Catatan

Doktor vs Cikgu

Assalamualaikum semua! Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih sekiranya cerita aku ni tersiar. Sedikit pengenalan, aku merupakan graduan perubatan luar negara. Alhamdulillah, sudah bekerja sekarang. Aku terpanggil nak kongsi cerita aku bertugas sebagai guru ganti lepas habis belajar zaman dulu-dulu, lepas baca kisah guru praktikal. Sebab aku rasa, banyak sangat yang boleh kita sama-sama ambil iktibar. Awalnya, aku berhasrat untuk cari kerja sementara yang masih berada dalam aliran perubatan contohnya pembantu klinik atau pembantu farmasi. Konon-konon, supaya tak lupa berkarat apa yang dah belajar. Tapi takda rezeki aku ke arah itu. Akhirnya aku dipanggil sebagai guru ganti di sebuah sekolah rendah luar bandar. Aku terima demi mencari pengalaman. Malah, siap berazam nak jadi murabi kepada anak-anak murid comel ni. Hahaha…sebab murabi ni bermaksud menjadi guru dan pada masa yang sama menjadi ibubapa, syaikh(rujukan ilmu kerohanian) dan pemimpin. Buat apa susah-payah cari mutarabi(a...

Kalau layak pun, bukan semua patut jadi doktor

RASANYA tidak ada ibu bapa yang tidak mahukan anak mereka bergelar doktor. Tidak kiralah doktor biasa, doktor pakar, doktor gigi, doktor mata mahupun doktor falsafah. Asalkan ada ‘Dr.’ di pangkal nama, ibu bapa mana yang tidak kembang hidung dibuatnya. Profesion ini menjadi impian bagi majoriti ibu bapa untuk anak-anak mereka. Justeru apabila tiba tarikh pengumuman keputusan pepe­riksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saban tahun, akan kedengaranlah keluh-kesah ibu bapa. Mereka menjadi tidak tentu hala. Seboleh mungkin mereka mahu anak mereka memohon dan diterima mengikuti jurusan perubatan. Dan apabila anak me­reka gagal menempatkan diri dalam kelompok terhad pelajar yang ditawarkan melanjutkan pengajian dalam bidang itu, tidak kiralah sama ada di dalam atau luar negara, ramai yang menjadi tidak keruan. Kita boleh faham jika pelajar terbabit memang mencatat keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil dan yang lebih p...

Pelajar UPSI Belum Tentu Jadi Guru: Info Buat Graduan UPSI, Peringatan Buat Pelajar IPG

 Guru merupakan satu bidang profesional yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Rata-rata sudah mengetahui bahawa profesion keguruan merupakan profesion yang sangat mulia dan di negara kita sendiri, guru diibaratkan seperti sesuatu yang berharga dan tidak terhingga nilainya. Tanpa guru, maka tiadalah peguam yang petah berbicara, tidak akan ada doktor yang berkarisma, tidak juga wujud ahli perniagaan yang berjaya, tidak mungkin akan lahirnya hakim yang adil, dan tanpa guru maka akan porak perandalah sesebuah negara itu. Itulah guru, yang dianggap seperti cahaya dalam kegelapan dan kerana itulah profesion keguruan menjadi pilihan pelajar-pelajar cemerlang sama ada dari MRSM, SBP, Sekolah Harian Biasa dan mana-mana graduan yang menyambung pelajaran mereka dalam bidang pendidikan. Namun begitu, sekarang timbul 1 isu dimana benarkah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris ini belum tentu menjadi guru? Satu topik yang patut diketengahkan oleh kita semua dan semestinya menjadi buala...

