Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

Medic ke Dentistry??

thAssalamualaikum wbt. In sha Allah hari ni ana nak berkongsi sedikit berkaitan dengan profesion doktor dan doktor gigi ni. Jika orang membuka mulut bercerita mengenai doktor, sudah semestinya mereka berasa kagum dan sudah semestinya mereka impikan anak-anak mereka setanding dan sehebat mereka kan. Hebat bukan, sungguh orang meminati dan mengujakan profession perubatan dan pergigian ni. hahaha Persoalannya, mengapakah mereka ini sangat obses dan menginginkan kerjaya sebegini? Apakah disebabkan gajinya yang agak *high class* atau Adakah disebabkan *title*nya semata-mata? atau Adakah disebabkan desakan ibu bapa yang terlampau inginkan anak-anak mereka menjadi seorang doktor? Tidak dinafikan banyak lagi *catalyst* yang memangkin seseorang itu meminati kerjaya sebegini. Setiap orang tentu mempunyai sebab musabab mereka tersendiri bukan. Tetapi antum semua juga perlu membuka mata dan minda antum seluas-luasnya, kerjaya perubatan dan pergigian bukanlah satu profession yang mudah dan banyak c...

Info Permohonan Fasa 2 UPU

Info Permohonan Fasa2 UPU 👨‍🏫Untuk Lepasan Matrikulasi/Asasi Uitm/ Pasum shj 👨‍🏫 Wajib mohon semasa Fasa1 👨‍🏫Anda dikehendaki mengemaskini permohonan di Fasa2 dengan memilih program pengajian yang melepasi syarat Khas berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Program Matrikulasi, Asasi Uitm dan Pasum. 👨‍🏫Semasa Fasa1 hanya keputusan semester 1 sahaja diambil kira untuk memohon tetapi semasa 👨‍🏫Fasa2 pencapaian akademik keseluruhan diambil kira iaitu PNGK/CGPA 👨‍🏫 semasa Fasa2 pastikan program pengajian yang dipilih bersesuaian dengan PNGK/CGPA anda 👨‍🏫 Elakkan memohon program yang tidak memenuhi PNGK/CGPA kerana ia akan ditolak. 👨‍🏫 Menyusun semula program mengikut keutamaan selari dengan PNGK/CGPA 👨‍🏫 Jika semasa Fasa1 anda Tidak memohon untuk Program bertemuduga contoh seperti Perubatan,Pergigian,Farmasi,Pendidikan dan lain lain program bertemuduga dinasihatkan tidak memohon walaupon melepasi PNGK/CGPA kerana tiada panggilan temuduga semasa fasa2

Ijazah Sarjana Muda Dietetik

Imej
"Apa tu Dietetik.?" Aku syak mesti ramai yang tertanya-tanya soalan cenggini kan.? Pengurusan orang mati kah (sebab ada word DIE tetik).? tapi takkan lah nak uruskan orang mati sampai kene ambil Ijazah jugak. Memang seSANGAT jahil lah aku waktu tu.! Meh sini nak terang ; Untuk menjadi seorang Dietitian (Pegawai Dietetik), korang perlu belajar dalam bidang pengajian dietetik iaitu Ijazah Sarjana Muda Dietetik / Sains Kesihatan (Dietetik) . (nama bergantung kepada Universiti tetapi modul pembelajaran sama sahaja). Kalau macam aku, sekarang ini aku belajar di Universiti Sains Malaysia (USM). # Ijazah Sarjana Muda (ISM) Dietetik/Sains kesihatan (Dietetik) Mungkin masih ramai lagi yang belum familiar dengan bidang pengajian dietetik ni. DIET etik ialah dari perkataan DIET itu sendiri yang menunjukkan fungsinya yang berasaskan sains fizikal, biological dan sains kelakuan dengan berfokuskan kepada makanan, pemakanan, terapi pemakanan perubatan, pengurusan makanan d...

