Doktor vs Cikgu
Assalamualaikum semua! Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih sekiranya cerita aku ni tersiar. Sedikit pengenalan, aku merupakan graduan perubatan luar negara. Alhamdulillah, sudah bekerja sekarang. Aku terpanggil nak kongsi cerita aku bertugas sebagai guru ganti lepas habis belajar zaman dulu-dulu, lepas baca kisah guru praktikal. Sebab aku rasa, banyak sangat yang boleh kita sama-sama ambil iktibar. Awalnya, aku berhasrat untuk cari kerja sementara yang masih berada dalam aliran perubatan contohnya pembantu klinik atau pembantu farmasi. Konon-konon, supaya tak lupa berkarat apa yang dah belajar. Tapi takda rezeki aku ke arah itu. Akhirnya aku dipanggil sebagai guru ganti di sebuah sekolah rendah luar bandar. Aku terima demi mencari pengalaman. Malah, siap berazam nak jadi murabi kepada anak-anak murid comel ni. Hahaha…sebab murabi ni bermaksud menjadi guru dan pada masa yang sama menjadi ibubapa, syaikh(rujukan ilmu kerohanian) dan pemimpin. Buat apa susah-payah cari mutarabi(a...