Apa beza graduan perguruan IPTA, maktab

SAYA mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) mewakili mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ingin memohon penjelasan mengenai beberapa aspek yang menjadi jurang perbezaan antara pelajar pendidikan IPTA dengan IPGM (Institut Perguruan Malaysia) yang lebih dikenali maktab perguruan. Perkara paling penting iaitu berkenaan pembayaran elaun. Kita sedia maklum, hanya pelajar IPGM saja yang menerima pembayaran elaun, manakala tidak bagi pelajar IPTA. Mengapa? Memang benar pelajar IPTA ada yang menerima biasiswa perguruan persekutuan dan biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Namun tidak semua yang dapat menikmatinya. Pelajar yang gagal memperoleh dua biasiswa berkenaan pula sukar memperoleh biasiswa lain termasuk biasiswa JPA, kerana skop pembelajaran kami hanya untuk menjadi seorang guru dan sukar berkerja dengan badan swasta yang menawarkan biasiswa. Selain itu, pandangan masyarakat termasuk guru sekolah yang kurang yakin dengan graduan pendidikan s...

Jenis-Jenis elaun yang Dinikmati oleh Guru-Guru di Malaysia

Imej
Bagi anda yang berminat untuk menjadi guru, tentu sahaja anda berminat untuk mengetahui mengenai jenis-jenis elaun yang akan dinikmati sekiranya anda memilih kerjaya sebagai guru bukan?. Maka kami kongsikan jenis dan jumlah elaun yang bakal dinikmati oleh anda seperti berikut :   ELAUN TETAP KAKI TANGAN AWAM ELAUN BANTUAN SARA HIDUP (COLA) Jumlah bantuan COLA yang diperuntukan adalah berdasarkan kepada lokasi anda ditempatkan untuk berkhidmat. Lampiran pembahagian kawasan adalah seperti berikut : Kawasan A Kawasan B   ELAUN KHAS Menarik bukan?. Jadi tunggu apa lagi buatlah pilihan yang tepat untuk masa depan anda.     https://afterschool.my/bm/berita/jenis-jenis-elaun-yang-dinikmati-oleh-guru-guru-di-malaysia

Panduan Untuk Guru Baru Posting

Imej
Assalamualaikum wbt dan selamat membaca. Alhamdulillah, seperti yang saya pernah update di entry sebelum ini, saya sudah berjaya mendapat penempatan ataupun posting sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 atau bahasa ringkasnya CIKGU. Di sini, saya nak storykan dan kongsikan pengalaman dan panduan untuk adik-adik yang akan posting tak lama lagi berdasarkan pengalaman saya selama tiga bulan sebagai seorang guru baru. Masih baru tapi saja nak kongsi. Andai ada salah silap, mohon maaf. Hehe First of all, once dah dapat result posting or negeri, terus asentiasa aware dekat website Jabatan Pelajaran Negeri untuk tahu daerah/sekolah korang. Ada sesetengah negeri, JPN suruh berkumpul dulu di suatu temapt baru lapor diri dekat sekolah. Ada jugak yang bagitau PPD terus. So, get ready! Secondly, masa hari lapor diri nanti, korang akan dengar ceramah/taklimat/orientasi daripada pegawai JPN/PPD. Biasanya bermula pukul 8.00 pagi sampai 1.30 tengah hari. Ha...

Kelebihan IPG

Arhh finally, aq decide pegi IPG (Institut Pendidikan Guru) la jugak setelah mendengor cakap seme orang yang sudah melalui zaman masuk2 universiti ni and orang-orang yang dah berpengalaman dalam dunia belajar ni.. Tak rugi rasanya kalau aq dengar cakap dorang sebab aq tahu diorang dah masak dah dengan mende2 camni.. Walaupun aq terkilan gak la sebab x dapat jadi apa yang aq nak  jadi , tapi takpe, maybe ada hikmah besar yang aq x dapat singkap lagi di sebalik ketentuan Allah ni kan.. tak gitu...??? SITUASI 1 : A : dapat mane..?? B : maktab... A : (tangan di dada, mata ke atas sambil membuat muke innocent giler mcm nk kene penampor je...!!) SITUASI 2 : maktab gaji sikit.. keluaran universiti gaji banyak.. maktab keluarkan diploma je, universiti 'degree'(tok dia maktab diploma je! maktab ijazah eh) ha nie lah yang kwn2 aq banyak mengadu cakap camne pandangan orang kat ktorang yang masuk maktab nie.. Eh Hello..!! meh aq nk betulkan cket misconceptions diorang-d...