Benarkah Mee Segera, Sardin, Minuman 3 In 1 Dan Panadol Merbahaya?
MENJAWAB MITOS: BERHATI-HATI DENGAN 4 MAKANAN INI Saya repost balik tulisan ini untuk dikongsikan. Mitos ini disebarkan dengan meluas tidak lama dulu di media social. Tulisan ini pada asalnya saya menjawab pertanyaan rakan di satu group whatsapp sekolah dan dikongsikan di page Medical Mythbusters Malaysia (M3). Tulisan ini juga agak kontroversi dan ada juga yang cuba menuduh saya dibayar oleh pihak tertentu. Haha. Kepada sesiapa yang belum baca, sini saya kongsikan. MITOS 1: MEE SEGERA Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax (lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax y...