Medic ke Dentistry??
thAssalamualaikum wbt.
In sha Allah hari ni ana nak berkongsi sedikit berkaitan dengan profesion doktor dan doktor gigi ni.
Jika orang membuka mulut bercerita mengenai doktor, sudah semestinya mereka berasa kagum dan sudah semestinya mereka impikan anak-anak mereka setanding dan sehebat mereka kan. Hebat bukan, sungguh orang meminati dan mengujakan profession perubatan dan pergigian ni. hahaha
Persoalannya, mengapakah mereka ini sangat obses dan menginginkan kerjaya sebegini?
Apakah disebabkan gajinya yang agak *high class*
atau
Adakah disebabkan *title*nya semata-mata?
atau
Adakah disebabkan desakan ibu bapa yang terlampau inginkan anak-anak mereka menjadi seorang doktor?
Tidak dinafikan banyak lagi *catalyst* yang memangkin seseorang itu meminati kerjaya sebegini. Setiap orang tentu mempunyai sebab musabab mereka tersendiri bukan.
Tetapi antum semua juga perlu membuka mata dan minda antum seluas-luasnya, kerjaya perubatan dan pergigian bukanlah satu profession yang mudah dan banyak cabarannya
*alah semua benda yang kita buat tentu ada cabarannya. iye dok?*
Ya, memang betul. bahkan tukang cuci tandas pon menghadapi cabaran yang besar dalam kerjayanya.
*tak pasal-pasal tukang cuci tandas pon kena kan*
Baguslah kalau antum semua mampu berfikiran sematang itu, oleh itu, tidak mustahil lah auntum semua mampu untuk berjinak-jinak dalam bidang ini dan bidang yang lain juga kan.. Kalau tak di pecahkan ruyung mana nak datang sagunya. Kalau kita tak mencuba bagaimana nak berjayakan.. Takkan hendak menjadi katak di bawah gelas *up sikit *.. sekaligus bagaimana untuk menjadi teladan untuk sekalian ummah kan?
Hal yang demikian, ana di sini bukanlah untuk menghalang atau menakut-nakutkan antum semua untuk berjinak-jinak dalam bidang ini. Tapi ana disini hanya untuk berkongsi sedikit sebanyak bagaimana kerjaya perubatan dan pergigian ini sebenarnya *tak dalah banyak sangat* supaya antum semua nanti tidaklah *culture shock* bila antum semua melangkahkan kaki ke universiti perubatan nanti dan sekaligus memahami berkaitan dengan bidang ini.
So basically kerjaya perubatan terbahagi kepada:
Perubatan (medic)
Perubatan pergigian (dentistry)
Perubatan haiwan (veterinar)
Tetapi ana tidak akan berbicara mengenai perubatan haiwan kerana ana sendiri tidak beberapa faham dan bagaimana cara kerja doktor haiwan ini
Maklumlah ana ditawarkan untuk menjadi doktor manusia bukannya doktor haiwan.
Tetapi antum semua kena ingat, kerjaya sebagai doktor haiwan juga merupakan salah satu kerjaya yang sangat mulia, membantu dan memulihkan haiwan apabila mereka sakit. *oh skema*
PERUBATAN (MEDIC)
Image
okay ana paling suka part ni. hehehe
okay firstly, medic ni ada dua *which is one is MBBS and another one is MD* *kalau tak silap ana lah*
specifically MBBS ialah Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery dan MD ialah Medical Degree. Beza kedua duanya ialah MBBS ada surgical study tapi MD takda surgical study. Maksudnya disini kalau antum semua ditawarkan dalam MD ni, lepas antum grad, antum tak boleh masuk Operation theater atau Operation room [OT/OR] sebab antum tak da basic dalam pembedahan. 😦
So dekat Malaysia, pelajar perubatan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam MBBS atau pon MD. Di India pula, kebanyakan universiti di sana menawarkan MBBS untuk pelajar-pelajarnya dan universiti di sana pon adalah di antara yang terbaik di dunia. Jadi tidak hairanlah pelajar Malaysia ramainya di hantar ke sana. DI Mesir pula, pelajar perubatan di sana di tawarkan ke program MD ini.