ASASI ATAU MATRIKULASI - panduan ringkas

ASASI ATAU MATRIKULASI - panduan ringkas Asasnya matrikulasi dan asasi ni sama saja, tamat asasi atau matrikulasi dengan pencapaian yang memenuhi syarat yang ditetapkan semua layak memohon melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda ...bukan automatik, tetapi tetap mesti memenuhi dan melepasi syarat yang ditetapkan dan tertakluk kepada pilihan berikut. ASASI SAINS UM & ASASI UITM (kecuali asasi undang-undang uitm) ini program asasi yang premium dari segi syarat kemasukan dan peluang melanjutkan pengajian di mana lepasannya yang lulus dengan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh memohon melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di mana-mana universiti awam lain (kecuali beberapa program di UIAM & USIM - yang dikhususkan untuk lepasan asasi dan tamhidi dari universiti berkenaan sahaja) ASASI UA LAIN (selain UM & UiTM) Hanya untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di universiti berkenaan sahaja. Jadi jika pelajar bercadang n...

Asasi, matrikulasi, atau diploma

Asasi, matrikulasi, atau diploma Assalamualaikum wbt. Pertama sekali nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang telah mengambil keputusan SPM tahun 2012 yang lalu. Tahniah lagi sekali bagi yang mendapat keputusan cemerlang. Tujuan saya menulis post ini adalah untuk berkongsi sedikit pengalaman kepada adik-adik tentang hala tuju selepas ini. diploma? matrikulasi? atau asasi? Syukurlah kepada Allah S.W.T. kerana Dia masih izinkan kita untuk meneruskan kehidupan ini. Dengan sedikit pengalaman yang saya bakal kongsikan ini, diharap dapat membantu adik-adik untuk memilih hala tuju yang terbaik. Saya bukanlah seorang ahli akademik atau daripada mana-mana pentadbir. Hanya seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda. Ini hanyalah pendapat peribadi saya untuk dikongsi. Diharap dengan sedikit perkongsian yang saya usahakan ini, sedikit sebanyak dapat membantu. Fokus perbincangan saya hanya kepada peluang pendidikan dalam negara.    Untuk memilih tempat belajar perlulah melihat...

Matrikulasi VS Asasi

Assalamualaikum :) Entry kali ni aku tujukan khas untuk adik-adik yang baru abes SPM. Satgi kalau result keluar, mesti korang dilema nak pilih matrikulasi ke asasi. Meh aku tolong serabutkan kepala korang. HAHAHA. Aku lepasan SPM batch 2009. So abes SPM memang blur taktau nak masuk matrik ke asasi. Nak dijadikan citer, disebabkan result aku gilang gemilang (astaghfirullahalazim tak baik riak XD) aku dapat dua-dua tawaran matrik dengan asasi. Yang kelakarnya..aku dapat KMNS which is matrik yang langsung takde dalam senarai aku mohon. Result UPU pulak keluar, aku ditawarkan Asasi Sains Hayat UNIMAS (first choice aku!). Abah marah time tu sebab aku mohon UPU tu ikut sukahati aku je. Aku tak bagitau parents aku. Yang paling dia bengang sebab second choice aku letak Asasi Sains Hayat UM. Depa pun bising, kalau tak mesti dah dapat UM. HAHAHA aku rasa from the beginning lagi memang aku tanak asasi kot. Nak tanak aku terpaksa pergi matrik jugak, sebab mama dengan abah memang tak bagi aku b...

Biomedical Engineering vs Biomedical Science

Soalan ini pasti akan muncul dalam setiap insan yang cuba meneroka alam kerjaya ini. Apakah itu kejuruteraan bioperubatan? Dan apa beza nya dengan sains bioperubatan? The first thing, ” biomedical “. Apakah ia? Bioperubatan ialah satu lapangan yang menggabungkan aplikasi biologi dan perubatan ke arah peningkatan kesihatan bagi manusia dan haiwan. Jadi, kebanyakan kemajuan dalam bidang kesihatan adalah asbab wujudnya dua golongan ini ; jurutera dan saintis biomedikal. Biomedical science Mereka adalah golongan yang mempunyai pengetahuan meluas tentang skill perubatan makmal. Darah mereka tidak luak dari pelbagai kaedah analisis dan prosedur penyiasatan. Mereka lah orangnya yang mengkaji 1001 penawar bagi penyakit! Kebiasaannya, lepasan sains bioperubatan ni mempunyai pelbagai specialization yang diantaranya ; Anatomic Pathology Haematology Clinical Chemistry Medical Microbiology Parasitology Physiology Pharmacology Merekalah juga dipanggil the true medical resear...