Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Hasil borak-borak dengan kengkawan, nak share TIPS sikit untuk adik-adik yang dah dapat tawaran UKCG . Salah silap tolong betulkan. Ada 3 jenis ujian yang semua calon akan lalui sebelum officially masuk ke IPG. Saya akan terangkan ketiga-tiganya satu per satu
1. Ujian Fizikal
2. Ujian Bertulis
3. Temuduga


***********
UJIAN FIZIKAL


Ujian fizikal baru mula tahun 2014 tak silapnya. Ujian fizikal ni elemen baru dalam UKCG. Calon yang lulus Ujian Fizikal dan Ujian Bertulis, barulah akan dipanggil semula untuk temuduga..



1. BEAR IN YOUR MIND !! 



Kurus tak semestinya anda layak, besar dan berisi tak bermakna anda tak mampu. Yang akan tanda kertas ujian fizikal awak tu terdiri dari kalangan student IPG dan lecturer, semestinya dorang akan tolong dan senang hati tanda 'tick' kalau awak sungguh-sungguh buat walaupun awak tak larat, tak reti nak laksanakan seperti yang dikehendaki. TOLONG elakkan senyum tersipu-sipu malu, nampak nauuu awak tak bersedia nak datang ujian.

2. PAKAIAN

Calon diminta berpakaian sukan, jadi untuk calon perempuan. Hadirlah dengan pakaian yangg tak ketat, elok tutup aurat. kita kan nak jadi cikgu. Dan tudung make sure cover bahagian dada ye 😊😊. Kalau tudung atau baju tu jarang, pakai inner pleasee. Sayangi aurat anda !! 

Calon lelaki, jangan pakai seluar jenis kain jeans dan seangkatannya. Jeans sangatlah tak sesuai untuk ujian fizikal ✌️✌️.

3. SARAPAN 
Please make sure awak breakfast dulu pagi sebelum buat u.fizikal..sebab ada je case calon yang pitam waktu u.fizikal sebab tak sarapan pagi. Breakfast ni nampak macam simple, tapi kesannya sangat besar. 



4. APA YANG DIUJI ?
tahun 2014, lima perkara yang calon kena buat adalah ukur berat (BMI), lompat quadran, bangkit tubi, kilas sisi dan bleep test (larian).
tahun 2015, ada pertukaran sikit. BMI, jangkauan melunjur, tekan tubi non stop, bangkit tubi 5 variasi, bleep test. 
dalam lima ujian ni, bleep test dan bangkit tubi 5  variasi adalah paling mencabar. btw, adik2 jangan risau, before ujian dijalankan, akan ada student IPG yang akan buat demonstrasi setiap ujian tu. Tapi, lagi baik kalau adik2 start prektis kat rumah supaya tak terkejut nanti .


bleep test
bangkit tubi

nak tahu lebih lanjut, boleh jengah mana-mana youtube atau pergi tengok blog sedara ni http://mieadham86.blogspot.my/2014/04/5-check-point-ujian-kecergasan-fizikal.html
**************
Ujian BERTULIS
Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang mesti dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

After few years, sy dah tak ingat format sebenar ujian bertulis ni. Tapi, antara yang penting dalam ujian bertulis ni adalah soalan INSAK iaitu lebih menjurus kepada soalan untuk menguji inventori sahsiah guru yang merangkumi kejujuran, tanggungjawab, ikhlas, amanah, dan sifat-sifat terpuji yang harus ada pada seorang guru. (ayat mr.google)

kat bawah ni ada contoh soalan INSAK yang sy google, hehehe. 







kalau adik2 nak dapat gambaran soalan INSAK, boleh cari buku-buku soalan di kedai buku. Waktu jawab nanti, cuba pilih jawapan yang paling POSITIF. Jawab dengan cepat, sebab soalan sangaaaaaatlah banyak dan masa tak menunggu anda. Jangan tertingal satu soalan pun ! Bawa alat tulis asas , pensel, pembaris, pen, pemadam.