*tak kisah lah program mana pon, yang penting niat kita kena betul kan*
*belajar kerana Allah*
*supaya nanti dapat serve untuk negara, bangsa, agama kan *
*tapi tak salah untuk memilih yang terbaik dalam hidup*
*pilihan di tangan antum semua*
so either MBBS or MD, jangka masa pengajian tetap sama iaitu 5 tahun. Tempoh pengajian ini pon mengikut negara pengajian, jika di Malaysia, pelajar perubatan harus memerah keringat selama 5 tahun di tanah kelahiran mereka. Berbanding dengan pelajar perubatan di India, mereka harus belajar selama 4.5 tahun dan terpaksa belajar atau internship selama 1 tahun di mana-mana hospital di sana. Ini menjadikan tempoh pengajian mereka di sana adalah selama 5.5 tahun. Manakala di Poland dan Ceczh, tempoh pengajian pelajar perubatan di sana adalah selama 6 tahun. Satu tempoh masa yang panjang kan. Inilah salah satu cabaran yang harus ditempuhi oleh setiap pelajar perubatan seluruh dunia ini. Bergelumang dengan peralatan perubatan, buku perubatan yang tiga kali tebal dari buku teks biology A-level selama 5-6 tahun. Ha one more thing, kalau antum semua terasa untuk jadi pakar, antum semua boleh menyambung pelajaran antum semua selama 4 tahun dalam bidang kepakaran yang antum mahukan. Plus, lately ana baru tahu yang sebenarnya pelajar perubatan boleh menyambung pengajian mereka dalam BDS(Bachelor of Dental Surgery) setelah tamat pengajian dalam MBBS. What a good news to medical students.. *tapi ana kena kofirmkan balik adakah berita ini betul atau sebaliknya*
So selama 5-6 tahun pengajian antum semua, antum semua akan didedahkan dengan banyak subjek yang agak ‘complex’ dan yang paling penting antum semua kena pass every subject in order to get MBBS cert. from your respective university.
This is the subjects that are compulsory for every med. students need to take :
First year professional:
Anatomy, Physiology and Biochemistry – 1 year (duration)
Second year professional:
Pharmacology, Microbiology, Pathology, F.M.T – 1.5 year (duration)
Third year professional:
Part 1: S.P.M, Ophthalmology and E.N.T – 1 year (duration)
Part2: Medicine, Surgery, O & G and Pediatrics – year (duration)
Banyakkan..
so ini sedikit sebanyak info mengenai perubatan (medic) ni.. 🙂
PERUBATAN PERGIGIAN
Image
so basically, dentistry is almost the same with MBBS cuma sekarang course dia agak berlainan sedikit kerana perubatan pergigian ini dikhususkan untuk pesakit yang mengalami kerosakan gigi dan lain lain.. so it is called BDS iaitu Bachelor of Dental Surgery.
Di Malaysia, kekurangan doktor gigi masih lagi dirasai. So that is why pihak JPA still hantar pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian mereka dalam bidang kritikal ini. Di Malaysia, pelajar pergigian hanya perlu menamatkan pengajian mereka dalam bidang ini selama 4 atau 5 tahun *kalau tak silap ana lah*. Hal ini juga berlaku di negara negara yang lain. Hal ini kerana, mungkin disebabkan subjek yang agak sedikit untuk dipelajari oleh semua pelajar pergigian. Di India, pelajar pergigian juga harus menjalani 1 tahun internship di hospital pergigian di sana. Hal ini menjadikan tempoh pengajian mereka selama 5 tahun. Seusai tamatnya pengajian, pelajar pergigian ini harus menjalani Housemanship atau Internship selama 2 tahun di hospital di Malaysia.
Selama 4 tahun tersebut, antum semua akan didedahkan dengan subjek yang hampir sama dengan subjek yang di ambil oleh pelajar perubatan cuma bezanya ialah pelajar pergigian haruslah mengambil subjek yang berkaitan pergigian.
