2.2, 2.3 and
so on. Setiap 0.1 level adalah satu larian and semakin tinggi level
semakin cepat bunyi bleep.
Penat,
sebab tak sempat tarik nafas then kena lari lagi. Jika calon tak sempat
sampai ke garisan setelah bunyi bleep dimainkan pada pertama kali, kad
kuning akan diberi dan jika kedua kali tak sempat, kad merah akan diberi
dan calon akan OUT. Bagi part ni, saya mampu sampai level 2.6 sahaja.
Perempuan at least kena capai level 3.0 and above and bagi lelaki maybe
kena level 5.0 and above 😐. Chill lah, jangan stress sangat because
everyone will be having fun that time. If you can't run, don't push
yourself. Just stop and walk. Okay?
😎 Contoh di gambar atas 😎
Setelah tu, pukul 2:30 petang macam tu selesai juga Ujian Kelayakan Calon Guru. Syukur sebab tak pengsan 😂. Dah
selesai lari tu, I lepak sekejap dengan Mary, geng baru tu and rasanya
dia level 3.0 something (sob2) and Step pula level 5.6 something almost
level 6. Salute ko Step.
Lepas
tu, call parents datang ambil and diorang dah tunggu pun kat tempat
parking pagi tadi. Petang tu memang cantik, cerah semacam jak and
tiba-tiba hati nak makan Big Apple Donuts and Pepsi (dark side of me).
Well because sebelum ni memilih sangat makanan sebab nak jaga berat
badan supaya BMI full mark. 😰😰
Dah
balik dari Parkson, petang tu juga balik ke Marudi. Makan donut dalam
kereta jak (lapar anak mak masa tu tau) and and happy sangat sebab UKCG
dah tamat. Pengalaman yang agak menarik for me and I've learnt that do
not overthink something before you get to experience it, because it is
not about how perfect can we do it but the experience, joy and not
forgotten, the courage to try is what matters the most.
Itu
sahaja pengalaman yang nak I nak share kan ok? Will update again soon.
Thank you so much for reading blog yang tak seberapa ni and God bless. 💙