**************
Temuduga..
Calon-calon yang berjaya melepasi ujian fizikal dan ujian INSAK akan dipanggil temuduga. TAHNIAH untuk yang berjaya! Untuk adik adik yang tak berjaya lepas ujian fizikal, its okay. Cuba lagi apply IPG untuk tahun seterusnya. Sebab IPG ni boleh apply selagi awak belum umur 20 tahun pd setiap bulan JUN (tahun permohonan). 


1. Lengkapkan borang,

-Pastikan borang, salinan sijil yang telah disahkan, serta sijil-sijil yang berkaitan telah disahkan dan dikepilkan dalam satu fail dan jangan terlupa TAMPAL gambar anda. Perkara biasa, calon tak lengkap fail dan hal tersebut sangat mempengaruhi first impression orang lain pada diri anda


2. Sewaktu temuduga

Kebiasaan tahun-tahun sebelum ni, calon:
😊calon ditemuduga secara berkumpulan dan ada juga batch dulu  yang ditemuduga secara individu. untuk temuduga berkumpulan, calon mungkin ditayangkan satu video , contohnya video burung murai, video hari raya petronas, biasanya IPG akan guna video atau iklan yang popular dan selalu main kat TV.                                                                                          

Kemudian calon akan diminta untuk hurai atau beri pendapat tentang peranan guru, nilai, faktor, kepentingan, etc yg ada dlm video. Sangat CANTIK, kalau awak mampu kaitkan huraian dengan dalil al-Quran atau hadis .Tapi, ada kemungkinan temuduga kali ni tak sama..good luck and be prepared.


😊Untuk course bahasa contoh BM, BI, BAHASA TAMIL, BAHASA CINA dan BAHASA ARAB. Awak sangatlah perlu ada asas yang baik dalam bahasa-bahasa tersebut. Sebab, sangatlah berkemungkinan yang interviewer akan minta awak cakap guna bahasa tersebut. 

Contoh, kawan saya dapat course BAHASA INGGERIS. Boleh pulak waktu temuduga, interviewer minta tunjukkan cara masak nasi goreng in english. haaaa. kelakar kan. Ada jugak yang diminta tunjuk cara mengajar guna bahasa-bahasa tersebut. Kalau diminta untuk mengajar, jangan malu2 jangan takut2. Goreng je berlakon mengajar depan interviewer tu tauuu. Nak jadi cikgu, jangan memaluuuu.
3. Datang awal!!


- bila awak lambat sampai ke tempat temuduga, akan mengganggu emosi interviewer dan emosi calon yg lain. Silap2 dihalau balik dan tak dapat temuduga.

4. Soalan wajib ..


-kenapa awk nak jadi cikgu? (Sediakan jawapan dlm bm,bi dan bahasa arab) ikut opsyen masing2 ..
-kenapa awak datang temuduga IPG sedangkan sekarang awak study di universiti, matrik, etc?

-kenapa awak pilih opsyen sekian sekian?
-kalau KPM hantar awak ke pedalaman posting nanti boleh tak?


untuk semua soalan di atas, sediakan jawapan yg menampakkan kesungguhan awk nak masuk IPG

5.Untuk opsyen AGAMA


- Mantapkan ilmu tajwid dan bacaan Al-Quran. Kemungkinan besar awak akan diminta untuk membaca Al-Quran dan ditanya berkaitan soalan tajwid. Untuk calon Bahasa Arab , mungkin jugak korang akan diminta baca teks arab dengan nahu yg betul . Prepare jugak jawapan bagi soalan wajib dalam bahasa arab (if awak adalah calon course bahasa arab)

6. Nak baca apa?


-carilah bahan bacaan tentang isu semasa dalam pendidikan dan maklumat opsyen , Kadang2 bergantung juga pada interviewer, ada yang tanya tentang isu semasa pendidikan dan ada yang tak tanya langsung . 