So this is the subjects need to be taken for every dental students :
I BDS
General Human Anatomy including Embryology and Histology
General Human Physiology and Biochemistry, Nutrition and Dietics
Dental Anatomy, embryology and Oral Histology
Dental Materials
Preclinical Prosthodontics and Crown and Bridge
II BDS
General Pathology and Microbiology
General and Dental Pharmacology and Therapeutics
Dental Materials
Preclinical Conservative Dentistry
Preclinical Prosthodontics and Crown & Bridge
Oral Pathology & Oral Microbiology
III BDS
General Medicine
General Surgery
Oral Pathology & Microbiology
Conservative Dentistry And Endodontics
Oral And Maxillofacial Surgery
Oral Medicine And Radiology
Orthodontics & Dentofacial Orthopaedics
Pediatric & Preventive Dentistry
Periodontology
Prosthodontics and Crown & Bridge
IV BDS
Orthodontics and Dentofacial Orthopaedics
Oral Medicine and Radiology
Pediatric and Preventive Dentistry
Periodontology
Oral and Maxillofacial Surgery
Prosthodontics and crown & bridge
Conservative Dentistry And Endodontics
Public health dentistry
V BDS
Oral & Maxillofacial Surgery
Prosthodontics and crown & bridge
Conservative Dentistry And Endodontics
Public health dentistry
so ini specific subjek yang ana dapat dari Mcods, Manipal, India website. Banyakkan. Cabaran inilah yang antum semua kena lalui jika antum semua ingin berjinak-jinak dalam bidang pergigian ini. Why not antum semua cuba kan. At least, Malaysia won’t lack any dentist anymore. 🙂 🙂
Sebenarnya apa yang ana cuba sampaikan di atas ini cumalah cabaran yang agak kecil, cabaran yang sebenarnya ialah bila antum semua berada di hospital. Ketika itulah, semua MO (medical officer) akan mengerah keringat anda supaya antum semua kenal bagaimana untuk handle patients, doing surgery, how to manage with patient’s family, how to take patients blood ant etc.
So waktu tu anda akan di push to breaking point, working till late night, working around the clock. Semua benda yang doktor akan rasa ketika mereka mendapat title sebagai HO atau intern di sesebuah hospital nanti. Memang susah nak di gambarkan perasaan dan gambaran kerja semua HO dan intern dihospital. Kalau antum semua nak gambaan lebih jelas why not you turn on your lappy and watch Grey’s anatomy from season 1 till 9. Then you know, how’s doctors work in the hospital. and life as a doctor.
Bagi ana, sebagai seorang yang baru hendak memulakan kehidupan dalam kerjaya dan bidang ini, ana menggangapnya sebagai satu hikmah. Sebagai seorang muslim, setiap jalan yang antum semua ambil kelak, terdapat hikmah yang tersirat pelbagai nikmat di dalamnya.. Bila senang ada hikmahnya, bila susah pon terdapat hikmahnya.
*alah dah tahu susah, buat apa ambil*
*alah dah tahu jadi doktor tak da life, kenapa nak ambil*
SIAPA KATA JADI DOKTOR TAK DA LIFE
SIAPA KATA JADI DOKTOR, KAU TAK DA MASA NAK DILUANGKAN BERSAMA KELUARGA.
just look at Dr. Zainur Rashid, he is a good model to doctors outside there.. bukan sahaja mampu berkhidmat sebagai doktor, malahan mampu membina keluarga yang mampan dan berjaya dan beliau juga aktif dalam aktiviti kemanusiaan terutamanya berkaitan dengan Palestin.
Yang paling penting antum semua kena pandai manage masa bagaimana untuk meluangkan masa untuk kerjaya, keluarga dan ummah.
Akhirkalam,
Semoga antum semua ikhlaskan diri tidak kiralah dalam bidang apa sahaja yang antum semua ceburi. Nasihat ana, jangan memaksa diri memilih perkara atau bidang yang membebankan antum semua, jika pilihan yang antum lakukan itu merupakan yang terbaik dan antum mampu lakukannya..teruskan berjalan teruskan menapak ke hadapan. Ingatlah dalam setiap jalan yang anda lalui, ada rezeki yang Allah telah tetapkan.
MEDIC atau DENTISTRY kedua-duanya merupakan bidang yang kritikal dan diperlukan. Kedua-duanya mempunyai cabaran yang berbeza. Keputusan berada di tangan antum semua. Semoga satu hari nanti, akan lahirnya seorang doktor dan doktor gigi yang mantap dan dapat membantu memperjuangkan bidang masing-masing dan agama Allah ini. 🙂
https://alkisahpca.wordpress.com/2013/01/04/medic-ke-dentistry/