Contoh isu semasa berkaitan pendidikan : PPPM (2013-2025), MBMMBI, KSSR, Hala tuju pendidikan, pembaharuan dasar pendidikan yang dibawa oleh Dr. Maszlee, isu duka lara cikgu, isu guru pedalaman, etc

7. Relax..


-jawab soalan yang ditanya dengan tenang. Dalam semua sesi temuduga, cuba jadi orang pertama yang jawab soalan tapi jangan tamak jawab lama2 sangat. Kesian calon lain. DAN tak perlulah cerita gembar gembur latar belakang family (ayah sy cikgu, mak sy cikgu, kak long, kak cik, abang su semua jadi cikgu). instead, 'jual' lah diri awak dengan benda yang baik-baik dan menarik untuk didengar oleh interviewer.

8. Pemakaian

Perempuan Islam, pakai baju kurung ya. Kasut sebolehnya kasut bertutup. Tepek bedak dan gincu sikitttt je. Tak mau make up over gincu tebal - tebal. Untuk Perempuan non -Muslim boleh jugak pakai baju kurung atau skirt bawah lutut dipadankan dengan blouse yang tak ketat, sopan-sopan je tauuu.


Lelaki pulak pakai kemeja dan tali leher  serta seluar slack warna gelap. Dan sebaiknya kasut bertutup juga. Elakkan pakai sandal !!! Tak silapnya boleh jugak kalau nak pakai baju melayu Raihan + seluar slack .

9. Temuduga tahun lepas 


Tips ni dari one of my cousin (temuduga 2016), tips freshh lagi sebab tahun lepas punya interview 

Nampak tak screenshot ni?? Atau kecik sangat?? korang zoommm lah ye
***********
Tapi, kalau awak datang ke UKCG dengan hati tak rela atau sebab parents macam situasi sy dulu, tetap lah redah UKCG dan usaha buat yang TERBAIK


sy ada satu prinsip atau mind set "harapan dan pilihan mak ayah selalu yang terbaik". Awak ade extra points sebab, kehadiran awak ke UKCG adalah dengan harapan dan doa mak ayah..Jalan terus!! In sha Allah, Allah SWT dah tetapkan yg terbaik untuk anak-anak yang berusaha menggembirakan hati ibu ayah..


nak tahu lebih lanjut tentang IPG , boleh scroll 5 6 post sebelum ni bertajuk 'IPG tu apa?, klink SINI

************

terupdate entry blog pukul 2 pagi mengenangkan esok adik2 mula UKCG kat semua IPG seluruh Malaysia. Esok jugak 4 hari camping Unit Beruniform kat kawasan yang wifi dan line fon limited. Aman Damai 😊😊😊😊😊😊😊


 berjemur minggu lepas  dan berjemur lagi untuk camping (PBSM) esok 

Moga bermanfaat . sekian. 


==========================================
*update TEMUDUGA BERKUMPULAN sesi 2017 based on junior punya pengalaman.

- calon akan diberi satu isu dalam bentuk gambarr. Contohnya, isu kesesakan lalu lintas, isu kemalangan jalan raya, isu guru tertekan dengan beban kerja atau isu murid bunuh diri
- panel penemuduga akan minta calon bincangkan isu trsebut secara berkumpulan

tips 

- bila soalannya adalah 'bincangkan' , awak boleh bagi definisi dan huraikan. Kemudian boleh bagi kebaikan atau keburukan isu, cadangan penambahbaikan, pendapat dari pandangan masyarakat dan sebagainya. 

- yang penting, jangan TAMAK nak jawab semua . Beri peluang pada calon lain. 

=============================================

p/s : Kalau ade rasa tak faham or nak tanya apa apa, komen je kat bawah tu, akan cuba dijawab ^^.

http://kakakcheegu.blogspot.com/2017/04/ujian-kecergasan-calon-guru-ukcg.html

Catatan popular daripada blog ini

APA BEZA ANTARA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DAN IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA ?

Pelajar UPSI Belum Tentu Jadi Guru: Info Buat Graduan UPSI, Peringatan Buat Pelajar IPG

What is ASASIpintar UKM?